Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Sabtu, 17 Oktober 2009

PAKATAN RAKYAT MAMPU GUGAT UMNO SABAH PDF Print E-mail
Written by Admin
Wednesday, 14 October 2009 22:56

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN, KOTA KINABALU

SETIAP Pemimpin PKR digesa melipat-gandakan usaha dalam memperting-katkan prestasi politik bagi memastikan PKR akan terus menjadi sebuah parti politik yang menjadi wadah perjuangan rakyat Bumiputera di Sabah ini dan juga suatu harapan kepada segenap lapisan rakyat Sabah.

Prestasi yang dicari mestilah bermatlamatkan kerja kuat bagi menambah baik bilangan keahlian baru PKR di serata Sabah di samping memperkuatkan Pakatan Rakyat Sabah dan mencari suatu titik persefahaman antara PKR, PAS dan DAP.

Ketiga tiga parti politik pembangkang di Sabah ini mestilah berganding bahu dan kerjasama yang erat dalam menggapai satu cita-cita bagi menjana sebuah kemenangan Pakatan Rakyat di Sabah.

Pilihan Raya Umum Malaysia sudah dipersimpangan jalan dan Pakatan Rakyat hanya mempunyai tempoh dalam dua tahun lagi bagi mencapai sasaran. Para pemimpin PKR Sabah seharusnya dari sekarang mengenepikan segala salah-faham antara barisan kepimpinan baik dalam PKR mahupun dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka sebaiknya haruslah memulakan usaha mendekati dan mengenali penduduk-penduduk di kampung-kampung. Kenal pasti permasalahan penduduk kampung dan sikap keperihatinan sebagai pemimpin haruslah di tampilkan mulai saat ini kerana rakyat akan menilai prestasi kepimpinan dari sekarang. Kepercayaan rakyat harus kita perolehi sebaiknya dengan mempersembahkan kepada rakyat cara kita bekerja dan ikhlasnya kita dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Andainya dahulu Pakatan Rakyat masih lagi digelar oleh para pemimpin UMNO/BN sebagai Pakatan Pembangkang tapi kini Pakatan Rakyat sudah sah pendaftarannya dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan semua anggota kini boleh berkerja atas satu lambang Pakatan Rakyat yang sah. Hari ini semua saf kepimpinan PKR/PAS/DAP boleh berdiri teguh di bawah satu bendera Pakatan Rakyat dan ini seharusnya menyuntik lagi semangat juang pada diri kita semua.

'Enam daripada lapan Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat telah memperolehi kemenangan dengan menumpaskan calon calon UMNO/BN menjadi bukti generasi muda berkerja keras untuk mengalahkan calon UMNO kerana mereka sudah mula menghayati perjuangan Pakatan Rakyat sepenuhnya manakala Pakatan Rakyat juga telah mengiktiraf tenaga generasi muda memenuhi aspirasi generasi muda dengan pemikiran terbuka dan penuh kepercayaan. Golongan muda ini seharusnya lebih banyak di beri mandat dan kepercayaan dalam mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dilihat sebagai parti rakyat marhaen yang semakin diminati oleh generasi muda daripada parti UMNO yang bercorak perkauman dan berbentuk elit. Generasi muda Malaysia dalam menggapai penambahan ahli dan pengundi baru mesti dibuat dengan semangat mahu perubahan.

Inilah antara contoh cabaran yang sedang dijayakan oleh anggota anggota Pakatan Rakyat menambahkan keahlian generasi muda pada hari ini kerana mereka adalah generasi yang mengutamakan perubahan cetusan minda yang bersih yang mahu perubahan secepat mungkin diwujudkan dalam Negara Malaysia ini.

Justeru itu tidak ada laluan pintas bagi menyantuni generasi muda melainkan kita dapat meyakinkan mereka dengan halatuju Pakatan Rakyat untuk membawa pembaharuan daripada kepompong kemunduran dizaman UMNO perjuangan Pakatan Rakyat secara tuntas dan releven.

Setialah kepada prinsip Pakatan Rakyat, satukanlah hati menggapai kejayaan dengan mendokong prinsip Pakatan Rakyat, bergeraklah dalam satu wadah menuju satu matlamat kejayaan yang selama ini rakyat Malaysia perjuangkan demi untuk rakyat, bangsa, negara dan agama. Kejayaan sesebuah negara terpikul dibahu anak-anak muda yang mahukan perubahan dari zaman UMNO yang bertaraf kuno.

Garaplah segala tenaga muda, gilaplah kerohanian dan cita cita murni anak anak muda, tingkatkanlah perjuangan politik untuk bangsa dan nusa, kesegaran minda anak anak muda memilih Pakatan Rakyat menjadi wadah halatuju perjuangan rakyat Malaysia sudah begitu kelihatan menyerlah hari demi hari.

Ketiga-tiga teraju utama kepimpinan PKR/PAS/DAP haruslah sentiasa memastikan kekukuhan dalaman parti sentiasa terpelihara. Seandainya berlaku perpecahan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, maka ianya akan memberikan laluan yang mudah kepada UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang di Sabah kelak.

Pemilihan kawasan dan calon-calon juga harus di buat dalam suatu permuafakatan harmoni di mana amatlah perlu di elakkan berlakunya pertembungan dalam satu-satu kawasan. Calon-calon juga hendaklah bertanding atas tiket dan lambang Pakatan Rakyat dan bukannya bertanding di atas lambang parti sendiri.

Kita percaya sekiranya kita semua bersatu-padu dan tumpuan fokus haruslah di berikan sepenuhnya kepada komitmen kepada perjuangan, kita pasti mampu menumpaskan UMNO Sabah ‘gagasan parti gergasi’ di Malaysia ini. Ingat, sudah menjadi tradisi rakyat Sabah kalau menukar Kerajaan ia sesenang tukar baju. Rakyat Sabah sudah pernah melakukan 3 kali tukar baju semenjak Malaysia ditubuhkan. Kenapa takut buat sekarang?

Last Updated on Thursday, 15 October 2009 00:59

Tiada ulasan: