Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Isnin, 15 Mac 2010

Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010

salah satu stesyen untuk merempoh halangan yang sedang di bina.

 
acara bola sepak bagi peserta amal bersama2 penduduk kg. di padang Sk. Indarasun Laut.


 
 beberapa orang penduduk sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.

 
penonton yang mendapat tempat duduk 1st kelas.



 
penonton yang tercicir


 
penonton yang bertuah mendapat tempat duduk di belakang tiang gol


 
pasukan amal sedang berentap


 
di hujung sana tu satu sukaneka untuk kanak2 kg indarasun laut sedang di jalankan.


 
acara tarik tali antara kumpulan2 berlangsung serentak dgn bola sepak.


 
Pengerusi masjid indarasun laut Ustaz asmaun sedang berucap dalam majlis penutupan Jambori Amal Pantai barat Sabah 2010.
# beliau adalah salah seorang dari penduduk kg yang bertukus lumus bagi menjayakan program ini... tahniah di ucapkan....jazakallahukhairon kathiro...ustaz. Jasa mu di kenang kami sampai bila2..takbiiir... Allahuakbar.
#Dalam ucapan itu... beliau ada menyebut: "..saya orang asli kg ini, saya dilahirkan di sini, saya membesar di sini, saya tinggal di tanah sendiri, rumah sendiri, berpuluh2 tahun, namun...menyedihkan...api (letrik) nda ada, air nda ada....tapi bila mengundi... pangkah UBN ngok... jgak..habok ja ada...". terus di sambut tawa orang ramai yang hadir..
# namun beliau berjanji akan merubah kg ini bersama2 sebilangan penduduk yang sudah sedar bagi menegakkan islam di kg Indarasun Laut ini. menggantikan UBN ngok itu kepada perjuangan PAS.


 
antara peserta yang dan penduduk kg yang hadir dalam majlis tersebut


 
saudara ku sedang mempengerusikan majlis penutupan Jambori Amal ini.
* antara ulasan beliau yg mencuit hati jemaah yang hadir ialah.:  ".....sesungguhnya yang memberi kita semua rezeki ialah Allah Ar-Rozaak....bukan najib bin razak..." semua hadirin  ketawa dan di sudahi dgn laungan Takbir...Allahuakbar.


 
gambar dari belakang ini ialah ketua kg Indarasun Laut yang jgak di jemput hadir dalam majlis ini.



 
kaum ibu yang sedang khusyuq mendengar


 
Perasmian penutupan Jambori amal Pantai Barat sabah 2010 di rasmikan oleh Cikgu Samad YDP Kudat.
* beliau antara orang lama yang berada di kudat ini...dan beliau jga menganggap penduduk kg Indarasun laut ini seperti adik beradik nya.
*beliau jugak mengepalai pasukan memasak dalam program ini.
* beliau dengan seluruh ahli keluarga yang sanggup datang bagi mengembeling tenaga untuk menjayakan program ini.....



YDP Kudat sedang berucap merasmikan penutupan Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010

 sedikit cedokakkan artikel yg di ambil dari blog abu asy-syaffaa' dan di tambah beberapa keping gambar yang sempat ana ambil semasa berlangsungnya Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010...

Kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana Jambori Amal Pantai Barat Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 12,13 dan 14 Mac 2010 baru baru ini. Bertempat di Kg. Indarasun Laut, Kudat seramai hampir 130 orang peserta dari seluruh kawasan unit Amal Pantai Barat Sabah telah menyertainya. Antara kawasan yang telah menghantar peserta pada Jambori kali ini ialah unit Amal Kudat, unit Amal Pitas, unit Amal Kota Marudu, unit Amal Kota Belud, unit Amal Sepanggar dan unit Amal Keningau.

Pada siri Jambori Amal kali ini juga, satu lagi sejarah manis telah dicipta, di mana pelancaran 'Briged Amal peringkat Negeri Sabah' dengan secara rasminya telah dilancar. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Amal negeri Sabah, Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada slot 'Induksi Amal' yang diadakan pada hari terakhir jambori tersebut. Seramai lebih kurang 70 orang peserta dari kalangan remaja telah diterima sebagai ahli briged amal pada majlis tersebut, seterusnya pemakaian 'badge briged amal' sebagai simbolik kepada 'keahlian' telah disampaikan kepada ahli briged amal. Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada majlis perasmian tersebut mengingatkan kepada semua peserta tentang teras 5 budaya Jabatan Amal sebagai tunggak kepada semua ahli unit amal agar dijadikan asas dalam gerak kerja Jabatan Amal.

Sehari sebelum itu pelbagai kegiatan amal dan kebajikan telah dilaksanakan di perkampungan Indarasun. Antaranya, gotong royong membaiki masjid dan kemudahan tandas, gotong royong membersihkan perkuburan, pemeriksaan kesihatan, kelas memasak, malam kebudayaan, program anak angkat dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin. Selain dari itu beberapa aktiviti pertandingan dari kalangan peserta dan penduduk turut diadakan. Antaranya pertandingan merempuh halangan, sumpit, timbang bola, tarik tali, bola sepak dan lain-lain lagi. Pada jambori kali ini juga pertandingan perkemahan dan gajet terbaik turut dilaksanakan.

Program yang mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk ini telah melakarkan sejarah tersendiri apabila rata-rata penduduk melahirkan rasa terharu diatas kesediaan Jabatan Amal memilih kampung mereka sebagai tapak jambori amal pada tahun ini. Bagi pihak Jabatan Amal negeri semua gerak kerja amal ini adalah kejayaan bersama di atas sokongan dan dokongan dari semua peringkat. Tahniah kepada unit Amal Kudat selaku tuan rumah, ALP negeri yang terlibat, seterusnya unit amal seluruh kawasan Pantai Barat. Juga tidak dilupa sumbangan kewangan serta kenderaan dari unit Amal Putatan pada saat-saat akhir banyak membantu kelancaran program walaupun mereka tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tahiah kepada semua!
Allahuakbar!

'Beramal kerana Allah'

Tiada ulasan: