Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Ahad, 28 Februari 2010

tahniah...bertambah lagi rakyat 1mesia...

بسم الله الرحمن الرحيم


 Salam sejahtera, ada satu soalan tentang tahnik...
di bawah ni....


assalamua'laikum, apakah hikmah bertahnik bg bayi yg baru lahir oleh org2 yg soleh,adakah selepas lahir ibubapa perlu belah mulut dahulu ke @ blh bawa bayi itu kerumah org soleh utk btahnik @ mcm mana? terima kasih.
---------------------------
w.salam
Hukum mentahnik atau belah mulut ini adalah sunnah Nabi saw yg sunat dikerjakan ketika anak itu lahir. ia boleh dilakukan oleh bapa kanak2 itu atau dibawa kerumah orang2 soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak2 yang lahir dizaman Nabi saw membawa anak2 mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw.
Diantara hikmahnya ialah menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu.
Dan dapat mengambil berkat dari orang2 yang soleh mudah2an kanak2 itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa.
Ia sunat dilakukan dengan buah kurma kerana mengikut amalan Nabi saw dan  jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan2 lembut yang manis.
Rujukan Kitab tarbiyatul Awlaad juzuk 1 m.s. 59-61
wallahua'lam .


Pada 2 malam lepas, ana dan kawan di jemput oleh abg. adam pi ke umah dia di taman sepanggar, kerana beliau membuat satu majlis tahnik anaknya yang baru lahir seminggu yg lalu. Acara bertahnik di sempurnakan   oleh ustaz Nahar bekas imam masjid Negeri Sabah. (bakal calon PAS sepanggar). Sebelum  acara tahnik dimulakan, sedikit tazkirah ringkas disampaikan oleh saudara Cikgu Anuar mengenai bertahnik, dan di sambung oleh Ustaz Nahar. mereka menceritakan serba ringkas tentang kisah Lukman Al Hakim yg terdapat di dalam Al-Quran.


ustaz Nahar membaca sesuatu sebelum mentahnik



ustaz nahar sedang menyuap kurma ke dalam mulut baby.sambil di perhatikan oleh ayahnya (abg. adam )



Ustaz Nahar sedang memotong rambut baby sambil di perhatikan oleh ayahnya (abg.adam) dan Cikgu Anuar (DPPM)


 
giliran Cikgu Anuar memotong rambaut baby sambil abg. kamal (taukeh restoran ziemal) memegang talam.


 
antara kawan2 yg mengambil bahagian (tumpang sekaki) berbaju T abg. Lan.senyum sokmo.
 (aku pun potong jugak, cuma sedih sikit x dak sapa nak ambek gambaq aku..hu hu hu hu..)

Tahniah Abg. Adam kerana menambahkan lagi rakyat di bawah naungan mu. Semoga anak ini menjadi insan yang bergukan dunia dan Akhirat.
Amin.






Tiada ulasan: