Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Sabtu, 20 Februari 2010

PRESIDEN PAS SANGGUP TERJUN LAUT?


Salam, 
Nak terkejut tu dak la, tapi rasa kagum dan penuh keinsafan bila mana seorang pemimpin sebuah parti islam yang terbesar di mesia nie sanggup terjun ke laut untuk selamatkan seorang mangsa yang lemas. Inilah contoh yang ramai manusia yg digelar pemimpin tidk sanggup melakukannya kecuali Beliau....contoh yg perlu di ikuti oleh semua pemimpin2 Jemaah Islam terutama kepada  Pemimpin2 !mesia tu,,, hu hu hu hu,,, agak2 la...Pemimpin2 1mesia tu sanggupdak nak terjun cam tu? tobat lahom, keh keh keh...
baca la artikel di bawah tu...dan klik di tajuk atas tu...aku ambek kat sana la....



PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.
Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.
Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya.
Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.
"Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban," kata Herman ketika dihubungi.
Salah sebuah foto berkenaan menunjukkan Hadi, berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.
Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.
Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.
Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.
"Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.
"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa," kata Herman dalam tulisannya.

Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.
"Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia. Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau," katanya.

Tiada ulasan: