Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Khamis, 12 November 2009

usroh penutup 2009.




Bismilahirrohmanirrohiim...
Alhamdulillah ana bersyukur kerana dapat mengikuti usroh pemuda sepanggar untuk kali ke-3, kali ini di buat di pusat penerangan PAS sepanggar di UA. ramai rakan2 pemuda hadir pada malam tu. Cuma ana terlewat sikit sampai ataih sebab2 yg tidak dapt dielakkan... namun ana sempat jugak membaca beberapa potongan ayat mengikut giliran.  Selesai pusingan bacaan, Ustaz Hafiz pun mula mengupas ayat 22-30. sambungan dari ayat2 minggu lepas.

saudara2 rakan usroh

 
khusyu' 




 
 orang sibuk bincang hal2 ayat yang di baca, dia sibok baca paper.. apa ra..

 
 ustaz hafiz sedang mngupas ayat 22 hingga ayat terakhir ayat 30

 
saudara fitri tu dok menyembang dgn rakan sebelah..


 
KPP sedang memberi pendapatnya..

 
mamat nie la buat aku jadi lambat sampai... hu hu hu hu..woi tengok apa? ada hutang ka?

 


gambaq di bawah nie selepas selesai usrah di restoran rimbun cafe..
 
fakar tengah menjamu selera mee hong kong

 
ustaz hafiz dan saudara? 

 
barang jualan c.bachok.. MACA KING. ubat kuat yang terlaris masa kini..
untuk tempahan sila hubunginya..

Rabu, 11 November 2009

KHAL

bismillahirrohmanirrohiiim...
Ana nak tunjuk sikit satu produk dari kedah, salah satu produk nya ialah KHAL. dia ni sejenis air masam yg di perap dari buah kurma (denga crita la) . ia jgak di sertakan dengan serbok herba, cawan sukat dan buku keterangan tentang KHAL dalam satu set kotak. semua gambar ada di bawah nie...

kawan ana yang perkenalkan KHAL ini...  ceritanya KHAL ini adalah minuman para nabi2 dahulu. Ana sendiri baca risalahnya pun mnceritakan tentang org arab yang minum KHAL ini setiap kali mereka lepas makan daging kambing. Sebab untuk seekor kambing hanya dua orang saja makan, tetapi mereka jarang dapat penyakit sebab mereka amalkan minuman KHAL ini.




untuk rakan2 di Kota Kinabalu yg belum tahu tentang KHAL nie boleh lah berhubung dgn ana di talian di bawah nie..



shidi: 
013-8748750 atau 012-8061337


Ana dah cuba try test lebih kurang baru seminggu.... rasanya memang sedap. masam- masam-masam-msam kari..sukatan untuk minum setiap 15ml. mengikut sukatan cawan yang disediakan . kali pertama minum, memang agak susah nak telan, sb terlalu masam dan berasa kari. tapi dah 2,3 kali minum, dah steady la...masam masam jgak...tapi boleh than la... ubaaaaat katakan. 
 Kesan dari saya amalkan KHAL ni:

1) mengantok...(tidur 6 jam slpas minum 1st)

2) buang air besar dgn mudah (lawas) dan keluar lendir2 macam lemak dgn banyak.. najis jadi hitam pekat.

3)badan terasa ringan (sebab badan saya gumuk)
4)kahak keluar dgn banyak (hijau pekat)

dan banyak lagi la...cal ja ana. kita jumpa dan cerita...


sekian.
selamat mencuba..




Selasa, 3 November 2009

usrah kali ke - 2

sedikit coretan hari ini dari ibnu rush aka abu siasi...



Bismillahirrohmanirrohiim,,,,

Alhamdulillah, semalam ana dapat ikuti usroh pemuda Pas sepanggar untuk kali ke-2. Di rumah saudara khairi di taman Antarabangsa likas. Ramai yang hadir terutama pemuda dari UMS. saya puji dgn semangat yg di bagi oleh anak2 muda ini, (gambar ana x sempat ambil).. memahami perjuang yang sebenar untuk menegakkan Islam di bumi Allah sabah ini khasnya.
Pada malam tersebut seperti biasa, ustaz hafiz mengupas ayat 19,20,21 dari surah al-Mulk.
. Ayat2 ini menceritakan tentang kehebatan ciptaan Allah Ta'ala menjadikan burung2 yg mengembangkan dan mengucupkan sayapnya ketika terbang dan menjunam turun dari udara dan tidaka ada sesiapapun yang dapat menahannya kalau selain Allah jua..?... Allah menyuruh kita ambil iktibar walaupun dari binatang-binatang ciptaan-Nya... banyak lagi binatang2 seperti semuat, unta, ulat, lebah dan sebagainya. Semuanya itu hanyalah dengan kekuasaan-Nya sahaja. Contoh ayat yang lain kita lihat Allah Ta'ala menceritakan bagaimana Dia mengerahkan tenteranya untuk menyerang tentera Abrahah iaitu burung2 berbondong2 untuk menyerang tentera bergajah (yang dimaksud dengan tentara bergajah ialah tentara yang dipimpin oleh Abrahah Gubernur Yaman yang hendak menghancurkan Ka'bah. sebelum masuk ke kota Mekah tentara tersebut diserang burung-burung yang melemparinya dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah)....(sambungan yang akan datang..)

Sabtu, 31 Oktober 2009

Mengapa manusia berani menentang Allah secara terbuka


Posted: 29 Oct 2009 11:45 PM PDT
Zainudin Hashim

Sejak akhir-akhir ini, para ulama' sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar.

Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.

Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah as-Syams (91), Allah berfirman yang bermaksud : 7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).

Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu al-Quran mendedahkan bahawa penghuni Neraka lebih ramai daripada penghuni Syurga.

Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, menolak al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum-Nya.

Sebab Penentangan Manusia terhadap Allah

Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama� berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah SWT selaku Pencipta mereka.

1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.

6- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya).

7- Tidak mempercayai qada� dan qadar Allah malah mempertikainya.

8- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.

9- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).

10- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.

11- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.

12- Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.

13- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.

14- Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.

15- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.

16- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.

17- Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.

18- Meninggalkan tugas utama Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.

Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.-

Analisa kekuatan X-usno di sabah..

T.J AKAN BERI IMPAK BESAR KEPADA PKR SABAH? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Saturday, 31 October 2009 07:24
Oleh: ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH
BUKAN niat untuk mencampuri urusan dalaman PKR (Keadilan), sebagai rakyat biasa yang tidak berparti dan Mantan Ahli USNO Sabah, saya tertarik dengan perkembangan semasa PKR Sabah yang kehilangan identiti dan arah Perjuangan sejak akhir-akhir ini.
Sebelum saya pergi jauh untuk mengulas senario politik semasa PKR Sabah elok saya membawa perhatian rakan-rakan seperjuangan Sabah mengenai beberapa fakta yang mesti kita renung bersama.
Mengikut tulisan saudara Abbas Ahmad dalam Sabahkini.net, banyak ilmu yang kita perolehi bilamana beliau menulis secara detail dan panjang lebar mengenai Perjuangan USNO di Sabah yang membawa tajuk mencabar amat berani untuk membawa bangsanya “ JOM, TINGGALKAN UMNO “.
Enam (6) Gagasan dan Pertubuhan USNO yang didaftarkan antara 1994-2008 semuanya telah ditolak tanpa alasan, walaupun berkali-kali dijelaskan kepada Pemimpin UMNO tujuan penubuhannya adalah untuk membela nasib bekas Ahli USNO yang TERCICIR, TERPINGGIR dan TERKELUAR di kalangan rakyat Sabah dari Parti Melayu UMNO Sabah.
Ex-USNO telah isytiharkan keikhlasan dan sokongan kepada BN, namun bila BN berkuasa semula dan memerintah Sabah, Mantan USNO terus dipinggirkan, terus disingkirkan dan ditolak mentah-mentah oleh segelintir Pemimpin UMNO, Keikhlasan Ex-USNO dipandang secara sinis.
USNO yang ditunjangi oleh barisan kepimpinan Bumiputera Islam daripada kumpulan terutama Bajau dan Suluk bersama bumiputera Islam yang lain adalah amat dominan untuk menentukan kekuatan UMNO Di Sabah, tanpa sokongan dari ahli-ahli USNO mustahil UMNO dapat memerintah Negeri Sabah dan mendapat sokongan besar di negeri ini. Tanpa sokongan EX-USNO juga amat untuk Pembangkang Sabah menumbangkan BN Sabah.
PKR SABAH.
Siapa sebenarnya sasaran Parti Keadilan Rakyat (PKR Sabah) untuk menumbangkan BN Di Sabah?
Elok kita kaji analisa perkara ini sebagai tatapan bersama bagi meninjau secara umum dan terperinci kedudukan dan masa depan PKR Sabah selepas melantik pemimpin barunya Ahmad Tamrin Jaini atau T.J dan selepas ditinggal oleh pemimpin kontroversi, Dr. Jeffrey Kitingan dan juga Christina Liew bersama beberapa penyokong masing- masing.
Setelah membuat kajian rambang dan diperincikan secara teliti semenjak pilihanraya 2004, 2008 dan saya yakin 2012 komposisi KUMPULAN PENGUNDI SABAH akan berulang disebabkan tidak mungkin persempadan kerusi baru dapat diubah sehingga tarikh itu walaupun kajian pelembagaan menghendakinya setiap 8 tahun kerana saya yakin pihak pembangkang tidak akan menyokong sebarang pindaan persempadan yang merugikan mereka yang memerlukan 2/3 sokongan DUN dan Parlimen.
Kita mesti ingat senario kelompok pengundi Sabah telah berubah semenjak kedatangan UMNO ke Sabah 1990, komposisi UNDIAN tidak lagi seperti di awal kemerdekaan atau di zaman pemerintahan USNO, Berjaya dan PBS di mana kedudukan Bumiputera Islam, Bukan Islam dan Cina adalah seimbang iaitu 20 Islam: 8  Cina: 20 KDM.
Hari ini komposisi UNDIAN telah berubah kepada keadaan yang sangat berbeza kerana Bumiputera Islam 41 kerusi: Cina 5 kerusi dan KDM 14 kerusi. Walaupun ada yang dipanggil  ‘Marginal seat’  tetapi kerusi itu dikuasi oleh pengundi ISLAM.
Jesteru itu perlantikan T.J adalah satu komposisi untuk menawan dan menghadapi Pilihanraya Sabah pada 2012 yang memberi impak besar kepada kedudukan PKR Sabah.
Berikut adalah komposisi pengundi 60 DUN Sabah selepas kemasukan UMNO ke Sabah sehingga sekarang;  
3 kelompok besar 36 Kerusi Majoriti yang ditentukan pola pengundi Sabah adalah: 
Bumiputera Islam : B.S.B.S.B.S (Triple BS) yang terdiri dari Bajau Suluk Pantai Timur (18 Kerusi), Bajau Pantai Barat (7 kerusi), Brunei (4 Kerusi), Bisaya (2 kerusi), Sungai (2 kerusi), Mix API – Arab Pakistan India (3 Kerusi).
Bumiputera : (K.D.M.R) sebanyak 18 Kerusi
Kadazan (1 kerusi), Dusun(12 kerusi), Murut (3 Kerusi), Rungus (2 kerusi). 2 Kerusi KDM dikuasai oleh Pengundi Islam di pedalaman Sabah  (Kundasang 85% & Ranau     50%)
Cina: Hakka, Hokien dan Shan Tung.
Daripada 5 Kerusi Cina, terdapat 2 kerusi Cina di dominan oleh Bumiputera Islam 50% Pengundi (Karamunsing & Tg.Papat Sandakan), sementara 1 Kerusi Cina (Seri Tanjung 40% pengundi Islam Tawau) ketiga-tiga kerusi Islam ini dikuasi oleh kumpulan Bajau Suluk Sabah di Pantai Timur.
Pada Kesimpulannya BAJAUSULUK menguasai 21 kerusi Islam di Sabah dan mendahului suku-suku lain di negeri ini yang kebetulan pula T.J datang daripada suku ini.
USNO satu ketika dulu pernah memerintah Sabah di bawah Pimpinan Suku Bajau Suluk, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ingin memperjuangkan Bumiputera semula gagal memperoleh hak itu melalui Pendaftaran di bawah Pimpinan anak Tun Mustapha, Datu Badaruddin di mana saya sendiri menjadi Setiausaha Agung sebagai tenaga pengerak menghidupkan semula Parti ini.
36 kerusi sasaran USNO di Sabah adalah secara mutlak sementara itu 2 kerusi di kawasan kadazan dan 3 kerusi di kawasan Cina yang menjadikannya 41 kerusi boleh disasarkan oleh EX-USNO bagi membantu sesiapa pun calon yang akan bertanding dalam pilihanraya Sabah atau 70% Kerusi DUN Sabah diwakili oleh orang Islam sementara KDM dan China 30% kerusi Negeri Sabah.
Berbalik kita kepada isu PKR tadi, elok saya memetik pandangan dan kenyataan Daniel John Jambun (DJJ) dalam beberapa akhbar tempatan seperti Sabah Times, The Borneo Post dan Blog-blog seperti Malaysiakini, Sabahkini.net, Din Marican, Sabahdaily dan sebagainya yang dikeluarkan beberapa hari lalu.
"We will discuss Thamrin's appointment at an emergency meeting on Tuesday in Kota Kinabalu. Everybody will also agree that he's a poor performer.
Jambun indicated that only members of the party's powerful KadazanDusunMurut Task Force (KDMTF), headed by him, would meet. He described the KDMTF as a pro-autonomy group within PKR that controls 18 of the party's 25 Divisions in Sabah…..”
EX-USNO berpendapat tidak wajarlah saudara DJJ mengeluarkan kenyataan ini jika dia faham situasi dan senario politik Sabah serta kekuatan sebenar dan juga kedudukan nisbah rambang pengundi Sabah.
Kepada DJJ, sama ada sedar atau tidak, sebenarnya perlantikan T.J daripada jurai keturunan BajauSuluk sebagai Pengerusi Baru PKR Sabah telah mendapat perhatian besar dari bekas ahli-ahli USNO yang kehilangan tempat berpaut dan berjuang.
Hampir 30%-40% bekas ahli USNO yang berada di luar UMNO di setiap Dewan Undangan Negeri  Sabah (DUN) dan 80% WARIS USNO yang tidak menyokong UMNO memberi perhatian kepada perkembangan terbaru PKR Sabah.
Kumpulan ini yang mampu menghadapi UMNO di semua kerusi Islam di Sabah atau 41 kerusi yang sedang retak dan goyang dan bersedia untuk menyertai perjuangan T.J dalam PKR jika mereka melihat PKR adalah alternatif sebenar bagi kehilangan USNO.
Kenapa saya katakan faktor USNO itu penting? Sebenar Ex-USNO telah menyiapkan Jenteranya sejak 2006 dan telah mengelilingi seluruh pelusuk Negeri Sabah untuk menubuhkan semula USNO Sabah yang mempunyai wakil di 25 Parlimen, 60 DUN Sabah dan hampir semua daerah mengundi khasnya di semua kawasan di Pantai Timur Sabah yang bersiap sedia untuk menggempur lawan melalui tenaga mudanya yang telah direkrut dari generasi muda penyokong USNO Sabah.
Bagi membuktikan persediaan EX-USNO untuk bertempur menghadapi seberang kemungkinan sila lawat laman www.kelabusnosabah.blogspot.com
USNO akan berjuang bersama T.J jika dilihat PKR bersedia berubah dari kepimpinan dahulunya.
T.J dan USNO.

Mengikut pengalaman kami semasa dalam USNO dulu T.J adalah seorang ‘Low Profile’, tidak bercita-cita tinggi, bersifat sederhana dalam pergaulan, seorang pengikut yang baik dan penyabar, tahan lasak dalam perjuangan serta mempunyai keikhlasan berjuang juga bersahabat kerana mempunyai semangat setiakawan yang tinggi; pada kesimpulannya beliau adalah seorang pemimpin yang ‘Versitile’ kerana mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi apabila berjuang bersama beliau dan itulah ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki oleh majoriti EX-USNO.
Bukankah perlantikan T.J ini akan menguntungkan PKR Sabah untuk menarik perhatian EX-USNO dan memberi sinar baru bagi EX-USNO meneruskan perjuangan bersama PKR Sabah.
‘KDMTF’ kurang memberi kesan dan menidakkan sokongan Rakyat Sabah terhadap PKR, seperti yang saya nyatakan di atas ‘KEHILANGAN’ 20% atau 18 kerusi Dun Sasaran tanpa sokongan KDM sebenarnya telah memberi peluang kepada PKR untuk mendapat sokongan dari 70 % atau 41kerusi dari ‘TRIPLE BS’. Inilah hakikat dan fakta yang perlu dilihat dan dikaji.
Terdapat satu lagi petikan mendakwa T.J ini ‘Non-Performance’. Jika kita imbas kembali sejarah USNO, pada kebiasaanya USNO melantik pemimpinnya berdasarkan kelayakan semua sudut termasuk Ikhlas, jujur, tahanlasak, tahan tukul, redha, berani, bersedia dari semua sudut dan kemungkinan serta beberapa syarat lain mengikut  kriteria Pimpinan USNO.
DJJ mungkin tidak sedar bahawa T.J adalah mantan Naib Presiden USNO Sabah di zaman Tun Mustapha dulu, dia tidak akan mencapai kedudukan itu dalam USNO jika dia ‘None-Performance’, tetapi mungkin DJJ melihat dari sudut yang lain.
Pada pendapat saya, KDMTF (Kadazan Dusun Murut Task Force) yang dipimpin oleh DJJ tidak boleh berbangga sangat sehinggakan menggunakan perkataan ‘Powerful’ dan menyinggung sensitivi Bumiputera lain yang sebenarnya lebih ‘SuperPower’ jika diizinkan akan menyokong saudara T.J bersama PKR menghadapi pilihanraya akan datang.
Ada desas-desus mengatakan secara senyap-senyap 24 jam selepas T.J diumumkan sebagai Pengerusi baru PKR Sabah, beliau telah berkerja dan menemui beberapa rakan lama dalam USNO, Pemimpin-Pemimpin USNO yang berada di luar kerajaan dan yang berkecuali dengan tujuan untuk menarik mereka berjuang bersama semula dalam PKR , bukan ke ini satu ‘Perfomance’?
Lihat sahaja situasi dan senario komposisi pengundi, bukankah perlantikan itu akan mengukuhkan PKR Sabah menghadapi pilihanraya akan datang kerana T.J mewakili kumpulan komposisi pengundi terbesar di Sabah iaitu BajauSuluk dan USNO yang tidak dimiliki oleh 4 pemimpin PKR Sabah sebelum ini dan 3 Pemimpin PKR Nasional.
Pengerusi-Pengerusi PKR Sabah sebelum ini seperti Abdul Rahman Osman, Saidatul Badru Said Keruak, Haji Awang Tengah, Ansari Abdullah dan Azmin Ali tidak memiliki kekuatan kumpulan SASARAN seperti mana di miliki oleh T.J. Saya tidak bermaksud memuji T.J, tetapi itulah hakikat dan faktanya yang kita mesti lihat bersama.
KEPIMPINAN DR. JEFFRY KITINGAN
Saya bersetuju dengan Dr.Jefry Kitingan yang berjuang untuk Rakyat Sabah, yang menyuarakan soal 20 Perkara, yang menyuarakan hak status Sabah untuk melantik pemimpinnya. Dr.Jeffry memang layak untuk jadi pemimpin besar apabila sampai masanya, tapi pada pendapat saya, Barisan PKR perlu ‘berstrategi’ di Sabah bagi menarik pengundi Islam dan suku kaum bumiputera yang terbesar di negeri Sabah berdasarkan kedudukan Dun Sabah hari ini.
Kita lupakan dulu soal komposisi kaum berdasarkan kedudukan bilangan jumlah undi kerana kita harus melihat soal komposisi kaum berdasarkan bilangan jumlah kerusi untuk menghadapi pilihanraya akan datang, di mana komposisi kerusi DUN Sabah didahului oleh kaum BAJAUSULUK (21 Kerusi) dan BAJAU (Bajau Pantai Barat 7 Kerusi ) berbanding kaum-kaum lain.
Anwar Ibrahim mungkin berpandangan jauh soal Kepimpinan PKR Sabah bila menoleh ke belakang prestasi PKR sebelum ini apabila pimpinan PKR Sabah tidak memperolehi kerusi di Negeri Sabah atau lebih senang kalau kita panggil prestasi PKR Sabah sebelum ini 2004 dan 2008 adalah ‘Telur’ dalam bahasa suluk ‘TULLUL’ atau ‘IGLUG’ dan adakah kita mahu rekod ‘TULLUL’  ini berulang semula?.
Perlantikan T.J, mungkin pada pendapat Anwar adalah menseimbangkan semua sudut dan sokongan rakyat Sabah yang diwakili oleh 3 suku kaum besar di negeri ini.
Perlu DJJ ingat, tanpa Anwar ‘PKR’ tidak akan ke mana, begitu jugalah tanpa Pairin dalam PBS, “PBS is Nothing“. Jadi keputusan Anwar melantik T.J adalah keputusan pemimpin ‘de-facto’.
Dr.Jeffrey dilantik Naib Presiden PKR Nasional dan disebut-sebut bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan membentuk Kerajaan, ada kah ini masih tidak memuaskan hati KDMTF?  Christina Liew dilantik AMT PKR Nasional walaupun dalam pakatan sudah ada DAP, bukankah ini satu penghormatan kepada China dari masyarakat Sabah? Apa pula pandangan DJJ kepada Bumiputera Islam dalam PKR Sabah seperti T.J?
Adakah DJJ berfikiran Ansari sudah jadi AJK Nasional?, namun Ansari tidak mampu untuk menarik Bumiputera Islam Sabah yang berada di Pantai Timur, lebih-lebih lagi identitinya lebih dikenali sebagai identiti kumpulan API (Arab Pakistan India) yang hanya dominan di kawasan 2 atau 3 kerusi Islam sahaja.
T. J yang telah dilantik oleh Anwar dianggap sebagai Proksi oleh DJJ dan disokong oleh Christina ‘Proxy KL’, apa pula yang kita perlu panggil kepada Pemimpin PKR Sabah yang telah dilantik oleh KL sejak bertahun-tahun dahulu?. Mungkinkah pula boleh kita panggil orang seperti ini ‘Poke Kerusi’ atau kejar kedudukan?
Apa beza PROKSI dan POKE KERUSI?
Apa pun ini adalah sekadar pandangan Ikhlas saya sebagai rakyat Sabah yang melihat perkembangan dari luar PKR, tiada niat untuk campur tangan atau mengganggu urusan dalaman PKR dan memperkecilkan kaum-kaum lain di Sabah.
Secara peribadi saya menghormati keputusan Dr.Jeffrey berundur daripada jawatannya sebagai Naib Presiden PKR bersama Christina, tetapi berilah peluang kepada T.J memimpin PKR Sabah dan mempaemerkan ‘Performance’ nya, sebagaimana T.J sebelum ini memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin PKR Sabah.
Kepada Haji Awang Tengah, Ansari dan khasnya kepada rakan seperjuangan saya dalam ABIM (Angkatan Belia Islam) dulu di Sabah 1980/1981, Mantan Pengerusi PKR Sabah pertama Abdul Rahman Osman, sokonglah T.J dan berilah dia peluang seperti mana anda disokong sebelum ini oleh ahli-ahli PKR Sabah dan juga T.J.
Anggaplah pergolakan PKR itu umpama air yang berkocak di dalam cawan, jangan sampai menghancurkan peluang PKR untuk membelah dan merubah Kerajaan yang ada. Jadilah contoh kepada rakyat supaya anda diyakini boleh membawa perubahan bagi negeri yang kita semua cintai ini.
Kehilangan Dr Jeffrey dari Barisan kepimpinan PKR Sabah memang dilihat sebagai satu kehilangan amat besar kepada PKR Sabah, namun perlantikan T.J adalah satu petanda bahawa PKR bergerak secara pragmatik untuk memenangi pilihanraya umum akan datang di Sabah.
Ex-USNO akan terus melihat perkembangan dan perjuangan PKR (Perfomance)  kerana sesungguhnya kita telah hampir kepada kumpulan yang mampu menumbangkan Kerajaan BN Sabah iaitu EX-USNO untuk berjuang bersama PKR.
Perlantikan T.J selaku Mantan Naib Presiden USNO sebagai Pengerusi PKR Sabah yang baru dan John Ghani yang juga mantan Naib Presiden USNO sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah yang baru dan beberapa pemimpin kanan PKR yang berasal dari USNO seperti Datuk Nahalan Hj. Damsal (Sandakan), Johani Abdul Halim (Silam), Wahab Datuk Abdullah (Semporna) dan lain-lain sudah memperlihatkan bahawa ada ruang bagi bekas USNO untuk berjuang bersama terbuka luas.
Jika 19 tahun dahulu USNO bersedia membawa UMNO ke Sabah, adalah tidak salah USNO menerima PKR dan Pakatan di Sabah untuk sama-sama berjuang seiring sejalan, walaupun didakwa bahawa Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim pernah tidak sependapat dengan beberapa pemimpin USNO 17 tahun dahulu, Tapi dalam dunia politik tiada musuh sebenar-benar musuh dan tiada kawan sebenar-benar kawan.
Justeru itu bermusuh seketika dulu dan berkawan ketika ini boleh diterima pakai dalam dunia politik secara sihat.
Mungkin langkah pertama tulisan ini adalah petanda bahawa USNO sudah boleh menerima Anwar dan Anwar sudah tunjukkan keikhlasan menerima pemimpin USNO pada hari ini bersama PKR, teruskanlah senario ini bersiaplah untuk menerima kepimpinan orang lain. Inshaallah impian kita akan menjadi kenyataan.
Kepada Barisan pemimpin PKR Pusat dan Ketua Umum PKR, bagi merialisasikan matlamat ini, PKR mungkin boleh mengubah dasarnya dalam kes Sabah, Hak dan Autonomi rakyat Sabah harus diambil kira oleh PKR pusat supaya ia ada kelainan daripada UMNO Sabah.
Saya yakin jika saranan ini akan menjadi realiti, Kerajaan Pakatan akan dibentuk di Negeri Sabah pada pilihanraya ke 13 sebelum pertarungan bermula.
Rakyat Sabah harus bersatu untuk memperjuangkan hak autonominya memilih pemimpinnya sendiri, pada masa yang sama harus juga melihat kumpulan majoriti untuk mengetuai pimpinan PKR Sabah bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

kuat nya RPK...

Raja Petra ajak POLIS bertumbuk..?
Posted on Friday, October 30 @ 22:30:00 MYT by afero79
Kenyataan Akhbar
Oleh usinwafer

"
Gantung Polis Dahulu

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Marilah kita melihat kembali ke sejarah. Bagaimanakah USSR dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Shah dari Iran dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Saddam dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Sukarno dan Suharto dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimana regim ini dapat mengekalkan kuasa mereka dalam sejarah 5,000 tahun yang lepas, ya, anda akan menemui satu persamaan diantara mereka. Persamaan itu adalah bagaimana polis untuk menolong regim itu untuk mengekalkan kuasa mereka, sama ada ia sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

Inilah situasi yang berlaku di Malaysia hari ini.

Kemudian kita lihat bagaimana regim ini dijatuhkan. Hanya ketika pihak polis menukar laluan sokongan mereka ataupun berlaku adil, barulah regim ini akan dijatuhkan. Iaitu apabila pakatan yang haram diantara polis dan regim berkecai barulah regim dapat dijatuhkan. Tiada apa cara lagi, sejarah telah membuktikannya. Regim tidak akan jatuh kecuali sokongan polis terhadap mereka retak. Jadi untuk menjatuhkan regim, polis harus diubah terlebih dahulu.

Perkara yang berlaku di Dewan Undangan Perak semalam merupakan jejak terakhir polis. Tindakan ganas polis terhadap Pakatan Rakyat merupakan paku terakhir untuk sebuah keranda.

Saya bukannya tidak tahu sehingga mana keganasan yang dilakukan oleh polis. Saya telah menjadi "tetamu" mereka lebih daripada sekali dan anak saya sering dipukul di Penjara Sungai Buloh di tangan polis. Setelah beberapa insiden "pembunuhan kedaulatan undang-undang" di Malaysia, sekiranya anda masih sangsi bahawa polis tidak bertindak diluar undang-undang, saya tidak tahu apa contoh yang lagi untuk anda.

Najib Tun Razak yang boleh dipenjarakan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konspirasi penutupan cerita di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh polis. Siapa lagi sekiranya bukan IGP sendiri, Musa Hassan untuk menutup kes ini. Hal ini telah diceritakan kepada saya secara peribadi oleh Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Datuk Syed Alhabshi Rahman. Dia memberitahu saya bahawa dia telah memberikan Musa Hassan segala bukti tetapi bukti itu telah dikuburkan dan tidak dibenarkan untuk muncul dalam perbicaraan pembunuhan di mahkamah.

Biarlah saya membuat penjelasan disini. Faktor Perdana Menteri Najib tidak dipenjarakan kerana Musa Hassan dan polis Malaysia. Selain itu, Musa Hassan juga menganas terhadap pembangkang. Dan apa yang berlaku di Perak dapa meyakinkan lagi sekiranya anda masih tidak percaya dengan situasi sebenar yang berlaku.

Musa Hassan harus dihantar ke penjara. Dia tahu dia akan dihantar ke penjara sekiranya Barisan Nasional ditempatkan dalam situasi yang paling sukar iaitu menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Jadi Musa Hassan akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Dan dia akan melakukan apa pun untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Ada orang yang cuba mengatakan saya melarikan diri untuk "mengelakkan" hukuman saya kerana mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Itu yang mereka mahu anda percaya. Ia langsung tiada kena mengena dengan kesalahan yang didakwa dalam perbicaraan saya mengenai hasutan. Aku telah melarikan diri kerana aku tahu mereka akan menahan saya di bawah Internal Security Act (ISA) tanpa sebarang perbicaraan untuk menghentikan saya untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut tentang cara polis menutup fakta-fakta di sebalik pembunuhan Altantuya.

Namun fakta ini tidak akan disemubuyikan lagi. Sebelum sambutan Natal tahun ini akan wujud fakta-fakta tersebut. Malaysia akan diberitahu kebenaran yang berlaku di sebalik pembunuhan Altantuya. Malaysia akan dapat melihat diri sendiri bukti-bukti bagaimana Musa Hassan dan polis Malaysia memastikan bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri daripada dipenjarakan dengan konspirasi menutup kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

Sudah terlambat bagi mereka untuk menghentikan saya sekarang. Bahkan sekiranya saya masih menghilangkan diri sendiri, ia tidak akan menghalang fakta daripada daripada dikemukakan. Setelah lapan bulan saya melarikan diri, saya tidak menghabiskannya dengan sia-sai. Fakta-fakta telah dikumpul. Saya telah mengumpulkan semua fakta yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia. Dan, apabila ia dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia, semua orang akan melihat bagaimana peranan Musa Hassan dan polis untuk menutup kes pembunuhan Altantuya untuk menyelamatkan orang-orang dalam pembunuhan itu daripada dihantar ke penjara.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyesalkan bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, marah kerana polis di negara ini dan membantu rejim haram yang dianggap oleh Mahathir untuk menjalankan tugas. Ini adalah pandangan Mahathir. Dan ini menjadi pandangan saya juga. Dan saya menolong Mahathir dalam perkara ini. Saya akan membantu Mahathir untuk membuktikan apa yang dia katakannya itu benar. Mahathir harus membuktikan juga bahawa apa yang dia katakan adalah benar iaitu Malaysia adalah negara polis dan polis membantu regim haram untuk mentadbir negara.

Tidak mengapa sekiranya Najib dan kumpulannya masuk penjara atau tidak. Yang saya prihatin ialah Musa Hassan akan menjadi orang yang pertama untuk dihantar ke penjara. Beliau harus dihantar ke penjara kerana beliau merupakan Ketua dalam kerja menutup kes pembunuhan Altantuya. Kemudian yang lain boleh dimasukkan penjara.

Polis di Malaysia merupakan sekumpulan gangster berseragam. Mereka sebenarnya lebih teruk daripada gangster. Bahkan gangster memiliki etika. Jika anda pernah bercampur dengan mereka, anda akan tahu apa yang saya maksudkan. Gangster yang berseragam tidak mempunyai etika sama sekali. Lebih teruk lagi, gangster berseragam ini sembahyang lima kali sehari dan menghala ke Mekah dan membayangkan diri mereka sebagai umat pilihan Allah yang telah dijanjikan sebuah tempat di Syurga , walaupun mereka tidak peduli apa pun dosa dan kejahatan yang mereka telah lakukan.

Saya telah dipenjara dulu. Penjara adalah satu tempat untuk mengumpul pelbagai jenis orang dan sampah masyarakat. Tapi banyak kali mereka yang disebut sebagai sampah masyarakat telah terbukti mereka adalah lebih baik daripada gangster yang berseragam. Saya telah, pada kenyataannya, telah diberikan perlindungan 24 jam oleh orang-orang yang akan anda anggap sebagai sampah masyarakat. Mereka berdiri di luar sel sementara saya tidur didalam demi memastikan bahawa tiada sebarang ancaman datang kepada saya supaya saya boleh hidup untuk meneruskan perjuangan untuk Malaysia.

Ya, apa yang ironi. Orang yang dianggap sampah masyarakat oleh kita telah menjadi penyelamat kepada saya ketika saya berada dalam penjara daripada orang-orang berseragam. Inilah pengajaran saya ketika dalam penjara. Ini telah membuat saya lebih mempercayai mereka sekiranya saya berada di tangan gangster, perampok dan penculik berbanding berada di tangan orang-orang berseragam.

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diubah sebelum kita dapat menurunkan satu regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengubah Polis. Musa Hassan harus menjadi orang yang pertama. Sekiranya kita memisahkan kepala dari lehernya maka regim akan runtuh. Dan hanya selepas itu orang-orang di balik pelbagai pembunuhan dapat dibawa ke mahkamah.
Kerjasama penuh kepada siasatan Lembaga Disiplin
Harakahdaily
Sat | Oct 31, 09 | 11:07:59 am MYT
SHAH ALAM, 31 Okt: Ketika Lembaga Disiplin PAS mula bermesyuarat hari ini, Pemuda PAS Selangor menyeru semua ahlinya agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada lembaga ini.
Iklan
 

 
   
Dalam kenyataannya, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzuan turut menyeru semua peringkat khasnya para blogger menulis untuk mencari titik penyelesaian dalam konflik yang ada.
"Kami menyeru agar semua ahli dan blogger yang cintakan PAS sebagai sebuah jemaah Islam serta harakah Islamiyyah yang sedang berjuang untuk mendaulatkan islam menulis dengan pendekatan mencari titik pertemuan, merapatkan jurang perbezaan bukan menjarakkan lagi jurang penyelesaian dan ukhwah," kata Hasbullah dalam kenyataannya itu.
Hasbullah dipercayai mengulas keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini yang mengarah Lembaga Disiplin PAS menyiasat PAS Selangor.
Ini ekoran dari beberapa dakwaan yang melibatkan aktiviti, kenyataan dan tindak tanduk kepimpinan PAS negeri itu yang dianggap merugikan PAS.
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, Ketua Lembaga Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lembaga itu akan memulakan sidangnya jam 10.30 pagi hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebutkan di mana sidang itu akan berjalan dan menegaskan tidak akan ada sebarang kenyataan kepada media sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat.
Menurut Hasbullah, Dewan Pemuda PAS Selangor menerima keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS pada 28 Oktober 2009 bagi menangani persoalan dan kemelut dalam PAS yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Dewan Pemuda PAS Selangor, katanya, juga meraikan keputusan menyelesaikan permasalahan dalaman melalui siasatan oleh Lembaga Disiplin parti. Dengan ini, tidak berbangkit lagi soal EGM (mesyuarat agung luarbiasa) kecuali jika ada keperluan dan menepati syarat yang ditetapkan.
"Kami juga berbangga dengan kepimpinan PAS Selangor kerana telah akur dengan keputusan mesyuarat khas itu dan telah menyatakan kesediaan untuk disiasat serta memberi jaminan kerjasama yang baik demi membersihkan parti dari segala salah faham dan fitnah yang berlaku," katanya.
Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Selangor berharap dan menggesa ahli pemuda semua peringkat agar turut mematuhi keputusan mesyuarat khas tersebut dengan tidak membuat sebarang spekulasi, kenyataan peribadi atau menyalakan kembali api fitnah menerusi apa jua media terbuka yang tidak sepatutnya seperti blog dan lain-lain.
"Kami berharap, jika ada sebarang kes yang difikirkan perlu ditangani, hendaklah didahului dengan kaedah yang terbaik mengikut adab-adab berjemaah serta ukhwah islamiyyah yang telah digarap sekian lama. Sekiranya perlu, kumpul bukti untuk dikemukakan aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, agar jelas adakah ianya tuduhan yang berasas atau sekadar sangkaan yang keliru.
"Kami juga bersetuju dengan gesaan PAS Selangor agar Jawatankuasa Disiplin Parti membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang membarahi PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui ceramah, penulisan, saluran media dan blog mahupun ulasan dalam akhbar dan lain-lain.
"Jika ada sepuluh orang yang bermesyuarat, jangan ada orang kesebelas yang mengetahui isi kandungan mesyuarat yang bersifat rahsia tersebut," katanya.
Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru kepada semua ahli parti agar menumpukan gerakerja dakwah dan pengukuhan dalaman serta tidak membicarakan isu ini bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai. _

gambaq tengah makan lepas usroh.


Jumaat, 30 Oktober 2009

Hari nie aku letih

Bismillahirrohmanirrohiim......

