Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Ahad, 16 Disember 2007

3 pemimpin yang berbeza

Antara Tiga Pemimpin Islam,
Ahmadinejad Pahlawanku!
Teks oleh: Noertika
Foto kiriman: Nonama

Tergamam rasanya menyaksikan foto-foto beliau dalam kehidupan sehariannya yang teramat bersahaja. Hidupnya menjadi cermin buat peminatnya, kata-katanya menjadi renungan buat lawan-lawannya. (adakah sesiapa yang tegar menjadikan dia lawan?)

Foto-foto ini saya dapatkan daripada email seorang teman, tanpa mengetahui sumber kutipan. Mohon maaf buat yang merasa memiliki hak cipta foto-foto dan artikelnya….

(Catatan Webmaster: Kebetulan foto-foto berkenaan turut diterima oleh webmaster dan pengirimnya minta disiarkan untuk tatapan pembaca. Bebera[a jam selepas itu, webmaster menerima artikel ini yang mengandungi foto-foto yang sama, minta disemak/sunting untuk artikel beliau siaran. Terima kasih kepadakedua-dua pengirim foto dan penulis artikel. Foto-foto disiarkan di akhir artikel ini.)

Tuhan menyayangi pada mereka yang merendah diri dalam kehidupan mereka juga! Stesen berita televisyen Fox (AS) bertanya pada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad;
“Apabila anda melihat diri anda dalam cermin, apa yang anda katakan pada diri anda?”
Beliau menjawab,
“Saya melihat orang yang di dalam cermin itu dan berkata kepadanya” “Ingatlah, dirimu hanyalah seorang hamba yang kerdil, di bahumu tergalas tanggungjawab yang amat berat, iaitu berkhidmat dengan negara Iran”.


Dan inilah bagaimana permulaan temuramah dengannya.

Mahmud Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengagumkan pelbagai pihak sejak melangkah masuk ke pejabat Presiden Iran dengan mendermakan semua karpet yang bernilai tinggi kepada salah satu masjid di Tehran, dan menggantikannya dengan karpet yang murah.

Beliau juga mendapati terlalu banyak sambutan yang meriah dan gemilang dalam menyambut dan menerima tetamu VIP dan beliau seterusnya mengarahkan supaya ianya dihentikan. Pejabat protokol juga telah diarahkan untuk menyediakan sebuah bilik yang biasa tanpa kerusi kayu yang seperti mana biasa.

Dalam contoh yang lain, beliau juga menyertai kakitangan majlis bandaran dalam pembersihan jalan-jalan di kawasan tempat tinggalnya dan kawasan terletaknya pejabat Presiden.

Di bawah bidang kuasanya, apabila beliau melantik mana-mana menteri ke portfolio masing-masing di bawahnya, beliau akan mendapatkan satu dokumen yang ditandatangani menteri tersebut, dengan butir-butir ikrar seperti menteri tersebut mesti kekal ‘miskin’, dan semua akaun kewangan termasuk kepunyaan saudara-maranya akan dipantau. Adalah tidak wajar bagi dia dan saudara-maranya untuk mengambil kesempatan atas jawatan menteri yang disandangnya itu. Selain itu, apabila tiba masa untuk menteri tersebut melepaskan jawatannya, hendaklah dia lepaskan dengan penuh maruah.

Pertama sekali yang dilakukan Ahmadinejad ialah mengisytiharkan ‘hartanya’, iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model 1977 dan sebuah rumah kecil yang usang yang diwarisi daripada ayahandanya 40 tahun yang lalu di suatu kawasan yang termiskin di Tehran. Penyata akaun banknya kosong, dan wang yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah gaji yang diterima sebagai seorang pensyarah universiti dengan jumlah sebanyak US$250 sahaja.

Untuk makluman, President Ahmadinejad masih tinggal di rumah yang sama. Hanya inilah semua harta yang dimilikinya; sebagai Presiden sebuah negara yang termasyur dan penting di dunia secara strategik, ekonomi, politiknya dan tak lupa sumber minyak dan pertahanan.

Beliau sendiri tidak mengambil gajinya dengan alasan semua harta kekayaan adalah hak milik negara dan beliau hanya seorang penjaga harta tersebut.

Satu daripada perkara yang menarik hati kakitangan pejabat Presiden ialah sebuah beg yang dibawa oleh Ahmadinejad setiap hari. Di dalam beg itu tersimpan sarapan pagi hariannya yang mengandungi roti sandwich dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isteri beliau dan beliau menikmatinya dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran. Beliau juga telah menghentikan penghantaran semua makanan-makanan khas yang sebelum ini biasa dihantar ke pejabat Presiden.

Perkara lain yang diubah ialah pengangkutan peribadinya, iaitu pesawat Presiden, yang telah ditukar kepada pesawat kargo untuk menjimatkan belanja dari perbendaharaan awam dan beliau sendiri menyatakan yang beliau akan hanya menaiki pesawat biasa dalam kelas ekonomi jika hendak ke mana-mana.

Beliau akan mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa dengan semua menteri hadir dan memberi mendengar taklimat aktiviti dan keberkesanan kementerian tersebut. Beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden dan mana-mana menteri boleh masuk ke pejabatnya tanpa kebenaran daripada mana-mana pihak. Beliau juga telah menghentikan majlis sambutan besar-besaran seperti upacara sambutan karpet merah, sessi fotografi atau apa-apa pembelian iklan penghargaan / penghormatan apabila melawat negara-negara lain.

Apabila beliau perlu bermalam di mana-mana hotel, belian akan meminta supaya tidak memberinya bilik dengan katil yang besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi hanya merehatkan badannya di atas lantai beralaskan tikar dan selimut.

Adakah semua perkara di atas menyebabkan martabat dan kehormatan seseorang yang memegang jawatan sebagai seorang ketua negara tercalar dan memalukan ??

Lihatlah beberapa gambar yang menunjukkan gambar beliau.

Presiden Iran sedang tidur di dalam bilik tetamu rumahnya selepas ‘melepaskan’ diri daripada pengawal peribadi khas yang sentiasa mengikuti ke mana-mana sahaja beliau pergi, dan gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut surat khabar Wifaq. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah diterbitkan oleh kebanyakan surat khabar dan majalah di seluruh dunia, terutamanya di Amerika.

Semasa sedang menunaikan sembahyang, anda dapat melihat beliau tidak duduk di saf hadapan. Dan gambar terakhir menunjukkan beliau sedang menjamu selera di dalam bilik makan.

Ahmadinejad
Musharraf
Dollah

Dalam majlis ramai

Dalam majlis ramai

Dalam majlis ramai

Sedang menghadapi makanan
beralaskan tikar

Ruang makan...




Sedang beradu beralaskan karpet

Bilik beradu maharaja







Sedang mencari gambar-gamar Paklah yang sepadan.....

15.12.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com

Tiada ulasan: