

Memang aku buang undi
cuma untuk kalahkan kerusi
tapi sebaliknya telah terjadi
aku hilang sebuah negeri.
Bukan aku seorang saja
tanpa cakap tanpa bicara
rupanya rakyat seluruh negara
satu tujuan dan satu minda.
Rakyat lahir apa terpendam
tapi pemimpin buat tak faham
rakyat tegur terus dihentam
baik dari luar atau pun dalam.
Katanya mahu suara rakyat
di kertas undi diberi mandat
cukup signal serta isyarat
ramai pemimpin disuruh rehat.
Tiba-tiba dengan sekelip mata
di negeriku tinggal dua
di seberang jambatan habis kuasa
pulau pelancongan yang kaya raya.
Selepas angkat sumpah dimansuh DEB
merayu mengemislah anak negeri
supaya tidak dianak tiri
Pun pemimpin tak sedar lagi.
Bila lawan dapat mandat besar
tak guna lagi kita dok bertengkar
dah sampai tanda supaya beredar
sebelum bubur jadi nasi kandar.
1. P7 - Padang Terap (Kedah) -Ust Nasir Zakaria
2. P8 - Pokok Sena (Kedah) - Hj. Mahfuz Omar
3. P11 - Pendang (Kedah) - Dr. Mohd Hayati Othman
4. P12 - Jerai (Kedah) - Ust Firdaus Jaafar
5. P13 - Sik (Kedah) - Che Uda Che Nik (Cikgu Uda)
6. P16 - Baling (Kedah) - Ust Taib Azamuddin
7. P19 - Tumpat (Kelantan) - Dato Hj Kamarudin Bin Jaffar
8. P20 - Pengkalan Chepa (Kel) - Dato Abdul Halim Abdul Rahman
9. P21 - Kota Bharu (Kel) - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
10. P22 - Pasir Mas (Kel) - Dato Ibrahim Ali (bukan ahli PAS)
11. P23 - Rantau Panjang (Kel) - Siti Zailah Muhd Yusoff
12. P24 - Kubang Kerian (Kel) - Salahuddin Ayub
13. P25 - Bachok (Kel) - Ust Nasharudin Mat Isa
14. P28 - Pasir Puteh (Kel) - Ust Muhammad Husain
15. P31 - Kuala Krai (Kel) - Dr. Mohd Hatta
16. P37 - Marang (Terengganu) - Dato Seri TG Abdul Hadi Awang
17. P57 - Parit Buntar (Perak) - Dr. Mujahid Yusof Rawa
18. P59 - Bukit Gantang (Perak) - Hj. Roslan Bin Shaharum
19. P96 - Kuala Selangor (Sel) - Dr. Hj. Dzulkefly Ahmad
20. P101 - Hulu Langat (Sel) - Dr. Che Rosli Bin Che Mat
21. P108 - Shah Alam (Sel) - Hj. Khalid Abd Samad
22. P111 - Kota Raja (Sel) - Dr. Mariah Mahmud
23. P119 - Titiwangsa (KL) - Dr. Lo'lo Mohd Ghazali
dan ada satu ahli PAS tetapi bertanding atas tiket PKR;
24. P29 - Machang (Kel) - Saifuddin Nasution
Diharapkan, kesemua nama-nama mereka di atas ini menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT mengikut lunas-lunas Islam. Kemenangan anda semua adalah satu bebanan yang akan dipikul di akhirat kelak.
Senarai penuh kabinet |
Berikut adalah senarai anggota kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini: Menteri : Tan Sri Bernard Dompok Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Menteri : Datuk Ong Tee Keat Menteri : Datuk Ir Mohd Zin Mohamed Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri : Datuk Mustapa Mohamed Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad Menteri : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein <---- ? Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek Menteri : Datuk Shafie Apdal Menteri : Datuk Dr S. Subramaniam Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili Menteri : Datuk Ong Ka Chuan Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob Menteri : Datuk Liow Tiong Lai Menteri : Datuk Noh Omar Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said Menteri : Datuk Seri Zulhasnan Rafique Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas ![]() ![]() (Kabinet usaha cantas Najib) "Kabinet (ini) untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno," kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. beliau menambah, "mereka yang dikira rapat dengan Najib telah dicantas."Beliau juga mendakwa kabinet yang diumumkan tengah hari tadi "turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat" |
Dewan Undangan Negeri Kedah N.26 Tanjong Dawai
Buat kali pertama dalam sejarah, PAS telah berjaya merampas kerusi DUN N.26 Tanjong Dawai dalam Pilihanraya Umum Ke 12 apabila YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib telah menewaskan Dato' Arzmi Hamid dengan majoriti tipis 79 undi setelah melalui sat-saat membimbangkan menunggu keputusan undi pos yang keempat tertinggi di Malaysia.
Bersama sebahagian jentera "This is the time to change..."
Dijulang oleh penyokong dari kalangan orang india..
Bersama Dato' Rashid Din P15 Merbok (PKR) dan
P. Arumugam N.25 Bukit Sekambau (Cap Kunci)
Berdebar menanti keputusan undi pos setelah mendahului BN dengan 1500 lebih undi
Sebahagian petugas bangsai panas
Suasana disalah sebuah pusat mengundi