Pengikut
Bendera Negeri Sabah
Mengenai Saya
- Ibnu Rashid
- Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
- Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi
kereta sewa pandu
Sabtu, 15 Ogos 2009
pendidikan antara nik aziz, hj hadi dan najib,muhyidin
Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil aliran Sanawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di samping itu beliau belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975).
Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[3] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.[perlu petikan]
Beliau juga pernah menuntut di:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
Universiti Deoband, India – 1952
Universiti Lahore, Pakistan - 1957
Beliau mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.
YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
Tan Sri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin
Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971)
New saga...BLM...setahun jagung

<---- habis bungkang keta aku di kerjakan oleh mekanik eon servis nie.... umurnya baru setahun jagung... kerosakan mcm dah 10 tahu pakai...memang berkualiti barangan tempatan nie....

<--- nie antara part2 yang perlu diganti... 1st timer aku kena... pedal minyak rosak... kata mekanik tu...nasib ko la bang... barang malaysia ba nie.. aku sengeh2 ja la...

< ----- nie lg satu.... brek pad tinggal besi... makan habis disc...

<---- nie budak mekanik tengah tukar brek nie... bagus budak nie...maklum lah dulu dia penah sikul di sikul aku sekarang nie.. keh2..

<---- drame brek belakang buruk, sabah cakap bertagar habis... mcm 10 tahun punya usia dram nie..padahal baru setahun..aku rasa ganas mcm mna pun tuan punya keta guna,,, klu umur baru setahun..nda la smpai gini jadiannya...aku pun x paham... tp buat2 paham la...sb brg mesia kata kan..pasti kena ganti baru. nasib warenti 5 tahun.. habis aku suruh budak mekanik tu tukar semua.
baru tau...
Sikap antirasuah Tok Guru Nik Aziz harus dilembagakan
Oleh MOHAMAD SABU
Pegawai kerajaan yang dilatih oleh British amat terkenal de
ngan kewibawaan dan integriti mereka. Setelah tamat berkhidmat dengan kerajaan, mereka hanya hidup dengan wang pencen dan harta yang dibina sedikit sebanyak daripada wang gaji bulanan. Kewibawaan Tan Sri Ahmad Nordin, Tan Sri Harun Hashim adalah di antara contoh kehidupan pegawai kerajaan sebelum dan selepas merdeka.
Sekarang kita boleh lihat kehidupan bekas pegawai kerajaan atau bekas pegawai polis, amat luar biasa daripada pendapatan yang mereka perolehi semasa bekerja atau semasa bersara. Apakah wang luar yang membolehkan mereka hidup begitu mewah, 'rich and famous', yang tidak sepadan dengan pendapatan mereka.
Sebahagian besar pegawai kerajaan atau pegawai polis yang setia dengan tugas dan tanpa wang luar tenggelam dengan sifat kehidupan dengan rakan-rakan mereka yang lain.
Tunku Abd Rahman dan pemimpin politik di zamannya amat benci dengan rasuah dan 'wang luar' dari gaji dan elaun mereka. Setelah bersara, mereka hidup dengan wang gratuiti dan pencen mereka. Walaupun kelemahan peribadi mereka ada, namun dalam hal rasuah dan 'wang luar' amat mereka jaga dan ia mengikut cara politik British dan Barat.
Kini orang politik - yang memegang jawatan penting sebagai menteri, menteri besar, ketua menteri, exco dan sebagainya - sebahagian mereka memiliki harta yang langsung tidak sepadan dengan pendapatan mereka. Rakyat menuntut pelbagai perkara dari pemimpin politik dan wakil rakyat sebab orang politik ini dilihat mempunyai banyak wang.
