Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Ahad, 16 Disember 2007

Masjid Besi

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my


PANDANGAN hadapan Masjid Besi dari jambatan Seri Saujana pada waktu malam.

Bangunan guna enam ribu tan keluli dan material telus cahaya jadi mercu tanda baru di Putrajaya

BERKONSEPKAN seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.

Indahnya binaan dari keluli itu mungkin masih belum dapat dilihat dengan mata kasar namun keunikan masjid yang keseluruhannya berkeluasan 73,795 meter persegi itu amat istimewa. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.


Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan. Dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya ia dijangka mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Perbadanan Putrajaya, Ir Mohd Ridzwan K Othman, berkata cetusan idea untuk membina sebuah masjid baru di Putrajaya wujud sekian lama dulu. Malah, dalam Pelan Induk Putrajaya yang diluluskan kerajaan, ada diperuntukkan dua kawasan untuk dibina masjid di Putrajaya.

“Hasrat perbadanan adalah menyediakan tempat beribadat yang selesa bagi umat Islam sekali gus menampung keperluan kakitangan kerajaan dan juga penduduk setempat iaitu dari sekitar pusat bandar atau core island di Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18.


MASJID Besi dedang dalam pembinaan dijangka siap hujung 2008.

“Anggaran kasar, sejumlah kira-kira 23,633 kakitangan akan dijanakan apabila keseluruhan parcel Pejabat Kerajaan dibangunkan kelak. Manakala seramai 28,420 penduduk juga akan mendiami kawasan sekitar apabila kesemua projek pembangunan perumahan siap dibina,” katanya.

Berdasarkan kapasiti jemaah yang ditentukan di dalam Pelan Induk Putrajaya iaitu 20,000 jemaah, pihak perbadanan meminta arkitek bertanggungjawab iaitu Kumpulan Senireka Sdn Bhd mereka bentuk sebuah masjid berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).

Mohd Ridzwan berkata, selepas beberapa siri perbincangan, didapati binaan dari struktur keluli dapat memenuhi konsep reka bentuk diinginkan iaitu bangunan yang tidak kelihatan terlalu besar.

Lalu terhasillah sebuah masjid dengan penggunaan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit.

DINDING Mihrab daripada kaca tersergam indah dengan ukiran ayat suci al-Quran yang kelihatan terapung di udara

Bagaimanapun, keluli hanya menjadi kerangka masjid kerana ia akan dikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dinding menggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahan Masjid Besi yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.

Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau Architectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.

Malah, di sini juga tiada dipasang walau sebuah kipas. Tapi, bagi menjamin keselesaan pengunjung, pihak perbadanan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) di dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.

Anyaman Masyrabiah di Masjid Besi diimport khas dari Jerman dan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karat yang wujud di negara ini. Kemudian ia dilitupi pula panel bercorak geometri pada bahagian luar, juga dari jenis besi tahan karat.

Mohd Ridzwan berkata, rujukan yang digunakan untuk menggunakan dinding Masyrabiah adalah stadium terkenal milik pasukan Real Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara di Paris yang menggunakan dinding berkonsep sama untuk ruang meletak buku setinggi 20 tingkat dan ruang letak kereta di Barcelona.

Apabila pembinaan Masjid Besi siap nanti, pengunjung yang ingin beribadat atau sekadar berkunjung ke masjid ini bakal disambut dengan seni kaligrafi yang terukir di hampir setiap ruang masjid.

Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra.

Begitu juga di sekeliling Masjid Biru, ia seolah-olah sebuah pulau dengan dikelilingi binaan konkrit kolam bertingkat. Ia kelihatan seperti mini air terjun yang melimpah ke dalam takungan kolam kedua menjadikan kawasan ini tempat yang sesuai untuk beristirehat sambil menunggu azan berkumandang.

Disambut binaan pintu gerbang konkrit yang dibina menggunakan glass reinforce concrete (GRC), pengunjung akan melalui Iwan Utama menuju ke laman atau Sahn dalam bahasa Arab. Indahnya binaan konkrit putih itu, ia dilatari ukiran Asma Ul Husna yang terkandung 99 nama Allah SWT menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth.

Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.

Menjengah ke ruang solat, mata pasti terpaku melihat dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir kerja tangan tempatan iaitu dua baris ayat dari surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan surah Ibrahim di sebelah kiri.

Uniknya cermin itu, ia tidak memantul kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Dinding Mihrab inilah yang akan menjadi fokus utama ruang solat Masjid Besi Putrajaya itu.

“Masjid yang kini 75 peratus siap dan masih belum mempunyai sebarang nama mempunyai hanya satu kubah diperbuat daripada keluli.

“Selain itu, ia juga akan dilengkapi sistem audio visual terbaik bagi memastikan tiada sebarang masalah seperti pantulan bunyi berlaku ketika azan atau ceramah agama dibuat,” katanya.

Mohd Ridzwan yang ditemani Timbalan Pengarah Pembangunan Kemudahan Awam, Jabatan Pembangunan Awam Perbadanan Putrajaya, Norhayati Abdullah, pada pertemuan itu berharap umat Islam di negara menggunakan kemudahan itu yang menjadi ikon pada Putrajaya. Walaupun menjadi tumpuan diplomat dan pelancong dari seluruh dunia, umat Islam di negara ini wajar mengimarahkan masjid dan tidak membiarkan ia kosong serta terbiar.

FAKTA: Kemudahan disediakan

  • Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)

  • Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid

  • 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid

  • Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang

  • Dapur

  • Bilik VIP

  • Bilik penyelenggaraan

  • Bilik jenazah

  • Pejabat

  • Bilik kawalan audio visual

  • Ruang letak kereta (bawah tanah)

    Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

    Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

    Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

    Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara

    FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya

  • RM180 juta - Kos pembinaan

  • 60,156 - Meter persegi, luas masjid

  • 20,000 - Kapasiti jemaah.
  • 3 pemimpin yang berbeza

    Antara Tiga Pemimpin Islam,
    Ahmadinejad Pahlawanku!
    Teks oleh: Noertika
    Foto kiriman: Nonama

    Tergamam rasanya menyaksikan foto-foto beliau dalam kehidupan sehariannya yang teramat bersahaja. Hidupnya menjadi cermin buat peminatnya, kata-katanya menjadi renungan buat lawan-lawannya. (adakah sesiapa yang tegar menjadikan dia lawan?)

    Foto-foto ini saya dapatkan daripada email seorang teman, tanpa mengetahui sumber kutipan. Mohon maaf buat yang merasa memiliki hak cipta foto-foto dan artikelnya….

    (Catatan Webmaster: Kebetulan foto-foto berkenaan turut diterima oleh webmaster dan pengirimnya minta disiarkan untuk tatapan pembaca. Bebera[a jam selepas itu, webmaster menerima artikel ini yang mengandungi foto-foto yang sama, minta disemak/sunting untuk artikel beliau siaran. Terima kasih kepadakedua-dua pengirim foto dan penulis artikel. Foto-foto disiarkan di akhir artikel ini.)

    Tuhan menyayangi pada mereka yang merendah diri dalam kehidupan mereka juga! Stesen berita televisyen Fox (AS) bertanya pada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad;
    “Apabila anda melihat diri anda dalam cermin, apa yang anda katakan pada diri anda?”
    Beliau menjawab,
    “Saya melihat orang yang di dalam cermin itu dan berkata kepadanya” “Ingatlah, dirimu hanyalah seorang hamba yang kerdil, di bahumu tergalas tanggungjawab yang amat berat, iaitu berkhidmat dengan negara Iran”.


    Dan inilah bagaimana permulaan temuramah dengannya.

    Mahmud Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengagumkan pelbagai pihak sejak melangkah masuk ke pejabat Presiden Iran dengan mendermakan semua karpet yang bernilai tinggi kepada salah satu masjid di Tehran, dan menggantikannya dengan karpet yang murah.

    Beliau juga mendapati terlalu banyak sambutan yang meriah dan gemilang dalam menyambut dan menerima tetamu VIP dan beliau seterusnya mengarahkan supaya ianya dihentikan. Pejabat protokol juga telah diarahkan untuk menyediakan sebuah bilik yang biasa tanpa kerusi kayu yang seperti mana biasa.

    Dalam contoh yang lain, beliau juga menyertai kakitangan majlis bandaran dalam pembersihan jalan-jalan di kawasan tempat tinggalnya dan kawasan terletaknya pejabat Presiden.

    Di bawah bidang kuasanya, apabila beliau melantik mana-mana menteri ke portfolio masing-masing di bawahnya, beliau akan mendapatkan satu dokumen yang ditandatangani menteri tersebut, dengan butir-butir ikrar seperti menteri tersebut mesti kekal ‘miskin’, dan semua akaun kewangan termasuk kepunyaan saudara-maranya akan dipantau. Adalah tidak wajar bagi dia dan saudara-maranya untuk mengambil kesempatan atas jawatan menteri yang disandangnya itu. Selain itu, apabila tiba masa untuk menteri tersebut melepaskan jawatannya, hendaklah dia lepaskan dengan penuh maruah.

    Pertama sekali yang dilakukan Ahmadinejad ialah mengisytiharkan ‘hartanya’, iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model 1977 dan sebuah rumah kecil yang usang yang diwarisi daripada ayahandanya 40 tahun yang lalu di suatu kawasan yang termiskin di Tehran. Penyata akaun banknya kosong, dan wang yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah gaji yang diterima sebagai seorang pensyarah universiti dengan jumlah sebanyak US$250 sahaja.

    Untuk makluman, President Ahmadinejad masih tinggal di rumah yang sama. Hanya inilah semua harta yang dimilikinya; sebagai Presiden sebuah negara yang termasyur dan penting di dunia secara strategik, ekonomi, politiknya dan tak lupa sumber minyak dan pertahanan.

    Beliau sendiri tidak mengambil gajinya dengan alasan semua harta kekayaan adalah hak milik negara dan beliau hanya seorang penjaga harta tersebut.

    Satu daripada perkara yang menarik hati kakitangan pejabat Presiden ialah sebuah beg yang dibawa oleh Ahmadinejad setiap hari. Di dalam beg itu tersimpan sarapan pagi hariannya yang mengandungi roti sandwich dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isteri beliau dan beliau menikmatinya dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran. Beliau juga telah menghentikan penghantaran semua makanan-makanan khas yang sebelum ini biasa dihantar ke pejabat Presiden.

    Perkara lain yang diubah ialah pengangkutan peribadinya, iaitu pesawat Presiden, yang telah ditukar kepada pesawat kargo untuk menjimatkan belanja dari perbendaharaan awam dan beliau sendiri menyatakan yang beliau akan hanya menaiki pesawat biasa dalam kelas ekonomi jika hendak ke mana-mana.

    Beliau akan mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa dengan semua menteri hadir dan memberi mendengar taklimat aktiviti dan keberkesanan kementerian tersebut. Beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden dan mana-mana menteri boleh masuk ke pejabatnya tanpa kebenaran daripada mana-mana pihak. Beliau juga telah menghentikan majlis sambutan besar-besaran seperti upacara sambutan karpet merah, sessi fotografi atau apa-apa pembelian iklan penghargaan / penghormatan apabila melawat negara-negara lain.

    Apabila beliau perlu bermalam di mana-mana hotel, belian akan meminta supaya tidak memberinya bilik dengan katil yang besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi hanya merehatkan badannya di atas lantai beralaskan tikar dan selimut.

    Adakah semua perkara di atas menyebabkan martabat dan kehormatan seseorang yang memegang jawatan sebagai seorang ketua negara tercalar dan memalukan ??

    Lihatlah beberapa gambar yang menunjukkan gambar beliau.

    Presiden Iran sedang tidur di dalam bilik tetamu rumahnya selepas ‘melepaskan’ diri daripada pengawal peribadi khas yang sentiasa mengikuti ke mana-mana sahaja beliau pergi, dan gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut surat khabar Wifaq. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah diterbitkan oleh kebanyakan surat khabar dan majalah di seluruh dunia, terutamanya di Amerika.

    Semasa sedang menunaikan sembahyang, anda dapat melihat beliau tidak duduk di saf hadapan. Dan gambar terakhir menunjukkan beliau sedang menjamu selera di dalam bilik makan.

    Ahmadinejad
    Musharraf
    Dollah

    Dalam majlis ramai

    Dalam majlis ramai

    Dalam majlis ramai

    Sedang menghadapi makanan
    beralaskan tikar

    Ruang makan...




    Sedang beradu beralaskan karpet

    Bilik beradu maharaja







    Sedang mencari gambar-gamar Paklah yang sepadan.....

    15.12.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com

    Jumaat, 7 Disember 2007

    MUFTI PERLIS: Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu


    MUFTI PERLIS: Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu

    Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil iaitu Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak bin Haiwah: Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”.

    Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.
    Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.

    Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal.

    Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. ‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.

    Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya.

    Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).

    Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah selama dua tahun, tetapi dia mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah yang tidak kunjung padam.

    Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat kelak telah menjadikan kepimpinannya penuh dengan keadilan dan rahmah Allah yang mencurah-curah.

    Sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga pun. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat telah banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat jelata. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk.

    Lihatlah tampungan yang ada di baju Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik.

    Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaannya yang mewah, atau rumahnya yang megah, atau paip dan curutnya yang panjang, atau isterinya yang berhias permata berlian atau cermin matanya yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Demi sesungguhnya tidak.

    Itu semua hanya menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih-sayang antara orang bawahan dan atasan.

    Saya tidak pernah menyeru agar pemimpin Dunia Islam hidup dalam kemiskinan, atau kelaparan, atau memakai pakaian yang buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh, atau berkenderaan yang cabuk. Tidak, bukan demikian. Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang berbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal, bukan rasuah atau salahguna kuasa.

    Mereka boleh memakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu semua datang dari sumber yang Allah redha untuk mereka. Saya pun tahu, ada pemimpin-pemimpin yang sememang berharta hasil dari usahanya sendiri. Bahkan kekayaan sesetengah pemimpin melimpah untuk rakyatnya dengan keikhlasan dan kasih-sayang.

    Perlis barangkali antara contoh yang baik dalam hal ini. Namun di sesetengah negara dan negeri, ke’ranggi’an pemimpin yang bergaya dengan hartanya menimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat yang melihat. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerena kewibawaannya, atau adab dan karismanya, atau keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai.

    Rumah pemimpin dikenali bukan kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka, tetapi kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan kerana kerap sampai ke tempat rakyat, tetapi kerana luar biasa harganya. Isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal-mahal.

    Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pula pada kasta bawahan. Maka wakil rakyat ada yang bertukar menjadi ‘tokeh rakyat’. Jika hal ini berlaku, politik kedengkian pun akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak.

    Saya terbaca dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Saidina ‘Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis. Lalu ditanya kepadanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirul Mukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan”.

    Jawab ‘Umar: “Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian” (8/147). Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?.

    Jika pemimpin menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, bukan keadilan dan kewibawaannya, maka insan-insan munafik dan pelahap harta pun akan mengelilinginya. Dia dikelilingi kerana habuan yang diharapkan. Dia dipuji kerana harta yang boleh diberi. Dia akan sukar menemui insan jujur yang sudi menegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerena ikhlas.

    Maka kesilapannya tidak dibetulkan, kesalahannya tidak diingatkan. Lalu dia tenggelam dalam pujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernah berfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat nanti, sebaliknya hanya berfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlebel agama di sekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulama hanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama.

    Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.

    Justeru itu dalam hadis baginda menyebut: “Sesungguhnya ALLAH meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali ALLAH kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang ALLAH jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik dalam al-Muwatta`).


    Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya.

    Maka rasuah dan politik wang akan berluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpan hartanya.

    Maka akhirnya nanti, golongan Ruwaibidah akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan satu golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar.

    Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.

    Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

    Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan itu dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah.

    Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

    Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

    Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahan hartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannya kepada rakyat. Sebenarnya, kita pun suka pemimpin yang kaya berharta, jika itu semua membolehkannya membantu rakyat khususnya kaum muslimin.

    Namun hendaklah kekayaan adalah hasil dari titik peluhnya sendiri atau usahanya yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyatnya. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat.

    Maka dengan itu dia dipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan, bukan membisneskan harta rakyat. Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkan surat Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari r.a., antara isinya: “Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan”. (8/147)

    Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata “berikan pendapat yang ikhlas lagi diredhai Allah kepada saya” Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat).

    (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

    Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.

    //mstar.com.my

    Lelaki Haram Bergelang Tangan

    Oleh Ustaz Zainuddin Hashim

     Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

    Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

    Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

    Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

    "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

    Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

    Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

    Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
    1) Gelang Kayu koka
    2) Gelang Kristal
    3) Gelang Tasbih
    4) Gelang Getah plastik
    5) Gelang Besi magnet
    6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

    Jenis2 gelang yang diharuskan:-
    1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
    2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
    3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

    Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

    wallhualam.

    Ustaz Zainuddin Hashim

    Khamis, 6 Disember 2007

    forex

    Forex.........?
    Anda tahu mengenai selok belok tentang forex? atau anda sudah tercebur diri dalam bidang ini? hanya anda sahaja yang boleh memberi jawapannya. Bagi saya yang cetek ilmu tentang forex ini baru sahaja mengenalinya serba sedikit, itu pun melalui kawan-kawan yang sudah terjun ke dalam dunia forex ini.
    Mengikut kata mereka, semua orang yang masih hidup dalam dunia ini terlibat secara langsung dengan forex. Samada secara sedar atau pun tidak. Kenapa pulak kan? apa kena mengena kita semua dengan forex nie kan?... ok kita tinggal dulu pasal forex ni, pikir punya pikir, nanti pining kita kan...
    Setiap hari kita sebagai manusia memerlukan benda-benda asas seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Semua ini untuk kita miliki, tentu sekali kita mempunyai wang yang mencukupi. Kalau tidak, agak susah bagi kita cuma mungkin hanya simpati dari manusia lain.
    Apa kena mengena pulak keperluan asas kita nie dengan tajuk asal iaitu FOREX? di sinilah baru saya agak faham sedikit mengenai forex ini, itu pun sudah puas diterangkan oleh kawan saya tu... malum la, baru petama kali dengaq (dengar) namun saya tidak jemu bertanya biarla di marah ka, di kata bengong ka, yang penting saya dapat serbasedikit ilmu tentang Forex ini.
    Sebagai contoh mudah mengukut kefahaman saya melalui cakapan kawan saya tu.... Forex nie ialah pertukaran mata waang antara negara-negara pelabur seperti Eropah, Usa, Jepun, Canada, Austrulia dan sebagainya.
    Oooooo... rupanya tukaq mata wang (loghat kedah lagi) he he he .... oghang kedah la kata kan... Hapir setiap saat dan minit berlakunya pertukaran mata wang ini. Pelabur-pelabur ini akan pergi ke negara-nerara lain dan melabor di sana, sebelum mereka berurusniaga, mereka terpaksa menukar mata wang asal mereka dengan mata wang negara ytnag merekan akan melabur itu. Maka terjadilah pertukarang mata wang tersebut. Contoh nya lah, pelabur dari Amerika pergi ke negara eropah, merfeka mesti menukarkan mata wang mereka dari usd ke euro. senang saja kan? Paham tak nie?
    e eh mems besaq panggil pulak,, kacau la... ok la nanti saya sambung lagi..... bye ... nak tidoq..
    sekian wassalam.......

    ada komen? ada pandangan? silakan.....

    Isnin, 26 November 2007

    Rentetan Kerjaya

    Assalamua'laikum,

    Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Ilahi kerana di beri hidayah dan taufiq kepada saya untuk terus menghirup udara yang segar dan nyaman disamping dapat beribadah kepadaNya.
    kerjaya adalah salah satu punca pendapan kita selagi nyawa dikandung badan. Disini saya ingin berkongsi sedikit tentang kerjaya saya selepas selesai pengajian saya selama 15 tahun. (lame jugakkan?) he he he he...setelah menerima surat tawaran kerja dari pihak bertanggungjawab, saya diterbangkan ke sabah untuk melapor diri kepada majikan saya yang PERTAMA pada tanggal 18.06.2001.
    Sebuah kampung yang jauhnya lebih kurang 3 jam menaiki bot laju, 2jam menaiki 4x4,saya sampai dengan selamat tanpa mengenali sesiapa pun. Disambut oleh ketua kampung dan ketua jabatan, saya dibawa ke rumah yang akan saya menginap selama mana saya berkhidmat disana.
    Hampir 6 bulan saya berkhidmat di kampung tersebut dengan penuh ranjau duri yang amat menyeronokkan, saya di pindahkan ke satu lagi tempat kerja yang KEDUA pada tanggal 1.1.2002 tetapi masih di bawah jabatan yang sama. Tempat yang baru ini hanya 1 jam sahaja perjalanan dari bandar. Di sana saya sempat berkhidmat selama 3 tahun 5 bulan dengan penuh liku-liku sebagai seorang perantau.
    Diatas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, saya sekali lagi diizinkan berpindah ke tempat baru yang ke-3 iaitu di bandar yang penuh dengan ragam yang tidak ada di kampung. Di tempat kerja ini saya masih lagi di bawah jabatan yang sama cuma ketuanya sahaja yang baru. Saya meneruskan tanggungjawab saya di sini seperti yang di amanahkan. Banyak pengalaman yang saya dapat sejak dari pedalaman, keluar ke kampung kemudian ke bandar.Pengalaman ini amat berbeza dari segi corak kehidupan penduduknya. Namun saya diterima oleh masyarakat setempat dengan hati yang terbuka. Di sini jugak saya sempat berkhidmat selama 2 tahun 6 bulan sahaja bermula pada 1.6.2005 sehingga sekarang.
    Namun kita hanya merancang, Allah jua penentunya saya sekali lagi diizinkan berpindah ke tempat yang baru kali ke-4. Lokasinya amat jauh dari tempat yang sekarang ini. Jarak ke tempat kerja baru itu lebih kurang 360km. Saya diminta melaporkan diri pada 1.1.2008 (tahun dapan la tu) kepada majikan baru itu. Saya kini akan kembali ke tempat kerja yang baru tetapi keadaanya seperti tempat kerja yang pertama saya di postingkan. Pada tanggal 19.11.2007 yang lalu, saya cuba pergi mencari tempat tersebut, Dengan jarak lebih kurang 20 kilomiter dari bandar yang berdekatan, saya mula memasuki kawasan yang dikhabarkan itu.Dengan jalan tanpa tar, saya cuba meredah masuk sambil bertanya orang dan sambil bertawakkal, akhirnya saya temui jugak tempat yang akan saya berkhidmat itu.
    Pada pandangan pertamanya, saya amat sayu dengan keadaan jalan ke kampung tersebut, namun sampai sahaja disana, hati saya terasa bersalah dengan anggapan buruk saya itu. Sungguh menajubkan, dengan kawasan yang sebegini terpencil, masih ada satu kampung yang amat indah pemandangan nya, pantai yang bersih, pokok-pokok nyiur yang menghijau. Hati saya terdetik bahawa ini lah kuasa Allah subhanahuwataala. Walaupun ada cacat sedikit, namun ditutupnya cacat itu dengan keindahan.
    2008 nanti bermulalah kehidupan saya yang baru dengan tempat kerja yang baru Insyaallah dengan azam yang lama (sebab belum ada azam yang baru)...untuk meneruskan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Amiiiiiiiiiiiiiiin.


    nukilan dari perantauan,
    "BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA"

    komen anda?









    .

    Jumaat, 26 Oktober 2007

    bisnes oh bisnes

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh............



    Alhamdulillah saya bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat saya kembali menulis sedikit coretan padamalam ini. sebelum saya meneruskan coretan ini, saya mengambilkesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh malaysia khasnya dan dunia amnya.

    Sekian lama saya tidak buka dan peduliakan blog ini, terasa kekok pulak untuk menulisnya. Coretan saya yang terakhir ialah pada bulan ogos yang lalu menceritankan tentang ilmu mengenai forex. Alhamdulillah, pada hari berlangsungnya bengkel forex itu, sambutan amat menggalakkan. Walaupun hanya lebih kurang 10 orang penyertaan, namun bengkel pada hari itu berjalan dengan jayanya. tercapai jugak apa yang selama ini saya dan kawan saya rancangkan.

    Dalam bengkel tersebut penceramah dijemput khas dari johor. Beliau berasal dari kedah dan berhijrah ke johor dan menetap di sana untuk mencari rezeki. En. Ismail di jemput untuk memberi kursus tentang bagaimana caranya untuk kita menjalankan bisnes forex ini. bermula pada pukul 8 malam hinggalah pukul 12 tengah malam pada hari pertama. Pada malam itu En. Ismail bermula dengan pengenalan tentang forex sehinggalah cara-cara untuk mengendalikan forex. Beberapa modul dibentangkan oleh beliau. Tindak balas dari peserta pun amat menggalakkan. boleh dikatakan semua peserta mengajukan pelbagai soalan yang mereka tidak faham.Begitu jugak pada malam kedua, bengkel berjalan seperti yang dirancang. Semua peserta berpuas hati dengan program yang kami anjurkan itu.
    Akhir sekali sekian wassalam.....

    Sabtu, 11 Ogos 2007

    Tambah ilmu tambah wang

    Assslamualaikum..............



    Alhamdulillah saya bersyukur kepada-Nya kerana diberi kesempatan lagi untuk menulis sedikit coretan dari rentetan kehidupan saya sehai-hari.

    Pada 27 dan 28/08/2007 akan diadakan satu bengkel mengenai cara-cara untuk trade forex. bengkel selama 2 hari ini akan dikendalikan oleh seorang rakan saya yang dijemput khas dan pakar dalam forex. Selama lebih kurang 1 bulan saya merancang bersama rakan bisnes saya iaitu En. Zulkifli Che Ali untuk mengadakan bengkel ini. Akhirnya keputusan telah dibuat dan pada tarikh seperti diatas kami pilih.
    Kami telah berunding dengan pihak OUM untuk menggunakan makmal komputer mereka. Dalam rundingan dengan pengurus OUM, mereka setuju memberi kami menggunakan makmal komputer mereka dengan kadar sewa yang memuaskan. Mungkin ini adalah rezeki kami jugak sebab sebelum ini kami pernah mnyewa tempat tersebut sebelum ini dan ini adalah kali ke-2 kami mnyewatempat mereka.
    Benkel ini diadakan selama 2 hari. yang unik nya tentang bengkel ini ialah dibuat pada sebelah malam bermula dari pukul 8 malam sehingga pukul 12 tengah malam. Kami terpaksa buat begitu atas sebab kerana tidak mahu mengganggu kerja dan tugas disiang hari oleh para peserta yang akan mengikuti bengkel tersebut.
    Pada masa ini saya dan En. Zul sedang membuat promosi mengiklankan bengkel tersebut kepada orang ramai. Macam biasa Tugas en. Zul ialah membuat banner sebab beliau pakar dalam bidang itu :). Saya sendiri membuat poster iklan dan akan diedarkan kepada semua orang..
    Untuk sesiapa yang ingin dan berminat mengikuti bengkel ini bolehlah berhubung dengan saya sendiri di talian 013-8748750. Yuran untuk sepanjang bengkel selama 2 malam ini kami kena hanya RM350 sahaja. Harga ini sangat berpatutan dan ramai yang kami rasa mampu kerana amat rendah kalau nak dibandingkan dengan kursus-kursus forex yang saya ketahui di tempat lain.
    Sekian terima kasih
    jumpa lagi.
    sebarang komen diterima dengan ikhlas.

    Rabu, 1 Ogos 2007

    suci lagi menyucikan

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
    salam sejahtera saudara saudari semua. Apa Khabar semua? semoga saya dan saudara saudari
    semua berada dalam keadaan sihat dan senantiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.

    Pada hari ahad tanggal 29.07.2007 yang lalu saya bersama isteri pergi ke rumah seorang sahabat di Kg. Likas Kota Kinabalu. Tujuan utamanya untuk membeli
    barang pakaian wanita yang dioder oleh kawan-kawan isteri saya.Semasa berada di rumahnya, kami sempat bertanya khabar sebab dah lama tak berjumpa.
    Sambil bercerita dengan dia, saya ternampak satu kotak yang isi dalamnya mungkin mengandungi sabun sebab diluar kotak itu tertulis sabun suci.
    Saya pun ubah topik lalu bertanyakan dia apa yang ada di dalam kotak tu? dia pun dengan semangat terus capai kotak tersebut lalu mngeluarkan
    dua buku sabun dari kotak tersebut. Anggapan saya tadi memang tepat. Dia pun menceritakan tentang kelebihan sabun tadi.
    Sambil bercerita dia sambil buat promosilah(hehehe). Dengan apa yang dia cakap itu saya tertarik dan berminat ingin mencuba, sebab banyak kegunaan
    dan kelebihan sabun tersebut berbanding sabun-sabun yang ada dipasaran sekarang. (Promot jugak nie he he he ).
    Untuk pengetahuan saudari saudari semua sabun tersebut dinamakan "SABUN TAHARAH"(sabun tanah liat).
    Antara kelebihannya ialah:
    1- Kegunaan untuk bersamak.
    # caranya/ kaedah penggunaannya:
    - 1 kali air sabun Taharah dah di bilas dengan 6 kali air mutlak (berserta dengan niat samak)
    - maksudnya - kita ambil sabun Taharah dan kita bancuh di dalam baldi yang mengandungi air dan kacau hingga berbuih agak dah banyak buih tu ok la)
    kemudian kita siram lah ditempat yang kita nak samak tadi bersertakan dengan niat.
    2- Ia mengandungi Vitamin A,C dan E. Ia juagak mengandungi kandungan mineral dan zat galian secara semula jadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potassium
    yang boleh digunakan sebagai sabun mandian harian.
    3- Kegunaan sebagai sabun kecantikan dan kesihatan kulit.

    Penggunaan sabun Taharah ini juga teruji keistimewaannya dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit dari hujung rambut ke hujung kaki seperti:
    # Menghaluskan dan menglambabkan kulit, menghilangkan bau badan dan kotoran.
    # Menghilangkan penyakit kulit seperti panau, Kurap, Kudis, Ruam, Gatal-gatal, Kulit kering, kelemumur serta rekahan tumid kaki.
    # Menghilangkan Jerawat, bintik-bintik hitam (jeragat),mengurangkan garis penuaan/kedutan dan memberi kesegaran yang berpanjangan.

    Sabun Taharah ini juga serbaguna untuk mencuci sayur-sayuran, barang kemas, basuhan baju dan lain-lain. (Hebatkan!)

    P/s: untuk memberi kesan yang lebih baik biarkan sapuan sabun Taharah di tempat-tempat yang bermasalah seketika
    supaya buih/air sabun ini benar-benar menyerap ke dalam kulit kemudian barulah bilas.

    # active Ingredients:
    (Vegetable base (paim oil and palm kernel oil) "Taharah" mud, marine extract, olive oil and sandalwood essential oil.)

    (anda bolehlah terjemah sendiri kalau tidak faham lah...:)

    Untuk pengetahuan semua, saya sendiri baru mencuba sabun Taharah ini. kesannya nanti akan saya beritahu kelak dalam episod sabun yang akan datang.
    Insyallah. Jika anda semua ingin mencuba sila lah layari laman web ini:

    www.taharah.com.my

    Anda jugak bolehlah menghubungi ditalian yang tertera di bawah ini jika ingin mengetahui lebih lanjut:
    Tel: 603-62763416 (ofice)
    013-8748750 (sandakan)- saudara M.Roshdi(bukan ejen/ahli)
    019-9470351 (kota Kinabalu)- saudara kahiru (ahli)
    012-5950540 (Kota Kinabalu)- saudari Norrizani(bukan ahli)

    Saudara saudari sekelian, sesuatu benda atau perkara yang baik dan boleh mendatangkan faedah kepada kita semua hendaklah kita hebahkan kepada orang ramai.(tak salahkan). :).
    Jadi di sini saya jugak ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama-sama saudara
    saudari semua untuk kebaikan kita dan ummah seluruhnya.
    Amiiiiiin.

    Sekian Wassalam.

    10:35 AM 8/1/2007.

    Isnin, 30 Julai 2007

    Bola Tampar

    Pada 21.07.2007 saya bersama rakan-rakan sekerja dari Sk. Sungai Anib2 mengikuti pertandingan bola tampar yang dianjurkan oleh PSKPP (gabungan Sandakan) . Kami menubuhkan satu pasukan yang terdiri daripada :
    1. Azmi
    2. HJ. Rosli
    3. Saya(Roshdi)
    4. Sharif Ali (spiker)
    5. Isaac
    6. Musa (spiker)
    8. Shahrilnizam
    9. Azizam
    10. Ahmad Nasrah(Pk kokum)
    11. Zulkifli Che Ali
    12. Zulkifli Abdullah
    13. Gapar
    14. Domeng (simpanan)

    Sehari sebelum hari pertandingan, kami mulakan latihan bersama- sama dengan guru-guru Smk Elopura2 di padang Smk Elopura 2. Latihan bermula pada pukul 4.30 ptg. Pada hari tersebut kami diberi kelonggaran oleh guru besar untuk mengikuti latihan. Beliau (GB) adalah seorang yang amat perihatin yang tidak suka memberi tekanan kerja kepada staf-stafnya. Apa pun aktiviti yang melibatkan guru-gurunya yang berfaedah, beliau akan memberi sokongan penuh tanpa banyak alasan yang tidak munasabah.
    Semasa latihan, kami bermain bersungguh-sungguh. Untuk pengetahuan semua, saya sendiri tidak ada asas tentang permainan ini. Apalagi mengikuti pertandingan seumpama ini amat jauh sekali. Namun dengan semangat rakan-rakan yang ada, saya bermain jugak disamping minta tunjuk ajar dari rakan-rakan yang berpengalaman dalam permainan ini.
    Pada hari pertandingan iaitu hari sabtu, kami semua berkumpul di Smk Batu Sapi sebab pertandingan diadakan di sana. Tempat asal di Komplek Sukan jalan sibuga, namun disaat akhir diubah lokasinya ke sana pula. Hanya 4 team sahaja yang mengikuti pertandingan pada hari tersebut dari 10 team yang berdaftar. Kami dikenakan yuran sebanyak Rm150 setiap team. Namun kami hanya hanya mengeluarkan RM5 sahaja setiap orang, selebihnya ditampung oleh pihak sekolah sendiri.
    Mengikut jadual yang diberikan, kami akan bertemu dengan team Sk. AirPort dalam perlawanan ke 5, namun team tersebut tidak datang dan kami adalah team yang awal datang pada pagi itu maka di suruh oleh pihak penganjur untuk memulakan dahulu. Kami bertemu dengan team Sk. Sungai anib 3. Perlawanan pertama saya sebagai simpanan sahaja. Namun team saya mengalami kekalahan tipis dalam perlawan pertama ini. (mata saya tidak ingat).
    Untuk pengetahuan semua, team-team dari Sk yang lain semuanya bergabung dengan sk dan smk yang lain. Semuanya mereka ambil yang pandai dan berpengalaman dalam permainan ini. Dari team saya, kami tidak ada campuran dari sk atau smk yang lain (semua yang original) he he he he . Sebabnya kami salah faham dari maklumat yang diterima. Tiba perlawanan ke- 2 team saya kira-kira pukul 12 tengahari, kami bertemu dengan team dari sk. St. mary. Dalam perlawanan ini saya dimasukan untuk bermain. Perlawanan pada tengahari itu amat sengit sekali, namun oleh sebab kurangnya pengalaman dan latihan yang hanya 1 hari sahaja, kami mengalami kekalahan yang ke 2. Begitu juga pada perlawanan yang ke 3 (terakhir lah tu) saya sendiri dah mengalah dan tidak sanggup lagi bermain. (penat dan sakit semua tangan) ha ha ha ha. kami kalah lagi untuk yang ke 3 nie.
    Namun kami semua berpuas hati kerana semua rakan-rakan bagi komitmen dan sanggup bermain. Kami jugak tidak rasa menyesal dengan kekalahan itu, sebab kami tahu sejauh mana kayu ukur untuk kami. Malah perasaan puas hati dan seronok itu timbul dalam hati kami semua dan kami rasa perlawan ini hanyalah untuk mengisi masa lapang dan ia jugak dapat menghilangkan sedikit bebanan kerja di sekolah.
    Sebenarnya sukan ini adalah ibadah jika kita tahu menggunakannya pada masa, tempat dan cara yang sesuai mengikut apa yang digariskan oleh agama kita. Semua jenis sukan kita boleh ceburi dan ikuti. Yang penting sama-samalah kita menjaga aurat dan batas-batas yang di tetapkan oleh agama kita, selagi mana ia tidak terpesong dan lari dari landasannya.
    Setiap ibadah yang kita lakukan akan diberi ganjaran yang setimpal dari-Nya. InsayAllah...
    Sekian Wassalam....

    Ps: sebarang komen atau pandangan bolehlah dibuat dan akan diterima sebagai nasihat dan tunjuk ajar yang berguna.

    " Hiduplah sukan untuk Agama, bangsa dan Negara"

    Isnin, 23 Julai 2007

    Menjadi seorang Muslim yang baik

    Menjadi seorang Muslim yang baik
    oleh: Ustaz Zain Hashim

    Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.


    Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

    Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap Muslim/Muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

    * Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

    * Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

    * Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi Muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

    * Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w., sirah para sahabat Nabi, bagi Muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

    * Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

    * Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

    Bolehkah Umat Islam hari ini menjadi mukmin yang baik seperti pada zaman Rasulullah s.a.w.?

    Umat Islam hari ini ada potensi untuk menjadi umat yang kuat imannya kepada Allah, menurut Al-Marhum Syeikh Sa’id Hawwa dalam kitabnya “Al-Asas Fi al-Tafsir” juzuk kedua ketika menafsirkan surah ~Ali ‘Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w. menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu: Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab: Para Malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya’ (nabi-nabi),. Tidak juga, kerana para Anbiya’ dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah disebabkan kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka.

    Dalam satu riwayat hadis yang lain pula riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibnu Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan, bahawa; beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).

    Iman yang ada di dalam hati kita itu, akan terus diperbaharui apabila kita berhasrat untuk melakukan reformasi perubahan dalam diri iaitu ingin menjadi hamba Allah yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, ia boleh dilakukan dengan perubahan sikap, seterusnya akan sampai kepada satu tahap kemuncaknya iaitu peningkatan, meningkat dalam persoalan iman, kefahaman, cara berfikir, bertindak yang akhirnya melonjaknya diri kita sebagai umat yang mampu menyuruh manusia seluruhnya kepada yang makruf dan mencegah mereka daripada melakukan mungkar seperti membunuh, memfitnah, memberi dan menerima rasuah dan lain-lain, Wallhu ‘Alam.

    Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya.

    pendapat anda?

    Sabtu, 21 Julai 2007

    pakaian dan Perhiasan Dalam Islam

    Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.
    Salam sejahtera semua...
    Alhamdulillah pada hari ini dapat lagi saya menukilkan dalam blog saya dengan penuh kesyukuran kepada Ilahi. Pada hari ini kita dapat lihat di sekeliling kita betapa ramainya diantara kita terutamanya sekali saya khususkan yang beragama Islam. Apa yang nak saya katakan disini ialah, ramainya orang-orang Islam pada hari ini lupa dan tidak ambil peduli tentang hukum-hukum Dalam Islam.
    Permasalahan yang ingin saya keutarakan pada hari ini ialah tentang pakaian dan perhiasan. Dalam Islam dikatakan dalam bab ini ialah aurat(bukan aurat muhammadiah). Samada aurat bagimlelaki atau perempuan. Hari ini saya terjumpa dalam satau laman web yang menceritakan tentang ayat al-Quran mengenai pakaian dalam Islam. (http://www.al-islam.com ). Terdapat 6 ayat Al-Quran yang menceritakan tentang berpakaian dan perhiasan yang saya dapati dalam web tersebut. Di bawah ini saya letakkan 2 ayat yang dipetik dari surah al-a'rof

    [26]
    Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
    [27] Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

    Berpandukan ayat diatas, marilah sama-sama kita merenung diri kita sendiri, adakah kita tergolong dalam orang yang mengikut perintah Allah yang berpandukan al-Quran atau sebaliknya. Saya timbulkan permasalahan disini adalah kerana ingin berkongsi ilmu yang saya sendiri amat lemah dalam bidang ini.
    Hari ini saya amat risau tentang pendedahan aurat terutama orang melayu yang beragama Islam yang amat merisaukan kita semua. Sampaikan saya terfikir apakah sumbangan saya untuk merealisasikan Islam kepada bangsa kita yang dicintai, yang amat ketandusan ilmu agama dan nur Islam. Semakin hari semakin agak terkeluar dari landasan yang di bawa oleh Nabi Kita S.A.W.

    Pendapat anda?

    Layari laman web : www.al-islam.com

    Jumaat, 20 Julai 2007

    Kuasa wang

    Assalamualaikum..................

    Wang atau duit adalah satu yang amat perlu dan penting dari dulu kini dan selamanya. Ianya bukan lagi benda yang dilihat tidak seberapa penting dalam zaman yang serba serbi menggunakannya. Tanpa wang, kita tidak akan dapat memiliki apa yang kita hajati dan ingini. Nak masuk tandas pun dengan wang. Betapa bernilainya dan kuatnya kuasa wang yang ada pada hari ini.
    Saya nak berkongsi cerita dengan anda semua...... Ada seorang sahabat saya yang memiliki sejumlah wang yang banyak(ribu-ribulah tu). Dengan wang yang dia miliki itu dia berhajat untuk membuat satu bisnes, cuma bisnes ini memerlukan modal yang terlalu besar. Dia terpaksa mencari beberapa rakan kongsi untuk memiliki bisnes tersebut. Agak lama dia mencari dan menunggu untuk mendapatkan rakan kongsi, timbul satu masalah pada dia yang memerlukan wang (tak banyak la).
    Tanpa dia berpikir panjang, dia keluarkan sedikit duit dari simpanannya untuk berbisnes itu. Sebab tiada lagi sumber yang lai. hari demi hari dia mencari dan bertanyakan kawan-kawannya, semuanya dengan jawapan yang mengecewakan dia. Namun dia tetap berusaha sehinggalah sekarang. Akan tetapi kuasa wang itu lebih kuat dari ketabahan dan kesabaran yang ada pada dia. Dalam hari-hari menunggu itu, duitnya makin hari makin di tarik keluar, sehingga suatu hari yang tak diduga, simpanannya yang diperuntukan itu dah habis. ???????
    Kenapa? dan mengapa perkara sebegini berlaku? adakah ia terjadi kepada anda? atau sebaliknya?..... itulah kuasa yang ada pada wang atau duit. tanpa kita awasi dan tidak berhati-hati tahap melampau, mungkin ia akan musnahkan hidup kita, walau dalam sekelip mata.
    Apa pendapat anda?

    Rabu, 11 Julai 2007

    komen ke email

    Enter your email address:

    addini315@gmail.com

    Delivered by FeedBurner

    tak faham yang ini

    ilmu baru


    assalamualiakum...

    sedara sedari semua.. pada pagi ini saya mendapat satu lagi ilmu baru iaitu nak masukkan iklan ke blog saya ... saya terbaca dalam satu laman web ideaperniagaan.com , di sana ada tertulis sokongan untuk wangcyber.com melalui html.. sebenarnya saya sendiri pun tidak tahu apa itu html... apa lagi kegunaannya.. lagi lah saya tak tahu... insyaaallah.. pagi ini saya akan cuba buat dengan apa yang di arahkan melalui wangcyber.com tu...ok
    saya cuba sekarang...

    Selasa, 10 Julai 2007

    aku raja sehari

    assalamualaikum.....

    Selamat pagi dan salam sejahtera ..... pagi ni saya mulakan taiping saya dengan pengenalan serba sedikit tentang latar belakang saya secara ringkas untuk pengetahuan sedara sedari semua... ( psssst: bukan promosi la no..) saja lah ni... tanpa keluarga yang tercinta sapaaaaalah kita kan?.....
    Ok pertama sekali di sebelah ni gambar saya lah...(tengah pegang keris taming sari tu) tidak bahaya lah.. sebab bukannya betul... gaya saja lebih...saya berasal dari Merbok Kedah..(kwsan Menteri Penerangan tu lah) siapa tidak kenalkan... Bertugas di salah sebuah sekolah di daerah sandakan Sabah(sekarang nie la)
    gambar yang di bawah tu my wife...(tol ke ejaan tu erk) dia nie asal dari simpang kuala, aloq setaq kedah..... (loghat kedah ni)... wife saya ni keluaran politeknik Jitra.. sekarang ni dia bertugas di Politeknik jugak tapi di Kota Kinabalu Sabah... sebagai Juruteknik. Baru saja 2 bulan bertugas... sebelum nie dia bertugas di PTS sandakan.... tapi bukan bidang yang dia belajar la...
    ini gambar masa kami kawin la...( dah ini saja yang ada.... x salah kan?.) ....

    <----- my wife kami aqad nikah pada 31.05.2004. Dan majlis kenduri pada 03.06.04 di rumah wife saya..(dlm gambar tu di rumah dia la) di rumah saya pada 06.06.04... tapi gambar nya tak ada... (blum upload lagi).. nti la klu sempat.. ni gaya-gaya dalam bilik saja... (jurukemera la tu)... kalau saya sendiri tak payah la buat gaya-gaya macam nie... :D... Tapi kalau dah sekali seumur hidup kira ok la tu kan.... bkan selalu...






    ok .. yang sebelah ni gambar penuh saya dan isteri... secocok ke? he he he he ... Alhamdulillah la... ni lah jodoh nama nya kan.. terima dengan hati yang ihklas dan seadanya.







    yang ini gambar masa pengantin lelaki & perempuan berarak ke umah mentua saya la, diiringi lagi dengan pasukan kompang tu.. hebat-hebat. inilah orang kata raja sehari kan.. semuanya indah, dilayan sebagai pasangan raja dan permaisuri... (1 hari je.. malam kena buka semua baju tu dan pegi cuci periuk la )


    ok yang ini ibu kesayangan saya, namanya siti Khodijah bt. yahaya. beliau sempat bergambar bersama-sama saya pada hari itu. ayah? ooh.. dia ni jenis orang yang tak berapa suka kalau bergambar-gambar ni. dah ajak 2,3 kali dia tk nak jugak... jadi gambar dia tak ada lah dalam sesi ini.... tapi ada jugak gambar dia ketika makan.. kalau tak salah saya la.. tunggu jap nak upload gambar dia ni...(ayah saya la)




    ops... sory lah ayah, gambarmu tidak lengkap. nama ayah saya ni Abdul Rashid b. Abdul Aziz. Hanya ini saja gamabr yang ada dalam banyak-banyak gambar ni... tapi tak apa, dilain kali saya akan paparkan gambar ayah saya yang hensem ni... itulah orang lama ni,, mereka tidak seberapa kisah sangat dengan bergambar-gambar ni..(tak semua la)





    ini adik bongsu saya, namanya Solihin, umur dia ni lebih kurang 13 tahun
    (tgktan 1). Dia pun sempat jugak berganbar pada hari tu... dialah diantara
    adik-adik saya yang paling saya sayang... yang lain tu sayang jugak...cuma yang ni lebih sikitlah...





    ini adik saya yang ke 4... masa ni dia belum lagi kahwin, sekarang dia sudah berumah tangga dan ketika saya tulis blog ni, dia sedang mengandung anak pertama. (kembar-insyaallah)... mungkin dijangka bulan 11 ni saya akan dapat anak buah yang pertama. saya? belum ada rezeki lagi...he he he he ...
    ok, gambar adik beradik saya yang lain tu tak ada dalam album ni.. mungkin saya akan bercerita lagi tentang mereka semua dalam tulisan saya yang akan datang.

    ok yang ini pulak bapa mertua dan mak mertua saya (mak/ayah bini saya la):D... nama bapa mentua Musa b. Sibawai . mak mentua Zubedah bt. mereka jugak sempat bergambar bersama-sama saya pada hari itu walaupun sibuk melayan tetamu-tetamu yang datang.
    Itu pun dipaksa jugak untuk bergambar... kalau tak... mana diorang nak... macam ayah saya jugak la... susah sangat kalau nak bergambar ni.. kita ni orang muda bukan nya apa.. cuma bergambar ni untuk buat kenangan kepada anak cucu kita masa akan datang.. tu pendapat saya lah.

