Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Selasa, 23 Mac 2010

ustaz Zahazan ke Sabah.....



Salam,



Satu ceramah agama telah di anjurkan oleh surau Taman Austral pada 22/03/2010. majlis bermula pada jam 8.30 malam. Penceramah yang sedang hangat sekarang ini terutama penggemar Radio IKIM telah di jemput. Ustaz Zahazan tiba di surau tersebut tepat jam 9 malam dan terus naik menyampaikan ceramah beliau tanpa rehat. (subhanallah) itu lah kekuatan seorang dai'e. Sepatutnya beliau sampai lebih awal, tapi oleh kerana kapal terbang tertunda beliau lewat sampai. (kita hanya merancang, Allah yang tentukan.). Namun hadirin yang datang begitu ramai sabar meninggu. Ini kerana Ustaz Zahazan pertama kali datang ke sabah. (setakat yang ana tahu lah). 
 Sebelum acara bermula, satu jamuan telah di hidangkan kepada hadirin yang hadir pada malam itu...menu nya sangat menyelerakan... nasi bersama lauk kari kepala ikan...fuiiiyyyooooo....meleleh wa cakap luuuuu... ana sempat jugak meqekat kepala ikan tu. keh keh keh... 


Alfadhil ustaz Zahazan sedang berucap di hadpan hadirin yang ramai..


 
jamuan nasi kari kepala ikan 


 
 sebilangan hadirin yang sedang mendengar ceramah Ustaz.


 
 
hadirin sedang menjamu selera yang di sediakan 


 
hadirin setia menunggu ketibaan Ustaz Zahazan


 
rehat lepas makan sambil menunggu penceramah.



 
ustaz sedang berucap




Isnin, 15 Mac 2010

berita gempar dari perak.....

Ketua Pemuda Dibunuh Kejam

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, mendiang Siva Pandian mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, Teluk Intan hari ini. 

"DPPN Pk amat sedih dengan berita yang telah di laporkan kerana cara pembunuhan tersebut amat kejam dengan dua das tembakan yang satunya mengenai kepala dan dada yang mengakibatkan beliau mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi," kata Salman Haji Saleh, Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk).

DPPN Pk yang lantang mengutuk tindakan itu berharap pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut. 

"DPPN Pk juga meminta ahli keluarga mendiang dan juga semua ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar serta tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku ini," tegas beliau.

FORUM KHAS ‘MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?’ 2 APRIL 2010





Written by Admin   
Monday, 15 March 2010 06:49

PERSATUAN Blogger Sabah akan mengadakan mesyuarat sebagai persediaan untuk mengadakan Forum Khas ‘MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?’. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 19 Mac 2010 di Tingkat Satu, Hotel Deleton, Kota Kinabalu.
Sehubungan itu, Persatuan Blogger Sabah menjemput semua ahli yang tersenarai di portal www.sabahkini.net dan semua NGO yang berminat agar hadir ke mesyuarat berkenaan bermula pada jam 10 pagi.
Untuk makluman, Persatuan Blogger Sabah akan menjemput Mantan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi ‘Tetamu Utama’ dalam Forum Khas, ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’ yang dijadualkan pada 2 April 2010 di Kota Kinabalu.
Sabahkini.net yang dilantik sebagai ‘Portal Rasmi’ forum berkenaan akan membawa kepada anda liputan langsung daripada Forum PENTING tersebut.
Pastikan semua ahli Persatuan Blogger Sabah dan NGO yang berminat menghadiri mesyuarat Ad-Hoc untuk membincangkan beberapa perkara termasuk pengisian forum agar memberikan manfaat kepada rakyat Sabah dan Anak Negeri keseluruhannya.
Last Updated on Monday, 15 March 2010 06:56  

Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010

salah satu stesyen untuk merempoh halangan yang sedang di bina.

 
acara bola sepak bagi peserta amal bersama2 penduduk kg. di padang Sk. Indarasun Laut.


 
 beberapa orang penduduk sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.

 
penonton yang mendapat tempat duduk 1st kelas.



 
penonton yang tercicir


 
penonton yang bertuah mendapat tempat duduk di belakang tiang gol


 
pasukan amal sedang berentap


 
di hujung sana tu satu sukaneka untuk kanak2 kg indarasun laut sedang di jalankan.


 
acara tarik tali antara kumpulan2 berlangsung serentak dgn bola sepak.


 
Pengerusi masjid indarasun laut Ustaz asmaun sedang berucap dalam majlis penutupan Jambori Amal Pantai barat Sabah 2010.
# beliau adalah salah seorang dari penduduk kg yang bertukus lumus bagi menjayakan program ini... tahniah di ucapkan....jazakallahukhairon kathiro...ustaz. Jasa mu di kenang kami sampai bila2..takbiiir... Allahuakbar.
#Dalam ucapan itu... beliau ada menyebut: "..saya orang asli kg ini, saya dilahirkan di sini, saya membesar di sini, saya tinggal di tanah sendiri, rumah sendiri, berpuluh2 tahun, namun...menyedihkan...api (letrik) nda ada, air nda ada....tapi bila mengundi... pangkah UBN ngok... jgak..habok ja ada...". terus di sambut tawa orang ramai yang hadir..
# namun beliau berjanji akan merubah kg ini bersama2 sebilangan penduduk yang sudah sedar bagi menegakkan islam di kg Indarasun Laut ini. menggantikan UBN ngok itu kepada perjuangan PAS.


 
antara peserta yang dan penduduk kg yang hadir dalam majlis tersebut


 
saudara ku sedang mempengerusikan majlis penutupan Jambori Amal ini.
* antara ulasan beliau yg mencuit hati jemaah yang hadir ialah.:  ".....sesungguhnya yang memberi kita semua rezeki ialah Allah Ar-Rozaak....bukan najib bin razak..." semua hadirin  ketawa dan di sudahi dgn laungan Takbir...Allahuakbar.


 
gambar dari belakang ini ialah ketua kg Indarasun Laut yang jgak di jemput hadir dalam majlis ini.



 
kaum ibu yang sedang khusyuq mendengar


 
Perasmian penutupan Jambori amal Pantai Barat sabah 2010 di rasmikan oleh Cikgu Samad YDP Kudat.
* beliau antara orang lama yang berada di kudat ini...dan beliau jga menganggap penduduk kg Indarasun laut ini seperti adik beradik nya.
*beliau jugak mengepalai pasukan memasak dalam program ini.
* beliau dengan seluruh ahli keluarga yang sanggup datang bagi mengembeling tenaga untuk menjayakan program ini.....



YDP Kudat sedang berucap merasmikan penutupan Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010

 sedikit cedokakkan artikel yg di ambil dari blog abu asy-syaffaa' dan di tambah beberapa keping gambar yang sempat ana ambil semasa berlangsungnya Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010...

Kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana Jambori Amal Pantai Barat Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 12,13 dan 14 Mac 2010 baru baru ini. Bertempat di Kg. Indarasun Laut, Kudat seramai hampir 130 orang peserta dari seluruh kawasan unit Amal Pantai Barat Sabah telah menyertainya. Antara kawasan yang telah menghantar peserta pada Jambori kali ini ialah unit Amal Kudat, unit Amal Pitas, unit Amal Kota Marudu, unit Amal Kota Belud, unit Amal Sepanggar dan unit Amal Keningau.

Pada siri Jambori Amal kali ini juga, satu lagi sejarah manis telah dicipta, di mana pelancaran 'Briged Amal peringkat Negeri Sabah' dengan secara rasminya telah dilancar. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Amal negeri Sabah, Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada slot 'Induksi Amal' yang diadakan pada hari terakhir jambori tersebut. Seramai lebih kurang 70 orang peserta dari kalangan remaja telah diterima sebagai ahli briged amal pada majlis tersebut, seterusnya pemakaian 'badge briged amal' sebagai simbolik kepada 'keahlian' telah disampaikan kepada ahli briged amal. Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada majlis perasmian tersebut mengingatkan kepada semua peserta tentang teras 5 budaya Jabatan Amal sebagai tunggak kepada semua ahli unit amal agar dijadikan asas dalam gerak kerja Jabatan Amal.

Sehari sebelum itu pelbagai kegiatan amal dan kebajikan telah dilaksanakan di perkampungan Indarasun. Antaranya, gotong royong membaiki masjid dan kemudahan tandas, gotong royong membersihkan perkuburan, pemeriksaan kesihatan, kelas memasak, malam kebudayaan, program anak angkat dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin. Selain dari itu beberapa aktiviti pertandingan dari kalangan peserta dan penduduk turut diadakan. Antaranya pertandingan merempuh halangan, sumpit, timbang bola, tarik tali, bola sepak dan lain-lain lagi. Pada jambori kali ini juga pertandingan perkemahan dan gajet terbaik turut dilaksanakan.

Program yang mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk ini telah melakarkan sejarah tersendiri apabila rata-rata penduduk melahirkan rasa terharu diatas kesediaan Jabatan Amal memilih kampung mereka sebagai tapak jambori amal pada tahun ini. Bagi pihak Jabatan Amal negeri semua gerak kerja amal ini adalah kejayaan bersama di atas sokongan dan dokongan dari semua peringkat. Tahniah kepada unit Amal Kudat selaku tuan rumah, ALP negeri yang terlibat, seterusnya unit amal seluruh kawasan Pantai Barat. Juga tidak dilupa sumbangan kewangan serta kenderaan dari unit Amal Putatan pada saat-saat akhir banyak membantu kelancaran program walaupun mereka tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tahiah kepada semua!
Allahuakbar!

'Beramal kerana Allah'

Selasa, 9 Mac 2010

Perjuangan Umno sangat sesat

Posted: 07 Mar 2010 05:50 PM PST
22 Rabiul Awwal 1431H.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

Selasa, 2 Mac 2010

celakalah manusia itu jika.....نعوذ بالله من ذالك



بسم الله الرحمن الرحيم

Salam,


Seawal pagi tadi , tengah dok syoq2 dangaq radio dalam kereta dalam kelajuan 60km/jam, higway sepanggar indah permai, tiba2 aku nampak dari jauh seorang kanak2 sedang meniarap di atas jalan raya sambil menangis di sebelah arah bertentangan, ngam2 aku limpas sana , betul2 la rupa2 nya kanak2 perempuan tertiarap di atas jalan raya... dan.... aku nampak jugak seseorang terbaring berhampiran sebuah motorsikal.... aku zooooom...alamak..aku terlajak geng...aku slowkan kenderaan, aku undur balik ....keta aku hentikan..aku menyeberang jalan tu.... cuba anda bayangkan...........!!!!!!!!!!!!!....seorang bapa terbaring tanpa boleh bergerak dengan luka yg parah sambil dilihat oleh anaknya sambil menangis.......aduh....sadis2...menusuk kalbu... sampai ja aku di tempat kejadian, orang ramai sudah mula berhenti untuk memberikan pertolongan...aku lihat hanya ada sebuah motorsikal sahaja..kenderaan lain macam tak dak...dengar dari percakapan penuntun2 .... nie musti langgar lari...haram jadah mana dok langgaq oqang lepaih tu laqi pulak ...terdetik hati aku..ada yang cakap...mungkin langgar anjing.....aku cari2 jugak kot2 ada anjing di sekitar tu, x nampak pun...sb mengikut firasat aku, cara kejadian ini berlaku,, busuk2 pun mati anjing tu... hu hu hu hu... seorang dari mereka mengangkat kanak2 tersebut yg masih teqiyak (menangis la tu)...si bapak masih terbaring di tepi jalan...aku cuba memanggil si bapak itu, namun tak dak respon, aku tahu beliau sedang menahan kesakitan yang amat sangat...aku pergi ke tempat anaknya , aku tengok satu logo di tudungnya ada tertulis sk. pengkalan tentera... sah...budak nie sekolah di sana. aku pusing ke arah bapaknya...aku tengok satu tulisan di seluarnya .....penyelamat....aku cuba tanya si ayah lagi,,,, abang nie navy ka?...ada respon..beliau mengangok2kan kepala...aku mula sedih bila dengar si anak makin kuat tangisan nya...aku lihat ada 2,3 orang berpakaian lengkap Navy....mereka sedang menghungi seseorang...aku cuba bertanya si anak tadi ayah ada henpon tak? tanpa jawapan anak itu mengeluarkan henpon dari bag ayahnya...katanya nak call mama....tapi tiada jawapan...aku sendiri cuba call ibu tersebut ...dapat, tapi tak da jawapan...selang beberapa minit...datang satu Van Navy...mungkin dari panggilan tadi....lalu orang ramai cuba menolong mengangkat si ayah td...aku pulak memapah si anak masuk ke dalam van tersebut...(hero la kunun.kui kui kui...) beberapa minit lepas van tersebut bergerak, orang ramai beransur2 pergi membawa diri...sempat jugak aku snap beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung blog aku....Innalillahi wainna ilaihi roojiuuun..... pengalaman ngeri aku di awal pagi hari ini.