Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Sabtu, 31 Oktober 2009

kuat nya RPK...

Raja Petra ajak POLIS bertumbuk..?
Posted on Friday, October 30 @ 22:30:00 MYT by afero79
Kenyataan Akhbar
Oleh usinwafer

"
Gantung Polis Dahulu

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Marilah kita melihat kembali ke sejarah. Bagaimanakah USSR dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Shah dari Iran dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Saddam dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Sukarno dan Suharto dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimana regim ini dapat mengekalkan kuasa mereka dalam sejarah 5,000 tahun yang lepas, ya, anda akan menemui satu persamaan diantara mereka. Persamaan itu adalah bagaimana polis untuk menolong regim itu untuk mengekalkan kuasa mereka, sama ada ia sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

Inilah situasi yang berlaku di Malaysia hari ini.

Kemudian kita lihat bagaimana regim ini dijatuhkan. Hanya ketika pihak polis menukar laluan sokongan mereka ataupun berlaku adil, barulah regim ini akan dijatuhkan. Iaitu apabila pakatan yang haram diantara polis dan regim berkecai barulah regim dapat dijatuhkan. Tiada apa cara lagi, sejarah telah membuktikannya. Regim tidak akan jatuh kecuali sokongan polis terhadap mereka retak. Jadi untuk menjatuhkan regim, polis harus diubah terlebih dahulu.

Perkara yang berlaku di Dewan Undangan Perak semalam merupakan jejak terakhir polis. Tindakan ganas polis terhadap Pakatan Rakyat merupakan paku terakhir untuk sebuah keranda.

Saya bukannya tidak tahu sehingga mana keganasan yang dilakukan oleh polis. Saya telah menjadi "tetamu" mereka lebih daripada sekali dan anak saya sering dipukul di Penjara Sungai Buloh di tangan polis. Setelah beberapa insiden "pembunuhan kedaulatan undang-undang" di Malaysia, sekiranya anda masih sangsi bahawa polis tidak bertindak diluar undang-undang, saya tidak tahu apa contoh yang lagi untuk anda.

Najib Tun Razak yang boleh dipenjarakan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konspirasi penutupan cerita di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh polis. Siapa lagi sekiranya bukan IGP sendiri, Musa Hassan untuk menutup kes ini. Hal ini telah diceritakan kepada saya secara peribadi oleh Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Datuk Syed Alhabshi Rahman. Dia memberitahu saya bahawa dia telah memberikan Musa Hassan segala bukti tetapi bukti itu telah dikuburkan dan tidak dibenarkan untuk muncul dalam perbicaraan pembunuhan di mahkamah.

Biarlah saya membuat penjelasan disini. Faktor Perdana Menteri Najib tidak dipenjarakan kerana Musa Hassan dan polis Malaysia. Selain itu, Musa Hassan juga menganas terhadap pembangkang. Dan apa yang berlaku di Perak dapa meyakinkan lagi sekiranya anda masih tidak percaya dengan situasi sebenar yang berlaku.

Musa Hassan harus dihantar ke penjara. Dia tahu dia akan dihantar ke penjara sekiranya Barisan Nasional ditempatkan dalam situasi yang paling sukar iaitu menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Jadi Musa Hassan akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Dan dia akan melakukan apa pun untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Ada orang yang cuba mengatakan saya melarikan diri untuk "mengelakkan" hukuman saya kerana mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Itu yang mereka mahu anda percaya. Ia langsung tiada kena mengena dengan kesalahan yang didakwa dalam perbicaraan saya mengenai hasutan. Aku telah melarikan diri kerana aku tahu mereka akan menahan saya di bawah Internal Security Act (ISA) tanpa sebarang perbicaraan untuk menghentikan saya untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut tentang cara polis menutup fakta-fakta di sebalik pembunuhan Altantuya.

Namun fakta ini tidak akan disemubuyikan lagi. Sebelum sambutan Natal tahun ini akan wujud fakta-fakta tersebut. Malaysia akan diberitahu kebenaran yang berlaku di sebalik pembunuhan Altantuya. Malaysia akan dapat melihat diri sendiri bukti-bukti bagaimana Musa Hassan dan polis Malaysia memastikan bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri daripada dipenjarakan dengan konspirasi menutup kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

Sudah terlambat bagi mereka untuk menghentikan saya sekarang. Bahkan sekiranya saya masih menghilangkan diri sendiri, ia tidak akan menghalang fakta daripada daripada dikemukakan. Setelah lapan bulan saya melarikan diri, saya tidak menghabiskannya dengan sia-sai. Fakta-fakta telah dikumpul. Saya telah mengumpulkan semua fakta yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia. Dan, apabila ia dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia, semua orang akan melihat bagaimana peranan Musa Hassan dan polis untuk menutup kes pembunuhan Altantuya untuk menyelamatkan orang-orang dalam pembunuhan itu daripada dihantar ke penjara.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyesalkan bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, marah kerana polis di negara ini dan membantu rejim haram yang dianggap oleh Mahathir untuk menjalankan tugas. Ini adalah pandangan Mahathir. Dan ini menjadi pandangan saya juga. Dan saya menolong Mahathir dalam perkara ini. Saya akan membantu Mahathir untuk membuktikan apa yang dia katakannya itu benar. Mahathir harus membuktikan juga bahawa apa yang dia katakan adalah benar iaitu Malaysia adalah negara polis dan polis membantu regim haram untuk mentadbir negara.

Tidak mengapa sekiranya Najib dan kumpulannya masuk penjara atau tidak. Yang saya prihatin ialah Musa Hassan akan menjadi orang yang pertama untuk dihantar ke penjara. Beliau harus dihantar ke penjara kerana beliau merupakan Ketua dalam kerja menutup kes pembunuhan Altantuya. Kemudian yang lain boleh dimasukkan penjara.

Polis di Malaysia merupakan sekumpulan gangster berseragam. Mereka sebenarnya lebih teruk daripada gangster. Bahkan gangster memiliki etika. Jika anda pernah bercampur dengan mereka, anda akan tahu apa yang saya maksudkan. Gangster yang berseragam tidak mempunyai etika sama sekali. Lebih teruk lagi, gangster berseragam ini sembahyang lima kali sehari dan menghala ke Mekah dan membayangkan diri mereka sebagai umat pilihan Allah yang telah dijanjikan sebuah tempat di Syurga , walaupun mereka tidak peduli apa pun dosa dan kejahatan yang mereka telah lakukan.

Saya telah dipenjara dulu. Penjara adalah satu tempat untuk mengumpul pelbagai jenis orang dan sampah masyarakat. Tapi banyak kali mereka yang disebut sebagai sampah masyarakat telah terbukti mereka adalah lebih baik daripada gangster yang berseragam. Saya telah, pada kenyataannya, telah diberikan perlindungan 24 jam oleh orang-orang yang akan anda anggap sebagai sampah masyarakat. Mereka berdiri di luar sel sementara saya tidur didalam demi memastikan bahawa tiada sebarang ancaman datang kepada saya supaya saya boleh hidup untuk meneruskan perjuangan untuk Malaysia.

Ya, apa yang ironi. Orang yang dianggap sampah masyarakat oleh kita telah menjadi penyelamat kepada saya ketika saya berada dalam penjara daripada orang-orang berseragam. Inilah pengajaran saya ketika dalam penjara. Ini telah membuat saya lebih mempercayai mereka sekiranya saya berada di tangan gangster, perampok dan penculik berbanding berada di tangan orang-orang berseragam.

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diubah sebelum kita dapat menurunkan satu regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengubah Polis. Musa Hassan harus menjadi orang yang pertama. Sekiranya kita memisahkan kepala dari lehernya maka regim akan runtuh. Dan hanya selepas itu orang-orang di balik pelbagai pembunuhan dapat dibawa ke mahkamah.
Kerjasama penuh kepada siasatan Lembaga Disiplin
Harakahdaily
Sat | Oct 31, 09 | 11:07:59 am MYT
SHAH ALAM, 31 Okt: Ketika Lembaga Disiplin PAS mula bermesyuarat hari ini, Pemuda PAS Selangor menyeru semua ahlinya agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada lembaga ini.
Iklan
 

 
   
Dalam kenyataannya, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzuan turut menyeru semua peringkat khasnya para blogger menulis untuk mencari titik penyelesaian dalam konflik yang ada.
"Kami menyeru agar semua ahli dan blogger yang cintakan PAS sebagai sebuah jemaah Islam serta harakah Islamiyyah yang sedang berjuang untuk mendaulatkan islam menulis dengan pendekatan mencari titik pertemuan, merapatkan jurang perbezaan bukan menjarakkan lagi jurang penyelesaian dan ukhwah," kata Hasbullah dalam kenyataannya itu.
Hasbullah dipercayai mengulas keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini yang mengarah Lembaga Disiplin PAS menyiasat PAS Selangor.
Ini ekoran dari beberapa dakwaan yang melibatkan aktiviti, kenyataan dan tindak tanduk kepimpinan PAS negeri itu yang dianggap merugikan PAS.
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, Ketua Lembaga Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lembaga itu akan memulakan sidangnya jam 10.30 pagi hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebutkan di mana sidang itu akan berjalan dan menegaskan tidak akan ada sebarang kenyataan kepada media sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat.
Menurut Hasbullah, Dewan Pemuda PAS Selangor menerima keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS pada 28 Oktober 2009 bagi menangani persoalan dan kemelut dalam PAS yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Dewan Pemuda PAS Selangor, katanya, juga meraikan keputusan menyelesaikan permasalahan dalaman melalui siasatan oleh Lembaga Disiplin parti. Dengan ini, tidak berbangkit lagi soal EGM (mesyuarat agung luarbiasa) kecuali jika ada keperluan dan menepati syarat yang ditetapkan.
"Kami juga berbangga dengan kepimpinan PAS Selangor kerana telah akur dengan keputusan mesyuarat khas itu dan telah menyatakan kesediaan untuk disiasat serta memberi jaminan kerjasama yang baik demi membersihkan parti dari segala salah faham dan fitnah yang berlaku," katanya.
Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Selangor berharap dan menggesa ahli pemuda semua peringkat agar turut mematuhi keputusan mesyuarat khas tersebut dengan tidak membuat sebarang spekulasi, kenyataan peribadi atau menyalakan kembali api fitnah menerusi apa jua media terbuka yang tidak sepatutnya seperti blog dan lain-lain.
"Kami berharap, jika ada sebarang kes yang difikirkan perlu ditangani, hendaklah didahului dengan kaedah yang terbaik mengikut adab-adab berjemaah serta ukhwah islamiyyah yang telah digarap sekian lama. Sekiranya perlu, kumpul bukti untuk dikemukakan aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, agar jelas adakah ianya tuduhan yang berasas atau sekadar sangkaan yang keliru.
"Kami juga bersetuju dengan gesaan PAS Selangor agar Jawatankuasa Disiplin Parti membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang membarahi PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui ceramah, penulisan, saluran media dan blog mahupun ulasan dalam akhbar dan lain-lain.
"Jika ada sepuluh orang yang bermesyuarat, jangan ada orang kesebelas yang mengetahui isi kandungan mesyuarat yang bersifat rahsia tersebut," katanya.
Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru kepada semua ahli parti agar menumpukan gerakerja dakwah dan pengukuhan dalaman serta tidak membicarakan isu ini bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai. _

gambaq tengah makan lepas usroh.


Jumaat, 30 Oktober 2009

Hari nie aku letih

Bismillahirrohmanirrohiim......

Awat hari nie letih sangat tak tau.... badan2 ghasa lemah ja.... balik sekolah... terus ke kk... solat jumaat kat masjid negeri... biasanya aku sembahyang jumaat kat masjid bandaraya ja... tapi hari nie terpaksa lah pi kk sebab nak jumpa 1 kawan dari johot... dia nak cek out tengahari nie.. balik johot .. flig pukui 3.30... so bilik dia aku yang ejaih masuk... so aku jgak la kena ejaih keluaq...
 sampai di kk, aku terus ke bilik mba tu... di api2 cnter.. mandi jap...panas.. teghuih ke msjid...tengok jam ..dah pukui 12.38...sampai sana, tok khatib dok baca khutbah lagi... lega ghasa.... nasib sempat jgak..sama2 smbahyang jumaat.... klu x klu.... hehehehehe..
 Selesai solat, terus jumpa si kawan td... dia baik punya dok syoru di rstoran aeiza sebelah apartmen ru.. dia x smbahyang la..sb dia bleh jama' ...aku pun join syoru sama la...aaaaaaaaarrrgh.... kenyang. Alhamdulillah. bual sat dgn dia smbei puih2, kami beredaq la ke bilik... dah siap semua... cekout p yang patut..bayaq pa yang patut kat tuan punya apartment tu... kami pun brsalaman, dia ke tempat teksi..ke epot..aku pun cunggit la blik umah... badan dok letih dah, peghot pun dah mcm ulaq sawa batek, x lencong2 dah la.. blik umh trus..
 Sampai umah . buka semua apa yang patut... psng laktop...dengaq2 mengaji sikit ... bom teghuih...sedaq2 bin taghek kaki ja...bangkit2 asaq2... tu haih ... pkui 5 sengah dah... kelangkabut la bangkit pi sembahyang asaq. nasib dan jgak... elok2 15 mnit lagi...lepaih tu..magrib la pulak...badan dok letih lagi..awat tak tau...ubat segala mcm ubat kuat dah makan, mcm x dak kesan... haghu bighu ...sungguh. selesai mandi ... solat magrib, wirid pa sikit, bini pulak ajak kluaq makan..dah lama x makan bersama di luaq...he he he he.. sungguh gak...lama jgak tu.. maklum la... sebooook mnjang..haghi2 balik umah lewat malam... caghi makan la konon.. pa lagi siap2 cunggit la kami dua naik moto piuuu pi makan di IP... tempat rahsia la..keh keh keh..
  ngap3... selesai ngap... balik umah... bini pulak pi buat OT...aku la dok soghang2 di umah, pa lagi buka lktop..layan tenet la...sambei2 taip blog nie la... nie tengah dok meghapu la nie..
ok sekian ,,, bini dah balik... ready... go to...
Asalamua'laikum...

Dr Asri akan sertai parti politik?... Ya ka?.

Dr Asri akan sertai parti politik?
Posted on Friday, October 30 @ 18:50:29 MYT by munir
Berita
PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.
Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.


Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.
Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (www.drmaza.com).
Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.
Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.
Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.
Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.
Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.
"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.
"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.
Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut.
"Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.

p/s:
Itu lah.... di cari orang yang macm Dr. M minta nasihat... memang la dia x setuju....dah dia tu umnototokngok pa la punya mufti...semoga Allah memberi hidayah dan taufiq kepada beliau.. dalam mencari hala tuju kehidupan di dunia ini... amiiiin.

Khamis, 29 Oktober 2009

Usrah pemuda sepanggar


Bismillahirrohmanirrohiiim.... satu majlis usroh di adakan di rumah saudara shidi...
di bawah ini gambar2 yang di ambil ketika usroh berjalan..

 
MASALAH PENDATANG ASING MENGHANTUI SABAH PDF Print E-mail
Written by Admin   
Thursday, 29 October 2009 01:27


Oleh: JESSELTON TODAY
KITA semua tahu salah satu masalah yang menghantui negeri Sabah ini ialah kebanjiran pendatang asing tanpa izin. Kalau dahulu kita biasa sebut pendatang dari Filipina dan Indonesia saja namun sekarang kaum pendatang dari China, India dan Pakistan juga semakin ramai.
Usaha menghantar semula pendatang-pendatang asing sudah dijalankan tapi kadangkala kerjasama dari negara asal mereka turut diperlukan. Negara Filipina adalah negara yang paling kurang memberi kerjasama dalam usaha penghantaran semula rakyatnya dengan memberi pelbagai alasan serta syarat yang tidak munasabah. Selain itu faktor geografi yang menyukarkan sekatan sempadan yang ketat turut menjadi faktor. Jadi macam mana hendak kita atasi ‘penyakit’ ini.
Saya rasakan baik kita wujudkan satu akta pengampunan serta penerimaan kewarganeraan untuk mereka ini. Rancangkan satu formula atau mekanisasi kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menerima mereka sebagai warganegara. Pasti ramai yang tidak setuju atau marah dengan cadangan saya ini tapi “let’s face it, they are here already and for us the local to whine and complaining merely isn’t enough!”
Kebanyakan mereka ini sudah berasimilasi dengan kita, ada yang sudah berkahwin dengan orang tempatan, dan ada yang bekerja di lading-ladang dan kebun-kebun kita malah semua orang pun tahu kebanyakan pendatang-pendatang asing ini lebih rajin bekerja berbanding rakyat tempatan kita sendiri serta setia kepada tuan mereka.
Kriteria sebeginilah yang kita mahu manakala yang sering timbulkan kekacauan serta masalah jenayah, itu kita jangan beri keampunan dan kerakyatan malah kita buang negeri atau negara, hantar mereka ke negara asal atau ke satu tempat yang lain (ke mana? Itu kita boleh fikirkan secara kolektif dan melalui penyelidikan).
Langkah ini sebenarnya sudah di laksanakan oleh negara Brazil yang turut mengalami masalah kebanjiran pendatang asing sebanyak hampir 600,000 orang pendatang.
Dalam salah satu kenyataan Presiden Brazil berkata, "penekanan serta tiada toleransi terhadap pendatang asing ini tidak akan menyelesaikan masalah pendatang asing di negara tersebut".
Fikirkanlah, mereka semua ini juga adalah manusia biasa seperti kita, punya cita-cita serta kehendak yang sama tiada beza. Sedangkan negara nombor satu dunia, Amerika Syarikat akhirnya menerima kaum kulit hitam yang asalnya dibawa sebagai hamba kepada kaum kulit putih di sana, akhirnya mereka diberi taraf kerakyatan yang sama seperti kaum kulit putih dan kini salah seorang dari anak cucu mereka sudahpun menjadi Presiden kepada negara teragung didunia masakini.
Ingatlah semua, ini juga tidak mustahil suatu hari nanti di Sabah kerana yang pasti bumi ini adalah milik Tuhan dan kita semua hanya meminjam buat sementara.