Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Rabu, 9 Jun 2010

Ha ha ha... ayam jugak jadi mangsa...


PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 08 June 2010 16:30

TERSEMBUNYI...rumah-rumah sewa yang tidak teratur berhampiran Pasar Likas yang dihuni warga asing dijadikan kawasan penternakan ayam haram dan membiarkannya sehingga menganggu kediaman penduduk tempatan.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
PENDUDUK di kawasan Lorong Bukut, Likas tidak jauh dari Pasar Likas, Kota Kinabalu di sini resah dengan ancaman najis ayam yang dibiarkan berkeliaran oleh penternak-penternak haram di kawasan rumah sewa yang sebahagian besar penghuninya terdiri daripada warga asing.
Perbuatan beberapa penghuni warga asing berkenaan menternak ayam dan membiarkannya berkeliaran menyebabkan ternakan tersebut mencerobohi rumah-rumah kediaman penduduk tempatan berdekatan. Ayam-ayam ternakan itu bukan sahaja menganggu persekitaran kawasan kediaman malah kebanyakan kawasan rumah dikotori najis ternakan berkenaan.
Berikutan itu, penduduk yang sering menerima gangguan dan ancaman najis ayam itu meminta pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) supaya tampil memantau kawasan berkenaan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap penternak haram tersebut dalam kadar yang segera.
"Kami sudah muak dengan keadaan ini dan pihak berkuasa seharusnya melakukan sesuatu kerana kawasan ini bukan zon perternakan haiwan. Ini kawasan bandaraya, kenapa boleh ada aktiviti penternakan?"
"Jika apa yang berlaku tidak dibendung, ini akan mendorong warga asing ini sesuka hati melakukan apa sahaja kegiatan tidak sihat mengikut kehendak mereka tanpa memikirkan privasi orang lain," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rahim, yang mendakwa gangguan haiwan ternakan tersebut sepatutnya tidak berlaku.
Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu mengenal pasti sama ada warga asing terbababit mempunyai dokumen yang sah kerana kehadiran mereka di kawasan berkenaan kian bertambah dari semasa ke semasa.
"Penternakan ayam secara sesuka hati memang tidak dapat diterima akal kerana kami percaya pihak berkuasa tempatan tentunya tidak pernah menggazetkan kawasan ini sebagai zon penternakan haiwan."
"Satu hal lagi, sebagai warga asing yang datang mencari nafkah di negeri orang, mereka sepatutnya tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ketenteraman apalagi kesihatan penduduk tempatan. Budaya buruk mereka ini harus dihalang supaya tidak mempengaruhi cara hidup penduduk tempatan. Oleh itu, pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya," tegas beliau.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan mendapati warga asing ini juga tidak menghirau soal kebersihan kawasan persekitaran di mana mereka secara sewenang-wenangnya melakukan pembuangan sampah-sarap merata-rata dan ini dibuktikan apabila lot tanah kosong berhampiran telah dijadikan tempat pelupusan sampah.
Tempat tersebut bukan sahaja mewujudkan bau busuk tetapi juga mendatang risiko di segi kesihatan penduduk kerana kekotoran itu boleh mengundang ancaman pelbagai penyakit.

Tiada ulasan: