Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Rabu, 9 Jun 2010

SIAPA KHIANATI KAUM ANAK NEGERI SABAH?


Print
Written by Admin   
Tuesday, 08 June 2010 11:53

EPISOD 1
Oleh : OKK HASSNAR HJ EBRAHIM
MASYARAKAT antarabangsa tiba-tiba saja bangkit marah apabila kapal Mavi Marmara yang membawa sekumpulan sukarelawan bersama barang bantuan untuk penduduk Gaza diserang oleh Komando Israel menyebabkan sembilan orang maut. Malaysia tidak terkecuali. Malah Perdana Menteri dengan lantang menggelar Isreal sebagai ‘Samseng Dunia’.
Kisah penderitaan masyarakat Palestin dijadikan isu oleh Pemimpin UMNO bukan perkara baru. Dalam perhimpunan Agung UMNO tahun 2008, satu galeri penuh dengan gambar yang mempamerkan wajah-wajah sedih penduduk Palestin melihat harta benda serta rumah-rumah mereka yang hancur musnah diroboh oleh jentolak tentera Isreal, sememangnya menyayat hati mereka yang melihatnya.
Persoalaannya apakah UMNO jujur dalam memperjuangkan nasib malang yang menimpa penduduk Palestin? Atau apakah pemimpin UMNO ibarat kata pepatah, modern ‘kuman di seberang lautan nampak, tetapi buaya darat di hadapan mata tidak kelihatan.’
Isu Palestin adalah merupakan isu tanah. Tanpa tanah kaum Yahudi terpaksa menjadi pelarian ke seluruh pelusok dunia. Sebagai rakyat ‘menumpang’ mereka sering dihadapkan dengan pelbagai masalah. Persoalannya apakah masalah dihadapi rakyat Palestin sekarang tidak diwujudkan oleh pemimpin dan kerajaan UMNO BN di Malaysia?
Antara 25 Februari 2002 hingga 25 Mac 2002, lebih kurang 50,000 kaum Anak Negeri berasal dari Sabah telah menjadi pelarian di negeri mereka sendiri apabila mereka diusir keluar dari tanah mereka sendiri. Semuanya adalah hasil kerja pemimpin UMNO yang gemar ‘melempar batu, sembunyi tangan.’
Kalau Israel boleh digelar ‘Samseng Dunia’ oleh Najib, apa kurangnya kerajaan UMNO BN? Najib Rajak wajib cermin Kerajaan UMNO BN terlebih dahulu sebelum label orang lain dengan tohmahan yang diri sendiri juga serupa.
Tanah Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah satu ketika dahulu telah dihuni oleh penduduk Anak Negeri berasal dari seluruh Sabah. Antara mereka adalah dari suku kaum orang Sungai, Murut, Kadazan dan berbagai lagi.
Hak mereka ke atas tanah yang telah pun menjadi tanah adat milik kaum Anak Negeri Sabah telah dinafikan apabila pemimpin Kerajaan UMNO/BN dengan kejam menghantar Tentera Melayu Di-Raja Malaysia bersama anggota Polis Di-Raja Malaysia; lengkap dengan senjata perang, merobohkan rumah-rumah mereka seterusnya merampas tanah milik mereka. Turut musnah adalah harta benda yang berpuluh tahun dikumpul oleh mangsa. 
Kini tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah bukan lagi milik penduduk Anak Negeri. Dahulunya, para pemimpin sebelum dan selepas merdeka galakkan kaum anak negeri membuka dan membangunkan tanah tersebut dengan bantuan Kerajaan seperti bekalan eletrik, air dan sebagainya.
Akibat keganasan dilakukan oleh anggota Polis Di-Raja Malayisa, tanah seluas 100 ekar lebih itu sudah dikeluarkan geran dan ditimbus. Gerannya pula sudah digadai. Syarikat yang menjadi Kontraktor menimbus tanah bekas Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, Sabah beralamat di Rumah Ketua Menteri Negeri Sabah sekarang, Musa Aman di Sri Libaran, Batu 7, Sandakan, Sabah.
Mungkin inilah dimaksudkan Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 
Berikut adalah berita disiarkan dilaman web Berita Harian online; (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HukumIsrael/Article/ )
WAKIL PEMBANGKANG, KERAJAAN SEPAKAT MAHU TEKANAN DIKENA TERHADAP AMERIKA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam sebulat suara meluluskan usul mengandungi 15 ketetapan termasuk mendesak supaya Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana bertindak biadab menyerang dan menawan kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, akhir bulan lalu. 
Wakil kerajaan dan pembangkang yang membahaskan usul dibentangkan Datuk Seri Najib Razak itu juga sepakat mahu masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) agar kuasa besar itu tidak lagi melindungi keganasan Israel yang disifatkan Perdana Menteri sebagai samseng dunia.
Usul itu diluluskan setelah lebih lima jam dibahaskan 28 Ahli Parlimen, 12 wakil Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang (14) dan dua wakil Bebas, manakala penggulungan dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam perbahasan di atas sedarilah Kerajaan UMNO BN juga lakukan jenayah serupa seperti dilakukan oleh Isreal terhadap penduduk Palestin. Bezanya yang terlibat menjadi mangsa di Malaysia adalah merupakan penduduk Anak Negeri Sabah yang miskin dan tidak mampu mengheret Polis-Polis dari ‘Malaya’ kemuka pengadilan. 
Lebih malang lagi walau diheret ke Mahkamah belum tentu para pengadil yang hidup di bawah telunjuk pemimpin UMNO akan berlaku adil!
Dari budaya kerja merompak harta rakyat tidak ada beza antara Pemimpin UMNO BN di Malaysia dengan pemimpin di Israel yang aniaya masyarakat Palestin. Mereka sama dan serupa.   
Sebagai mengakhiri episod pertama ini, sama-samalah kita renungi kata-kata berikut:
"If the citizens neglect their Duty and place unprincipled men in office, the government will soon be corrupted; laws will be made, not for the public good so much as for selfish or local purposes; corrupt or incompetent men will be appointed to execute the Laws; the public revenues will be squandered on unworthy men; and the rights of the citizen will be violated or disregarded." Noah Webster - (1758-1843)

27 ulasan:

kod berkata...

Wah,sampai macam tu sekali?

jack berkata...

boleh berikan sumber yang mengatakan 50,000 orang anak negeri menjadi pelarian di negeri sendiri apabila kg.perpaduan BDC sandakan seluas 100 ekar lebih ditimbus..dan bagaimana ianya berkaitan dengan musa aman? adakah benar tanah tersebut adalah tanah adat anak negeri? di sini tidak dinyatakan sumber yang sahih maka bagi saya ini hanyalah satu cerita sandiwara politik yang direka-reka sehingga diberikan sumber yang tepat..

jack berkata...

artikel ini nampaknya dipetik dari sabahkini.net. sabahkini.net telah banyak mengeluarkan artikel yang hanya berdasarkan kepada andaian dan spekulasi dan banyak TANPA disokong dengan sumber2 yang tepat/sahih...

pirate berkata...

terlalu kejam kah UMNO BN sehingga disamakan dengan Israel? tidak bolehkah Najib menyuarakan bantahan terhadap keganasan israel? sebaik2nya jangan sertakan emosi dalam setiap kenyataan.

someobe berkata...

Weird. It is not supposed to be like that. Being vocal to something end up like hell.

bawang berkata...

berkenaan dengan penduduk diusir @ rumah dirobohkan @ seumpamanya, kerajaan ada alasan berbuat demikian. samada penempatan PATI atau pembukaan tanah itu tidak diluluskan oleh kerajaan. malah, rakyat juga yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap penempatan2 haram. bila kerajaan bertindak tegas, rakyat pula cakap kerajaan kejam...

lidah berkata...

tidak perlu samakan kerajaan dengan keganasan israel.. berlakukah pertumpahan darah di Malaysia? samakah kesengsaraan yang kita alami dengan mereka.. apa salahnya pemimpin2 Malaysia mengutuk keganasan israel?... keganasan israel lebih jelas terbukti berbanding dengan dakwaan artikel ini terhadap "keganasan" umno BN..

Boten_Trish berkata...

Berikan fakta dan kebenaran artikel ini. Dari mana datangnya sumber cerita ini? Jika benar, maka saya percaya hari untuk mereka akan datang. Tapi sekiranya ini tidak benar, maka ini hanyalah khabar angin dan cerita kedai kopi semata-mata.

T.O.P berkata...

Hurm. Keganasan Isreal dengan dakwaan "keganasan" UMNO/BN sangat jauh beza. Keganasan Isreal adalah disebabkan sejarah lampau, manakala so-called-keganasan UMNO/BN adalah kerana ketamakan dan gilakan kuasa..Tapi bukan semua ketua BN begitue, hanya setengah sahaja..

Dae-chan berkata...

Kalau diikutkanlah, keganasan Isreal lebih kejam dan kesengsaraan lebih nyata bagi mereka di Gaza.

Kalo disini, kesengsaraan yg dihadapi oleh orang kita adalah kemiskinan.

belimbingbesi berkata...

sikap penulis yang mengaitkan israel dengan BN adalah bersifat tidak ikhlas dan semata-mata adalah fitnah untuk menjatuhkan orang lain

sabahtanahairku berkata...

Petikan "Antara 25 Februari 2002 hingga 25 Mac 2002, lebih kurang 50,000 kaum Anak Negeri berasal dari Sabah telah menjadi pelarian di negeri mereka sendiri apabila mereka diusir keluar dari tanah mereka sendiri. Semuanya adalah hasil kerja pemimpin UMNO yang gemar ‘melempar batu, sembunyi tangan"’ adalah sama sekali tidak benar. Saya menyaksikan sendiri kawasan itu dirobohkan pada masa itu dan kawasan BDC yang dirobohkan adalah kawasan setinggan yang didiami pti. kawasan perumahan BDC yang didiami oleh tempatan tidak dirobohkan. fitnah adalah lebih hina dari membunuh!

suarahati berkata...

adakah penulis blog ini pernah menghuni BDC Sandakan? kawasan BDC adalah digelar 'black area' oleh penduduk Sandakan sendiri dan disana banyak berlaku macam-macam perkara menyalahi undang-undang seperti syabu dsb. selepas kawasan tersebut dirobohkan barulah berkurangan gejala tidak sihat tersebut dan semua yang dirobohkan di kawasan tersebut adalah rumah-rumah pti yang keadaannya seperti reban ayam!

affa berkata...

kawasan black area yang dirobohkan yang disebutkan dalam artikel ini adalah bersamaan dengan tarikh 'pemutihan' dan langkah tersebut adalah menangani masalah kebanjiran warga pti di BDC. tanyalah sendiri warga tempatan yang tinggal di BDC kalau ingin kepastian sebenar kerana apa yang ditulis disini bersifat fitnah!

uranglama berkata...

kenapa UMNO-BN boleh disamakan dengan Israel, BN telah banyak membantu negara dari segi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sosial.

2718 berkata...

jangan sembunyikan fakta bagi meracuni fikiran rakyat.. ramai yang tidak setuju dengan artikel ini. terutamanya BDC, tempat ini sampai sekarang masih bermasalah. baru2 ini terdapat laporan penyambungan paip haram. oleh itu tempat ini boleh diklasifikasikan sebagai penempatan haram. malah menjadi penempatan PATI.

down berkata...

I'm not sure who did it anyway but KDM shouldn't get down with it.

project_ok berkata...

@jack

agree with you that most of sabahkini.net articles is unreliable & cannot be trusted..

samanda berkata...

betul tu jack.. klu artikel yang dibuat sabah kini memang tak boleh pakai, tiada fakta yang kukuh.

samanda berkata...

mcm mana dorang boleh samakan UMNO-BN dengan israel, sedang BN telah banyak membantu rakyat dalam pembangunan. berkenaan di Kg. Perpaduan BDC, Sandakan, ada alsan tersendiri kawasan itu dorobohkan, kawasan tersebut sebenarnya dipenuhi dengan setingggan yang didirikan oleh pendatang asing. takkan kita nak biarkan pendatang asing terus bermaharajalela di negeri kita.

somboi berkata...

kepada penulis artikel ini, janganlah membuat kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah. menuduh kerajaan sama seperti rejim Zionis adalh perbuatan yang tidak baik. kita di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai. suasana kita adalah berbeza sama sekali dengan di Palestin. tidak ada pun kerajaan menindas kita. malah hidup kita bertambah maju dari masa ke semasa. ini merupakan tuduhan yagn tidak benar sama sekali. janganlah membuat kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.

Paquin berkata...

BDC tu bukan black area di sdkn ka? Kalau tak silap gara2 banyak pati lah tempat tu 'diratakan'....
Nanti kalau dibiarkan saja, kerajaann juga yg kena nanti. hhmm...

Paquin berkata...

Biarpun aku ni bukan pro gov, tapi utk mmenyamakan Najib/bn/umno tu dgn Israel... uuiii na palis2...
Jangan telamapu dramatik ba tompinai tu fikiran.. adiii.

aku bah berkata...

Bagi saya kerajaan pasti ada alasan yg munasabah kenapa tempat tu dirobohkan. So janganlah anggap kerajaan ni kejam mcm Israel. Kalau btl dorang kejam, tak terasa ba kita ni bagi komen di blog sebab semua pun hidup adalam ketakutan...
Negara kita aman ba, jadi jgn buat tanggapan yg bukan2.

Asmawati berkata...

Telebih sudah ni.. kenapakah tuduhan sedemikian rupa dilemparkan pada umno/bn..
kalaupun tak suka, jgnlah tuduh yang bukan2 bah... hhmm harap2 takda lah individu yg terperanguh dengan cerita ni.

Asmawati berkata...

Telampau tengok movie ni penulis ni kan. hehhehe:P
Sampai, artikelnya pun dipenuhi dengan gimik.

Tanpa Nama berkata...

hak sabh dipertahankan