    Ada lagi gambar-gambar semasa kenduri kahwin saya tu. cuma
    ini sahaja yang dapat saya pamerkan untuk tatapan kita semua.
    Ok lah... sampai disini saja yang dapat saya tulis serba sedikit tentang hari perkahwinan saya.
    Sekian Terima kasih.....
    Wallahua'lam....

    Khamis, 5 Julai 2007

    tenang dan diam bersantai

    assalamualaikum......

    Pertama sekali bersyukur kita pada -Nya yang telah memberi pinjam nyawa kepada kita sehingga hari ini. sebagai hamba-Nya, kita patut bersyukur dan sentiasa mengingati-Nya dan mestilah senantiasa berbuat kebaikan kepada hamba-Nya yang lain. Sesungguhnya dunia ini hanyalah dipinjamkan sementara sahaja oleh-Nya.
    Di sini bukanlah saya nak berceramah agama cuma sekadar memperingati diri saya sendiri sahaja agar tidak lupa dan lalai kepada-Nya.
    Dua tiga hari ini saya sangat penat dan badan pun terasa letih sebab 2,3 minggu yang lepas saya tidak tidur sepanjang malam kerana belajar buat blog dengan sahabat saya. Saya juga sangat sibuk menolong sahabat saya menyiapkan bahan-bahan untuk benkel yang kami anjurkan pada 30 Jun yang lalu.
    Alhamdulillah semuanya selesai dan berjalan lancar seperti yang dirancang. Peserta yang mengikuti bengkel itu hanya 7 orang sahaja dari tawaran yang kami buat iaitu 30 orang. Namun realitinya itulah orang kata kalau pertama kali buat sesuatu bisnes memang sambutan tidak akan dapat dengan apa yang kita rancang. Apatah lagi bengkel seumpama ini yang pertama kali saya dan sahabat saya anjurkan di sandakan sabah ini.
    Alhamduliillah rezeki tu ada di mana-mana. Dengan kehadiran 7 orang peserta tu saya cukup rasa bersyukur dan dapat kembali modal yang kami laburkan. Namun bukan itu tujuan saya, ini adalah pendedahan kepada orang ramai tentang kelebihan - kelebihan yang ada dalam laman web yang terdapat di internet. Orang ramai jugak dapat membuat laman web mereka sendiri untuk berbisnes dan menjual produk-produk yang mereka ada yang selama ini mereka jual secara runcit dan . Sebenarnya dengan adanya laman web mereka sendiri dapat memudahkan dan membantu mereka menambahkan pasaran mereka kepada pengguna, bukan sahaja di dalam negara kita malah mereka boleh pasarkan produk mereka ke serata duni.
    Insyaallah pada masa akan datang saya akan anjurkan lagi bengkel seumpana ini dengan pakej-pekaj yang lebih menarik dan terkini.
    Wallahua'lam....

    Khamis, 28 Jun 2007

    aku yang sibuk last minit.

    asalamualaikum .....
    Alhamdulillah pada hari ini saya dapat menaip semula blog saya. Beberapa hari yang lalu saya amat sibuk mengatur persiapan perpindahan isteri saya yang baru sahaja dapat kerja. Beliau sekarang ditugaskan di sebuah institusi pengajian tinggi di Kota Kinabalu Sabah. Beliau bekerja sebagai juruteknik komputer.
    ok, saya bukan nak bercerita panjang tentang isteri saya, hanya kebetulan sahaja. Apa yang saya nak bincangkan pada hari ini ialah persiapan saya untuk kursus bina laman web perniagaan. Kursus ini pertama kali diadakan di sandakan pada 30 jun 2007. Semua persiapan dibuat dengan penuh teliti dan semangat.
    Saya bersama kawan saya En.Zul bertukus lumus di saat-saat akhir ni kerana pada mulanya kami kekurangan modal, sehinggakan masing-masing menunggu gaji di hujung bulan baru lah kami dapat sediakan bahan-bahan tersebut. En.Zul dengan bahan-bahannya untuk diberi kepada peserta..... saya pulak dengan kereja saya menghubungi semua prospek-prospek yang akan menyertainya...
    Semua banner dan poster telah di pasang dan diedarkan kepada orang ramai sejak dari sebulan yang lalu iaitu pada 5 Jun. Seminggu dilancarkan pendaftaran, belum ada respon dari orang ramai... sehinggalah masuk minggu yang ke tiga barulah ada satu dua panggilan bertanyakan tentang kursus ini. ada yang bersms sahaja.. lepas tu diam.... ada yang emailkan lepas tu diam... semua rakan sekerja bertanyakan khabar dah ada peserta ke? hehehehehe, saya hanya tersenyum tersengeh sahaja.
    Di minggu yang terakhir ini ramai jugak yang buat panggilan.... tanya tentang ada kosong lagi ka, ada yang call cakap bagus program ni.. tapi tidak dapat ikut atas sebab-sebab tertentu.. .. namun alhamdulillah ada lah 3 hari lagi dengan tarikh bengkel itu ada seorang rakan lama buat pengesahan dia akan ikut bengkel itu. En.zul pun kata ada 3 orang member dia nk ikut jugak bengkel ini... saya rasa bersyukur sebab masih ada yang berminat ikuti bengkel ini...
    Namun sepanjang saya buat promosi bengkel ini, lebih 3o 0rang yang menghubungi saya bertanyakan tentang bengkel ini namun alasan mereka tidak dapat ikut serta sebab ada urusan yang lebih penting, tidak ada yang nak jaga anak, ada yang berkuliah pjj, ada yang tanya tapi tidak berminat, ada yang cakap mahal harga yang di tawarkan, Namun semua persoalan dan alasan yang mereka kemukakan, saya jawab dengan tenang dan mereka berpuas hati, malah ada yang mencadangkan agar dibuat lagi pada minggu hadapan, bulan hadapan, buat la selalu dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan respon yang saya terima itu akan saya bincang dengan en.Zul dan kami akan terima dan perbaiki pada ,masa- masa akan datang..
    Ada jugak 4,5 orang peserta yang sahkan ikuti bengkel ni batalkan disaat-saat akhir.... Apa perasaan anda kalau keadaan ini terjadi kepada anda, ? sebab persiapan saya sudah buat dengan menempah dewan yang boleh diisikan seramai 40 orang. harga sewa dewan 1 hari Rm800 untuk 40 peserta, RM400 untuk 20 peserta. Tempah makan minum untuk setiap peserta di caj Rm10. Bahan -bahan untuk peserta gunakan dan dibawa balik seperti cd bonus, pen, fail dan sebagainya pun disediakan dengan secukupnya...

    Khamis, 21 Jun 2007

    apa pendapat anda?


    Kereta adalah salah satu kenderaan yang kebanyakan semua orang miliki. Dari yang bergaji kan majikan sehingga lah bergaji kan diri sendiri. Boleh dikatakan setiap orang yang berduit pasti akan miliki kereta. Cuma perbezaan antara jenis kereta itu lah yang boleh membezakan tahap kemampuan seseorang itu mampu miliki. Dan boleh dikatakan setiap orang bermimpikan kereta mewah seperti di dalam gambar di sebelah ini.
    Adakah saya, anda semua mampu miliki kereta seperti ini? Jawapannya terletak di dalam kotak fikiran masing-masing. Kalau kita berminat dengan kereta ini maka kita akan berikhtiar dan berusaha keras untuk milikinya. Namun saya percaya, ramai sudah rakyat malaysia mampu miliki kereta seperti ini... malah lebih baik lagi dari kereta ini pun sudah dimiliki oleh orang kita.
    Akan tetapi, saya juga percaya masih ada bahkan masih ramai lagi rakyat malaysia yang langsung tidak mampu untuk miliki sebarang jenis kereta pun. Kenapa jadi begini? adakah mereka ini tidak berkemampuan? atau mereka ini tidak berminat dengan kereta? atau mereka lebih senang dengan kenderaan perkhidmatan awam seperti bas, teksi, kereta sewa, kapal terbang, keretapi dan yang seangkatan dengan nya?... jawapan-jawapan dalam persoalan ini pun terletak dal;am kotak fikiran kita masing-masing. tepuk dada tanya iman....
    Cuma pada pendapat saya, dalam keadaan zaman sekarang ini kenderaan terutamanya kereta amat penting sebagai kenderaan yang boleh memudahkan segala urusan kita seharian. Saya tidak nafikan kenderaan awam jugak amat penting kepada kita seperti bas, teksi, kapal terbang, keretapi dan seangkatan dengan nya.... semua ini memainkan peranan masing-masing dalam menjana ekonomi sesebuah negara. alasan saya ialah tidak semua tempat yang kita hendak tujui dapat kita pergi dengan kenderaan kita sendiri...
    Contoh nya ..... kita diarahkan oleh majikan kita untuk pergi ke suatu tempat yang jauh untuk menghadiri mesyuarat atau kursus sehingga merentasi lautan, kita terpaksa menaiki kapal terbang atau kenderaan laut seperti bot, feri dan sebagainya. Jadi kenderaan awam seperti ini amat perlu dan sangat - sangat penting kepada kita semua.
    Cuma apa yang saya hendak cetus kan disini ialah kenderaan peribadi kita seperti kereta. Bagi saya kereta mewah contohmya menjadi satu impian bagi setiap orang untuk milikinya. BMW?, MERCEDES?, apa pilihan saya? anda? kita? tepuk dada tanya selera... tanya kemampuan kita.. tanya pendapatan kita harian, bulanan, tahunan. Adakah kita mampu miliki kereta berjenama seperti ini?
    Apa pendapat anda?.....

    Selasa, 19 Jun 2007

    apa yang aku dapat hari niee?

    Sambungan dari episod yang lalu....
    apa yang aku dapat hari ini? jawapannya ......

    Aku dapat ilmu seterusnya mengenai cara membuat blog sendiri... sebenarnya aku dapat seorang guru yang sememang nya sahabat qorib aku sendiri... beliau adalah ....dot dot dot...mamat nie seorang yang boleh dikatakan pakar la dalam bidang internet nie.. aku dah tau ...lama daaaaah.. cuma aku tak ambik kesempatan kat dia ni... cuma aku respek dia ni 1 saja.. kalau dia nak ajar bab-bab internet ini serius.. aku belajar dengan dia sikit demi sikit.. untuk pangetahuan sedara, tuan, makcik pakcik, adik abg kakak...member aku ni selalu tinggal serumah dengan aku setiap kali isteri dia uotstation.

    Pertama sekali aku belajar buat blog. satu persatu aku tanya dia, dari hari pertama dulu,, aku cuba buat blog ni kira-kira pada tahun 2006, dua tiga blog aku cuba buat,,, satu pun x jadi, walaupun dia ajar aku.. berkali-kali... sampai kan dia naik angin bila benda yang sama aku tanya... lembab sikit aku ni,, he he he ...(lambat pikup) ... Tau apa dia kata kat aku...? hang ni ..soalan bodoh pun tanya aku.. he he he he.. aku sendiri pun terasa kebodohan aku setiap kali aku di marah nya... he he he ....

    Banyak contoh-contoh blog yang membe aku bagi sebagai panduan aku,, tapi,, almaklumlah,,,, benda ni kalau awal-awal kita tak ambil berat memang jadi susah bila kita nak buatnya... yang aku lebih terkejut lagi semua blog-blog yang dia bagi tu adalah hasil anak-anak malaysia. Memang aku puji la... rupa-rupa nya ramai anak malaysia kita ni pakar buat blog dan laman web... namun aku terus kan jgak membuat blog aku sendiri... aku nak jadi seperti mereka yang berjaya dalam dunia internet nie...


    aku di marah sehingga di ketok kepala aku beberapa kali.. sebab nya?... he he macam biasa la... soalan yang sama macam tahun lalu pun aku tanya dia lagi...ntah kenapa lah aku ni susah sangat nak ingat benda-benda yang sepatutnya tak payah di tanya..
    Namun aku tidak putus asa.. aku tak malu... aku tanya jugak.. apa nak dimalukan ... betol tak?

    ok... sehingga hari nie aku cuba menulis lagi dalam blog aku.. dan aku masih berguru dengan membe aku nie .. kerana dia dan aku ketika ini berbujangan,,, isteri dia sambung belajar di sebuah ipta... dan isteri aku dapat kerja yang jauh beratus batu dengan aku.. setiap malam aku belajar dengan dia..kadang-kadang sehingga masuk waktu subuh... terpaksa.. berhenti dulu... sembahyang subuh.... kira awal la tu subuh kami dua ni... lepas subuh aku sambung lagi buat mana yang kurang aku perbetulkan... kira edit la ni... membe aku nie lepas subuh terus ..... zzzzzzzzzzz.... he he he...

    Hampir setiap malam lebih kurang 2 hingga 3 jag air masak(kosong) kami kerjakan... dia dengan web dan blog nya... aku dengan blog aku yang tak siap-siap... ada saja yang dia komen.... tak kena la... itu la ... ini la....kadang-kadang sampaikan aku sendiri pun naik boring, marah pada diri sendiri... kenapa la aku nie,,, susah sangat nak ingat benda-benda yang dia bagitau ... tapi aku cuba buat jugak... walaupun dia tak layan aku... ha ha ha ha.. padam muka...
    Itu lah nama nya belajar kan .. saudara-saudara.... sedar-sedar hari pun dah cerah....
    aku pun berhenti menaip.....

    bersambung lagi di episod akan datang...


    Isnin, 18 Jun 2007

    Alamcyber.com: Saya yang baru belajar

    Alamcyber.com: Saya yang baru belajar

    Saya yang baru belajar

    Dunia internet pada zaman sekarang amat kuat pengaruhnya.. sehinggakan ia boleh menggugat sesebuah kerajaan jika ia tidak di kawal dengan baik. Saya sendiri baru nk berjinak-jinak dengan dunia internet ini. walaupun ia dah lama berkembang pesat mngikut arus zaman. Setelah di kaji dan di teliti, dunia internet ini terutama di Malaysia sudah menjadi perkara biasa bagi orang ramai. Saya amat terasa malu apabila ramai rakan2 saya bercerita tentang internet, terutama perniagaan2 yang berlambak2 dalam internet. Sebabnya saya tidak pun berasa internet ini amat penting sebelum ini. Kuasa yang ada pada internet amat berkesan dalam menyampaikan sebarang mesej atau promosi2 barang yang hendak kita jual..

    Kita bebas melakukan apa saja yang kita hendak di dalam internet ini. Sejak di perkenalkan oleh sahabat saya yang agak pakar la dalam bidang ini, saya semakin berminat dengan dunia internet ini. Saya mula belajar dengan beliau sedikit demi sedikit, namun sahabat saya ini seorang yang tegas kalau bercerita tentang dunia internet ini, beliau amat teliti dalam setiap apa yang hendak diperkatakan tentangnya.

    Walaupun saya baru mengenali dunia internet ini, namun minat itu semakin menebal untuk lebih mendalami ilmu tentang internet ini. Saya bercita2 untuk menjadi seorang pakar internet seperti orang lain. Ramai anak2 Malaysia yang saya dapati menceburi dalam bidang internet ini. Mereka boleh menjadikan internet ini tempat mencari rezeki, malah lebih lumayan pendapatan mereka dari orang yang hanya makan gaji seperti saya.


    Saya amat bangga dengan anak2 Malaysia yang berani menceburi dalam bidang alam cyber ini dan boleh bersaing di persada antarabangsa. Saya rasakan masih ada masa lagi untuk saya menjadi seperti mereka semua, walaupun dengan masa yang terhad. Saya akan belajar dengan bersungguh2 terutamanya membuat laman web, blog dan sebagainya.

    Untuk pengetahuan saudara2 semua, saya dapati ramai orang di negara kita terutamanya yang mampu meraih keuntungan yang sangat lumayan dalam memperkenalkan produk2 mereka di dalam internet ini. Mereka bebas pergi kemana2 dengan masa yang terluang sebab mereka mempunyai masa yang amat banyak.... saya akan jadi seperti mereka yang berjaya dalam alamcyber ini....
    bersambung.....