Akhirnya, wakil-wakil rakyat terpaksa menjadi pegawai kebajikan masyarakat. Mereka terpaksa berbelanja melebihi daripada elaun atau gaji mereka. Untuk membolehkan kekal dalam kedudukan, mereka mengambil projek kerajaan melalui kroni atau mengambil beberapa peratus dari projek yang diluluskan oleh kerajaan negeri atau persekutuan.
Bermulalah rasuah, nepotisma, 'over spending', 'mark-up price' dan pelbagai penyelewengan dilakukan untuk memelihara status quo dan menjadi orang yang berada.
Wakil rakyat dan pemimpin politik yang ikhlas dan tidak pandai cari 'duit luar' terpaksa hidup merana dan dipandang rendah oleh masyarakat. Rasuah, penyelewengan, komisyen kepada orang politik dan pegawai kerajaan sudah dianggap lumrah dan biasa.
Tidak pelik apabila Adun biasa boleh memiliki rumah bernilai jutaan ringgit, manakala bekas menteri besar pula mampu mempunyai rumah ditaksirkan bernilai lebih RM24 juta.
Seolah-olah rakyat sudah menerima acuan baru dalam kehidupan pemimpin politik atau pegawai-pegawai tinggi kerajaan atau pegawai tinggi polis. Mereka yang tidak rasuah dan tidak pandai cari 'duit luar' pula dipandang rendah oleh masyarakat, yang fikiran mereka sudah dituba dan diselewengkan.
Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat cuba mengembalikan dan menjernihkan semula tentang tujuan menjadi pemimpin politik atau menjadi pemimpin kerajaan. Kehidupan sederhana dan tidak mencari 'duit luar' untuk mempertahankan kuasa, kembali menjadi pujaan rakyat dari semua kaum.
Anjakan Tok Guru Nik Aziz mesti dilembagakan, dan bukan dalam bentuk individu. Selepas pemergian beliau nanti, kita harap doktrin kehidupan sederhana diterima pakai oleh pemimpin politik dan pegawai tinggi kerajaan. Rasuah dan cari 'duit luar' mesti dilawan dan meletakan nilai kebencian dari rakyat terhadap sesiapa yang berbuat demikian.
Bagi yang terlibat dengan perniagaan, adalah menjadi hak mereka untuk hidup cara pilihan mereka. Ini kerana mereka tidak secara langsung hidup di atas wang rakyat.
Setelah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba berbelanja secara berhemat wang kerajaan Pulau Pinang. Beliau sering menaiki kapal terbang dalam urusan kerajaan dengan menggunakan kelas ekonomi. Beliau menaiki pesawat tidak kira MAS, AirAsia atau Fire Fly. Exco kerajaan Pulau Pinang juga berbuat demikian.
Pegawai kerajaan Pulau Pinang digalakkan mengikut jejak langkah Ketua Menteri dan anggota Exco dalam perjalanan kapal terbang. Mereka sering menempah "Standard Room" hotel bagi menjimatkan belanja wang rakyat.
Pada 6 Ogos lalu, Lim Guan Eng mengumumkan belanja mengurus kerajaan negeri dapat dijimatkan sebanyak RM36 juta. Betapa besar wang mengurus dapat dijimatkan apabila pemimpin bersederhana dalam penggunaan wang rakyat.
Penjimatan itu lebih dari cukup untuk membantu golongan miskin tegar atau membantu sekolah agama rakyat. Saya harap contoh belanja berhemat yang boleh menyelamatkan $36 juta dapat ditiru di negeri-negeri lain.
Malaysia dan rakyatnya akan lebih mewah dan senang apabila rasuah, dan elemen cari 'duit luar' dapat dihentikan atau dikurangkan di kalangan pemimpin politik atau pegawai tinggi kerajaan.
Jumaat, 14 Ogos 2009
kembar seiras...
<----- sedar x sedar anak kembar ini sekarang sudah boleh berlari dan bercakap.... umur mereka sudah masuk 2 tahun. ketika gambar ini di ambil , umur mereka baru 3 bulan. anis humaira' dan kakak nya aisyah humaira'.....

<---- ini aku x pasti si adik ka si kakak, yg pasti ialah bapa nya,,, pon...hehehehehe..

<-----ini klu x slah aku adik .... anis.

