Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Ahad, 4 April 2010

hujan mencurah curah di bumi sabah....(Khasnya)

salam,
 Alhamdulillah ni'mat yang di tunggu2 oleh warga sabah khasnya dan warga 1mesia am nya telah tiba. Selama lebih  kurang 3 bulan kemarau amat yang melanda Malaysia telah memberi kesan yang sangat dahsyat. Ini kerana pelbagai perkara dan malapetaka yang menimpa sepanjang kemarau ini telah berlaku. Kebakaran terutamanya, jerebu dan sebagainya. Kebakaran terbuka, kebakaran rumah, kedai, kilang, hutan simpan, tanah lapang berlaku dengan begitu banyak di merata2 tempat. Boleh dikatakan hampir setiap negeri berlaku kebakaran samada yang di beritakan atau tidak di beritakan. Pokok2 tumbuhan mati kering, sayuran tidak menjadi, rumput2 mati dan sebagainya. Tanah menjadi kering kontang. Cuaca panas yang amat.
  Di sekitar Kota Kinabalu sendiri, penulis lihat, di merata2 tempat berlaku kebakaran terutamanya kawasan hutan kecil. Punca berlakunya kebakaran terbuka ini boleh diandaikan kelalaian manusia, atau di sengajakan atau tidak disengajakan. salah satu punca yang penulis boleh andaikan ialah buangan lebihan api rokok (puting rokok) yang di buang di merata2 tempat. Walaupun ia api yang kecil, namun kesannya amat besar dan boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran. 
 Ni'mat yang katakan itu ialah hujan... ya hujan . Selama ini, Hujan lah yang di tunggu2 oleh semua rakyat sabah khasnya dan rakyat 1mesia amnya. Sehari dua ini, hujan turun dengan lebatnya terutama di sekitar Kota kinabalu Sabah. Sehingga kini, hujan masih turun dengan lebatnya sejak dari pukul 1 pm tadi.  ALHAMDULILLAH....
 Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha berkuasa keatas apa yang engkau ciptakan.


Tiada ulasan: