Pengikut
Bendera Negeri Sabah
Mengenai Saya
- Ibnu Rashid
- Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
- Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi
kereta sewa pandu
Sabtu, 11 Ogos 2007
Tambah ilmu tambah wang
Alhamdulillah saya bersyukur kepada-Nya kerana diberi kesempatan lagi untuk menulis sedikit coretan dari rentetan kehidupan saya sehai-hari.
Pada 27 dan 28/08/2007 akan diadakan satu bengkel mengenai cara-cara untuk trade forex. bengkel selama 2 hari ini akan dikendalikan oleh seorang rakan saya yang dijemput khas dan pakar dalam forex. Selama lebih kurang 1 bulan saya merancang bersama rakan bisnes saya iaitu En. Zulkifli Che Ali untuk mengadakan bengkel ini. Akhirnya keputusan telah dibuat dan pada tarikh seperti diatas kami pilih.
Kami telah berunding dengan pihak OUM untuk menggunakan makmal komputer mereka. Dalam rundingan dengan pengurus OUM, mereka setuju memberi kami menggunakan makmal komputer mereka dengan kadar sewa yang memuaskan. Mungkin ini adalah rezeki kami jugak sebab sebelum ini kami pernah mnyewa tempat tersebut sebelum ini dan ini adalah kali ke-2 kami mnyewatempat mereka.
Benkel ini diadakan selama 2 hari. yang unik nya tentang bengkel ini ialah dibuat pada sebelah malam bermula dari pukul 8 malam sehingga pukul 12 tengah malam. Kami terpaksa buat begitu atas sebab kerana tidak mahu mengganggu kerja dan tugas disiang hari oleh para peserta yang akan mengikuti bengkel tersebut.
Pada masa ini saya dan En. Zul sedang membuat promosi mengiklankan bengkel tersebut kepada orang ramai. Macam biasa Tugas en. Zul ialah membuat banner sebab beliau pakar dalam bidang itu :). Saya sendiri membuat poster iklan dan akan diedarkan kepada semua orang..
Untuk sesiapa yang ingin dan berminat mengikuti bengkel ini bolehlah berhubung dengan saya sendiri di talian 013-8748750. Yuran untuk sepanjang bengkel selama 2 malam ini kami kena hanya RM350 sahaja. Harga ini sangat berpatutan dan ramai yang kami rasa mampu kerana amat rendah kalau nak dibandingkan dengan kursus-kursus forex yang saya ketahui di tempat lain.
Sekian terima kasih
jumpa lagi.
sebarang komen diterima dengan ikhlas.
Rabu, 1 Ogos 2007
suci lagi menyucikan
salam sejahtera saudara saudari semua. Apa Khabar semua? semoga saya dan saudara saudari
semua berada dalam keadaan sihat dan senantiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.
Pada hari ahad tanggal 29.07.2007 yang lalu saya bersama isteri pergi ke rumah seorang sahabat di Kg. Likas Kota Kinabalu. Tujuan utamanya untuk membeli
barang pakaian wanita yang dioder oleh kawan-kawan isteri saya.Semasa berada di rumahnya, kami sempat bertanya khabar sebab dah lama tak berjumpa.
Sambil bercerita dengan dia, saya ternampak satu kotak yang isi dalamnya mungkin mengandungi sabun sebab diluar kotak itu tertulis sabun suci.
Saya pun ubah topik lalu bertanyakan dia apa yang ada di dalam kotak tu? dia pun dengan semangat terus capai kotak tersebut lalu mngeluarkan
dua buku sabun dari kotak tersebut. Anggapan saya tadi memang tepat. Dia pun menceritakan tentang kelebihan sabun tadi.
Sambil bercerita dia sambil buat promosilah(hehehe). Dengan apa yang dia cakap itu saya tertarik dan berminat ingin mencuba, sebab banyak kegunaan
dan kelebihan sabun tersebut berbanding sabun-sabun yang ada dipasaran sekarang. (Promot jugak nie he he he ).
Untuk pengetahuan saudari saudari semua sabun tersebut dinamakan "SABUN TAHARAH"(sabun tanah liat).
Antara kelebihannya ialah:
1- Kegunaan untuk bersamak.
# caranya/ kaedah penggunaannya:
- 1 kali air sabun Taharah dah di bilas dengan 6 kali air mutlak (berserta dengan niat samak)
- maksudnya - kita ambil sabun Taharah dan kita bancuh di dalam baldi yang mengandungi air dan kacau hingga berbuih agak dah banyak buih tu ok la)
kemudian kita siram lah ditempat yang kita nak samak tadi bersertakan dengan niat.
2- Ia mengandungi Vitamin A,C dan E. Ia juagak mengandungi kandungan mineral dan zat galian secara semula jadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potassium
yang boleh digunakan sebagai sabun mandian harian.
3- Kegunaan sebagai sabun kecantikan dan kesihatan kulit.
Penggunaan sabun Taharah ini juga teruji keistimewaannya dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit dari hujung rambut ke hujung kaki seperti:
# Menghaluskan dan menglambabkan kulit, menghilangkan bau badan dan kotoran.
# Menghilangkan penyakit kulit seperti panau, Kurap, Kudis, Ruam, Gatal-gatal, Kulit kering, kelemumur serta rekahan tumid kaki.
# Menghilangkan Jerawat, bintik-bintik hitam (jeragat),mengurangkan garis penuaan/kedutan dan memberi kesegaran yang berpanjangan.
Sabun Taharah ini juga serbaguna untuk mencuci sayur-sayuran, barang kemas, basuhan baju dan lain-lain. (Hebatkan!)
P/s: untuk memberi kesan yang lebih baik biarkan sapuan sabun Taharah di tempat-tempat yang bermasalah seketika
supaya buih/air sabun ini benar-benar menyerap ke dalam kulit kemudian barulah bilas.
# active Ingredients:
(Vegetable base (paim oil and palm kernel oil) "Taharah" mud, marine extract, olive oil and sandalwood essential oil.)
(anda bolehlah terjemah sendiri kalau tidak faham lah...:)
Untuk pengetahuan semua, saya sendiri baru mencuba sabun Taharah ini. kesannya nanti akan saya beritahu kelak dalam episod sabun yang akan datang.
Insyallah. Jika anda semua ingin mencuba sila lah layari laman web ini:
www.taharah.com.my
Anda jugak bolehlah menghubungi ditalian yang tertera di bawah ini jika ingin mengetahui lebih lanjut:
Tel: 603-62763416 (ofice)
013-8748750 (sandakan)- saudara M.Roshdi(bukan ejen/ahli)
019-9470351 (kota Kinabalu)- saudara kahiru (ahli)
012-5950540 (Kota Kinabalu)- saudari Norrizani(bukan ahli)
Saudara saudari sekelian, sesuatu benda atau perkara yang baik dan boleh mendatangkan faedah kepada kita semua hendaklah kita hebahkan kepada orang ramai.(tak salahkan). :).
Jadi di sini saya jugak ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama-sama saudara
saudari semua untuk kebaikan kita dan ummah seluruhnya.
Amiiiiiin.
Sekian Wassalam.
10:35 AM 8/1/2007.
Isnin, 30 Julai 2007
Bola Tampar
1. Azmi
2. HJ. Rosli
3. Saya(Roshdi)
4. Sharif Ali (spiker)
5. Isaac
6. Musa (spiker)
8. Shahrilnizam
9. Azizam
10. Ahmad Nasrah(Pk kokum)
11. Zulkifli Che Ali
12. Zulkifli Abdullah
13. Gapar
14. Domeng (simpanan)
Sehari sebelum hari pertandingan, kami mulakan latihan bersama- sama dengan guru-guru Smk Elopura2 di padang Smk Elopura 2. Latihan bermula pada pukul 4.30 ptg. Pada hari tersebut kami diberi kelonggaran oleh guru besar untuk mengikuti latihan. Beliau (GB) adalah seorang yang amat perihatin yang tidak suka memberi tekanan kerja kepada staf-stafnya. Apa pun aktiviti yang melibatkan guru-gurunya yang berfaedah, beliau akan memberi sokongan penuh tanpa banyak alasan yang tidak munasabah.
Semasa latihan, kami bermain bersungguh-sungguh. Untuk pengetahuan semua, saya sendiri tidak ada asas tentang permainan ini. Apalagi mengikuti pertandingan seumpama ini amat jauh sekali. Namun dengan semangat rakan-rakan yang ada, saya bermain jugak disamping minta tunjuk ajar dari rakan-rakan yang berpengalaman dalam permainan ini.
Pada hari pertandingan iaitu hari sabtu, kami semua berkumpul di Smk Batu Sapi sebab pertandingan diadakan di sana. Tempat asal di Komplek Sukan jalan sibuga, namun disaat akhir diubah lokasinya ke sana pula. Hanya 4 team sahaja yang mengikuti pertandingan pada hari tersebut dari 10 team yang berdaftar. Kami dikenakan yuran sebanyak Rm150 setiap team. Namun kami hanya hanya mengeluarkan RM5 sahaja setiap orang, selebihnya ditampung oleh pihak sekolah sendiri.
Mengikut jadual yang diberikan, kami akan bertemu dengan team Sk. AirPort dalam perlawanan ke 5, namun team tersebut tidak datang dan kami adalah team yang awal datang pada pagi itu maka di suruh oleh pihak penganjur untuk memulakan dahulu. Kami bertemu dengan team Sk. Sungai anib 3. Perlawanan pertama saya sebagai simpanan sahaja. Namun team saya mengalami kekalahan tipis dalam perlawan pertama ini. (mata saya tidak ingat).
Untuk pengetahuan semua, team-team dari Sk yang lain semuanya bergabung dengan sk dan smk yang lain. Semuanya mereka ambil yang pandai dan berpengalaman dalam permainan ini. Dari team saya, kami tidak ada campuran dari sk atau smk yang lain (semua yang original) he he he he . Sebabnya kami salah faham dari maklumat yang diterima. Tiba perlawanan ke- 2 team saya kira-kira pukul 12 tengahari, kami bertemu dengan team dari sk. St. mary. Dalam perlawanan ini saya dimasukan untuk bermain. Perlawanan pada tengahari itu amat sengit sekali, namun oleh sebab kurangnya pengalaman dan latihan yang hanya 1 hari sahaja, kami mengalami kekalahan yang ke 2. Begitu juga pada perlawanan yang ke 3 (terakhir lah tu) saya sendiri dah mengalah dan tidak sanggup lagi bermain. (penat dan sakit semua tangan) ha ha ha ha. kami kalah lagi untuk yang ke 3 nie.
Namun kami semua berpuas hati kerana semua rakan-rakan bagi komitmen dan sanggup bermain. Kami jugak tidak rasa menyesal dengan kekalahan itu, sebab kami tahu sejauh mana kayu ukur untuk kami. Malah perasaan puas hati dan seronok itu timbul dalam hati kami semua dan kami rasa perlawan ini hanyalah untuk mengisi masa lapang dan ia jugak dapat menghilangkan sedikit bebanan kerja di sekolah.
Sebenarnya sukan ini adalah ibadah jika kita tahu menggunakannya pada masa, tempat dan cara yang sesuai mengikut apa yang digariskan oleh agama kita. Semua jenis sukan kita boleh ceburi dan ikuti. Yang penting sama-samalah kita menjaga aurat dan batas-batas yang di tetapkan oleh agama kita, selagi mana ia tidak terpesong dan lari dari landasannya.
Setiap ibadah yang kita lakukan akan diberi ganjaran yang setimpal dari-Nya. InsayAllah...
Sekian Wassalam....
Ps: sebarang komen atau pandangan bolehlah dibuat dan akan diterima sebagai nasihat dan tunjuk ajar yang berguna.
" Hiduplah sukan untuk Agama, bangsa dan Negara"
Isnin, 23 Julai 2007
Menjadi seorang Muslim yang baik
| oleh: Ustaz Zain Hashim | |
| Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya. Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap Muslim/Muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut: * Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya). * Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. * Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi Muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya. * Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w., sirah para sahabat Nabi, bagi Muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka. * Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya. * Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya. Bolehkah Umat Islam hari ini menjadi mukmin yang baik seperti pada zaman Rasulullah s.a.w.? Umat Islam hari ini ada potensi untuk menjadi umat yang kuat imannya kepada Allah, menurut Al-Marhum Syeikh Sa’id Hawwa dalam kitabnya “Al-Asas Fi al-Tafsir” juzuk kedua ketika menafsirkan surah ~Ali ‘Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w. menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu: Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab: Para Malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya’ (nabi-nabi),. Tidak juga, kerana para Anbiya’ dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah disebabkan kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka. Dalam satu riwayat hadis yang lain pula riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibnu Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan, bahawa; beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali). Iman yang ada di dalam hati kita itu, akan terus diperbaharui apabila kita berhasrat untuk melakukan reformasi perubahan dalam diri iaitu ingin menjadi hamba Allah yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, ia boleh dilakukan dengan perubahan sikap, seterusnya akan sampai kepada satu tahap kemuncaknya iaitu peningkatan, meningkat dalam persoalan iman, kefahaman, cara berfikir, bertindak yang akhirnya melonjaknya diri kita sebagai umat yang mampu menyuruh manusia seluruhnya kepada yang makruf dan mencegah mereka daripada melakukan mungkar seperti membunuh, memfitnah, memberi dan menerima rasuah dan lain-lain, Wallhu ‘Alam. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. pendapat anda? |
Sabtu, 21 Julai 2007
pakaian dan Perhiasan Dalam Islam
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.Salam sejahtera semua...
Alhamdulillah pada hari ini dapat lagi saya menukilkan dalam blog saya dengan penuh kesyukuran kepada Ilahi. Pada hari ini kita dapat lihat di sekeliling kita betapa ramainya diantara kita terutamanya sekali saya khususkan yang beragama Islam. Apa yang nak saya katakan disini ialah, ramainya orang-orang Islam pada hari ini lupa dan tidak ambil peduli tentang hukum-hukum Dalam Islam.
Permasalahan yang ingin saya keutarakan pada hari ini ialah tentang pakaian dan perhiasan. Dalam Islam dikatakan dalam bab ini ialah aurat(bukan aurat muhammadiah). Samada aurat bagimlelaki atau perempuan. Hari ini saya terjumpa dalam satau laman web yang menceritakan tentang ayat al-Quran mengenai pakaian dalam Islam. (http://www.al-islam.com ). Terdapat 6 ayat Al-Quran yang menceritakan tentang berpakaian dan perhiasan yang saya dapati dalam web tersebut. Di bawah ini saya letakkan 2 ayat yang dipetik dari surah al-a'rof
[26] Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
[27] Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Berpandukan ayat diatas, marilah sama-sama kita merenung diri kita sendiri, adakah kita tergolong dalam orang yang mengikut perintah Allah yang berpandukan al-Quran atau sebaliknya. Saya timbulkan permasalahan disini adalah kerana ingin berkongsi ilmu yang saya sendiri amat lemah dalam bidang ini.
Hari ini saya amat risau tentang pendedahan aurat terutama orang melayu yang beragama Islam yang amat merisaukan kita semua. Sampaikan saya terfikir apakah sumbangan saya untuk merealisasikan Islam kepada bangsa kita yang dicintai, yang amat ketandusan ilmu agama dan nur Islam. Semakin hari semakin agak terkeluar dari landasan yang di bawa oleh Nabi Kita S.A.W.
Pendapat anda?
Layari laman web : www.al-islam.com
Jumaat, 20 Julai 2007
Kuasa wang
Wang atau duit adalah satu yang amat perlu dan penting dari dulu kini dan selamanya. Ianya bukan lagi benda yang dilihat tidak seberapa penting dalam zaman yang serba serbi menggunakannya. Tanpa wang, kita tidak akan dapat memiliki apa yang kita hajati dan ingini. Nak masuk tandas pun dengan wang. Betapa bernilainya dan kuatnya kuasa wang yang ada pada hari ini.
Saya nak berkongsi cerita dengan anda semua...... Ada seorang sahabat saya yang memiliki sejumlah wang yang banyak(ribu-ribulah tu). Dengan wang yang dia miliki itu dia berhajat untuk membuat satu bisnes, cuma bisnes ini memerlukan modal yang terlalu besar. Dia terpaksa mencari beberapa rakan kongsi untuk memiliki bisnes tersebut. Agak lama dia mencari dan menunggu untuk mendapatkan rakan kongsi, timbul satu masalah pada dia yang memerlukan wang (tak banyak la).
Tanpa dia berpikir panjang, dia keluarkan sedikit duit dari simpanannya untuk berbisnes itu. Sebab tiada lagi sumber yang lai. hari demi hari dia mencari dan bertanyakan kawan-kawannya, semuanya dengan jawapan yang mengecewakan dia. Namun dia tetap berusaha sehinggalah sekarang. Akan tetapi kuasa wang itu lebih kuat dari ketabahan dan kesabaran yang ada pada dia. Dalam hari-hari menunggu itu, duitnya makin hari makin di tarik keluar, sehingga suatu hari yang tak diduga, simpanannya yang diperuntukan itu dah habis. ???????
Kenapa? dan mengapa perkara sebegini berlaku? adakah ia terjadi kepada anda? atau sebaliknya?..... itulah kuasa yang ada pada wang atau duit. tanpa kita awasi dan tidak berhati-hati tahap melampau, mungkin ia akan musnahkan hidup kita, walau dalam sekelip mata.
Apa pendapat anda?