<---- yg ni aku pasti lah... anis dan aisyah... keh2,

<-----aisyah ..... si comel...dgn tudungnya...sejuuuuk mata memandang... rindu aku kat dorang nie, maklum lah...paklong dorang dok bedrjauhan ....is is is is,,,,,
.
Rabu, 8 Julai 2009
Pesanan Ibrahim Adham
Oleh: ladydypc"
Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....
1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.
**Doa adalah senjata orang mukmin. Allah akan mengabulkan doa orang mukmin samada cepat atau lambat. Tapi untuk Allah menepati janjiNya untuk mengabulkan doa hambaNya,apakah hamba hambaNya benar benar menepati janjinya sendiri dengan Allah swt.
Apakah kita sudah menunaikan hak hak Allah? Apakah kita menjadikan Al Quran sebagai panduan kehidupan atau sekadar hiasan dinding?Apakah kita telah melaksanakan suruhan dan sunnah Nabi SAW sebagai tanda kecintaan padanya atau sekadar berarak di hari kelahirannya berkilometer jauh sedang akhlak dan sirah kehidupannya tidak dijadikan sandaran kita.
Apakah kita merasakan kita akan memasuki syurga Allah hanya dengan solat,puasa dan zakat sedangkan kita saban hari mengambil haq orang lain. Kita bermewah tapi mengabaikan anak anak yatim. Rumah kita besar tapi menidakkan hak orang orang miskin.Menjadi pemimpin orang Islam tapi kepimpinan kita tidak mengikut acuan Rasulullah.Membanyakkan syiar Islam tapi meninggalkan syariah yang diwasiatkan.
Apakah kita benar yakin dengan syurga dan neraka,sedang kita tidak mendidik isteri dan anak anak agar benar benar mentaati perintah Allah. Tidak berani menegur atau bertindak bila isteri dan anak anak melanggar perntah Allah samada dalam menutup aurat atau akhlaknya. Sedangkan doa anak yang soleh itu adalah bekalan kita di akhirat.
Semoga pesanan Ibrahim Adham akan benar benar menjadi obor penyuluh untuk meneliti kembali kesilapan dan keterlanjuran kita dan kembali bermuhasabah untuk meletakkan diri kita sebagai hambaNya yang beramal soleh.
Salam Ukhuwwah.
http://ummusumaiyahmenulis.blogspot.com/
Ahad, 21 Jun 2009
hari kenduri kawin di umah pihak pompuan...
sejoli di hari kenduri di sebelah pompuan....nie bergaya dlm blik pengantin nie..... ada plak pengarah tua dok ajaq posing..keh2.
nikaaaah jgak dia no....
nie bapok sekoq dok angkat kek depan pengantin.... sibuk....penyebok..mai tang mana pun x tau..tiba2 ada. berapa upah pun x tau tuan umah bagi.
tu dia aih..kek depa....tiga tingkat....sapa nk makn tu...larat ka depa dua nk makan...nmpak mcm sedap...tgok ja la...hu hu hu hu
nie pengapit belah pompuan...nama x tau...come jgak... keh3...yg tudung hitam tu ....sipu2 malu...control la kunuuun. maklum la...seribu mata dok tengok dia makan.... keh2
nie la bg. mie...dgn maknjang....control jgak tu .... nak tambah ka dak nie?.. malu jgak ...sedap pun ada....hantam ja la.... keh3..
pasangan sedang menjamu selera....sedap jagk mknan depa no...
pengapit pun sakan jgak dok makan...kalah2 pengantin...maklum laaaah... sedap..jarang2 dapt peluang mcm nie... di layan lagi tu....keh keh... abang mie pengapit penangantin lelaki dgn maknjang som.
minum2... jgn x minum pengantin oi... ka lekat tulang ayam?... keh3
adik akad nikah
nie masa di louaq masjid.... bakal pakmentua ..dok sign agriment pa pun tak tau... tinggai wasiat kot...keh2....dak pun bahagi harta...siap2... untung2 pengantin laki2 niee...