Awat hari nie letih sangat tak tau.... badan2 ghasa lemah ja.... balik sekolah... terus ke kk... solat jumaat kat masjid negeri... biasanya aku sembahyang jumaat kat masjid bandaraya ja... tapi hari nie terpaksa lah pi kk sebab nak jumpa 1 kawan dari johot... dia nak cek out tengahari nie.. balik johot .. flig pukui 3.30... so bilik dia aku yang ejaih masuk... so aku jgak la kena ejaih keluaq...
 sampai di kk, aku terus ke bilik mba tu... di api2 cnter.. mandi jap...panas.. teghuih ke msjid...tengok jam ..dah pukui 12.38...sampai sana, tok khatib dok baca khutbah lagi... lega ghasa.... nasib sempat jgak..sama2 smbahyang jumaat.... klu x klu.... hehehehehe..
 Selesai solat, terus jumpa si kawan td... dia baik punya dok syoru di rstoran aeiza sebelah apartmen ru.. dia x smbahyang la..sb dia bleh jama' ...aku pun join syoru sama la...aaaaaaaaarrrgh.... kenyang. Alhamdulillah. bual sat dgn dia smbei puih2, kami beredaq la ke bilik... dah siap semua... cekout p yang patut..bayaq pa yang patut kat tuan punya apartment tu... kami pun brsalaman, dia ke tempat teksi..ke epot..aku pun cunggit la blik umah... badan dok letih dah, peghot pun dah mcm ulaq sawa batek, x lencong2 dah la.. blik umh trus..
 Sampai umah . buka semua apa yang patut... psng laktop...dengaq2 mengaji sikit ... bom teghuih...sedaq2 bin taghek kaki ja...bangkit2 asaq2... tu haih ... pkui 5 sengah dah... kelangkabut la bangkit pi sembahyang asaq. nasib dan jgak... elok2 15 mnit lagi...lepaih tu..magrib la pulak...badan dok letih lagi..awat tak tau...ubat segala mcm ubat kuat dah makan, mcm x dak kesan... haghu bighu ...sungguh. selesai mandi ... solat magrib, wirid pa sikit, bini pulak ajak kluaq makan..dah lama x makan bersama di luaq...he he he he.. sungguh gak...lama jgak tu.. maklum la... sebooook mnjang..haghi2 balik umah lewat malam... caghi makan la konon.. pa lagi siap2 cunggit la kami dua naik moto piuuu pi makan di IP... tempat rahsia la..keh keh keh..
  ngap3... selesai ngap... balik umah... bini pulak pi buat OT...aku la dok soghang2 di umah, pa lagi buka lktop..layan tenet la...sambei2 taip blog nie la... nie tengah dok meghapu la nie..
ok sekian ,,, bini dah balik... ready... go to...
Asalamua'laikum...

Dr Asri akan sertai parti politik?... Ya ka?.

Dr Asri akan sertai parti politik?
Posted on Friday, October 30 @ 18:50:29 MYT by munir
Berita
PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.
Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.


Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.
Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (www.drmaza.com).
Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.
Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.
Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.
Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.
Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.
"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.
"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.
Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut.
"Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.

p/s:
Itu lah.... di cari orang yang macm Dr. M minta nasihat... memang la dia x setuju....dah dia tu umnototokngok pa la punya mufti...semoga Allah memberi hidayah dan taufiq kepada beliau.. dalam mencari hala tuju kehidupan di dunia ini... amiiiin.

Khamis, 29 Oktober 2009

Usrah pemuda sepanggar


Bismillahirrohmanirrohiiim.... satu majlis usroh di adakan di rumah saudara shidi...
di bawah ini gambar2 yang di ambil ketika usroh berjalan..

 
MASALAH PENDATANG ASING MENGHANTUI SABAH PDF Print E-mail
Written by Admin   
Thursday, 29 October 2009 01:27


Oleh: JESSELTON TODAY
KITA semua tahu salah satu masalah yang menghantui negeri Sabah ini ialah kebanjiran pendatang asing tanpa izin. Kalau dahulu kita biasa sebut pendatang dari Filipina dan Indonesia saja namun sekarang kaum pendatang dari China, India dan Pakistan juga semakin ramai.
Usaha menghantar semula pendatang-pendatang asing sudah dijalankan tapi kadangkala kerjasama dari negara asal mereka turut diperlukan. Negara Filipina adalah negara yang paling kurang memberi kerjasama dalam usaha penghantaran semula rakyatnya dengan memberi pelbagai alasan serta syarat yang tidak munasabah. Selain itu faktor geografi yang menyukarkan sekatan sempadan yang ketat turut menjadi faktor. Jadi macam mana hendak kita atasi ‘penyakit’ ini.
Saya rasakan baik kita wujudkan satu akta pengampunan serta penerimaan kewarganeraan untuk mereka ini. Rancangkan satu formula atau mekanisasi kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menerima mereka sebagai warganegara. Pasti ramai yang tidak setuju atau marah dengan cadangan saya ini tapi “let’s face it, they are here already and for us the local to whine and complaining merely isn’t enough!”
Kebanyakan mereka ini sudah berasimilasi dengan kita, ada yang sudah berkahwin dengan orang tempatan, dan ada yang bekerja di lading-ladang dan kebun-kebun kita malah semua orang pun tahu kebanyakan pendatang-pendatang asing ini lebih rajin bekerja berbanding rakyat tempatan kita sendiri serta setia kepada tuan mereka.
Kriteria sebeginilah yang kita mahu manakala yang sering timbulkan kekacauan serta masalah jenayah, itu kita jangan beri keampunan dan kerakyatan malah kita buang negeri atau negara, hantar mereka ke negara asal atau ke satu tempat yang lain (ke mana? Itu kita boleh fikirkan secara kolektif dan melalui penyelidikan).
Langkah ini sebenarnya sudah di laksanakan oleh negara Brazil yang turut mengalami masalah kebanjiran pendatang asing sebanyak hampir 600,000 orang pendatang.
Dalam salah satu kenyataan Presiden Brazil berkata, "penekanan serta tiada toleransi terhadap pendatang asing ini tidak akan menyelesaikan masalah pendatang asing di negara tersebut".
Fikirkanlah, mereka semua ini juga adalah manusia biasa seperti kita, punya cita-cita serta kehendak yang sama tiada beza. Sedangkan negara nombor satu dunia, Amerika Syarikat akhirnya menerima kaum kulit hitam yang asalnya dibawa sebagai hamba kepada kaum kulit putih di sana, akhirnya mereka diberi taraf kerakyatan yang sama seperti kaum kulit putih dan kini salah seorang dari anak cucu mereka sudahpun menjadi Presiden kepada negara teragung didunia masakini.
Ingatlah semua, ini juga tidak mustahil suatu hari nanti di Sabah kerana yang pasti bumi ini adalah milik Tuhan dan kita semua hanya meminjam buat sementara.