Memang aku buang undi
cuma untuk kalahkan kerusi
tapi sebaliknya telah terjadi
aku hilang sebuah negeri.
Bukan aku seorang saja
tanpa cakap tanpa bicara
rupanya rakyat seluruh negara
satu tujuan dan satu minda.
Rakyat lahir apa terpendam
tapi pemimpin buat tak faham
rakyat tegur terus dihentam
baik dari luar atau pun dalam.
Katanya mahu suara rakyat
di kertas undi diberi mandat
cukup signal serta isyarat
ramai pemimpin disuruh rehat.
Tiba-tiba dengan sekelip mata
di negeriku tinggal dua
di seberang jambatan habis kuasa
pulau pelancongan yang kaya raya.
Selepas angkat sumpah dimansuh DEB
merayu mengemislah anak negeri
supaya tidak dianak tiri
Pun pemimpin tak sedar lagi.
Bila lawan dapat mandat besar
tak guna lagi kita dok bertengkar
dah sampai tanda supaya beredar
sebelum bubur jadi nasi kandar.
Pengikut
Bendera Negeri Sabah
Mengenai Saya
- Ibnu Rashid
- Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
- Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi
kereta sewa pandu
Khamis, 20 Mac 2008
Seloka Oghang kalah
Rabu, 19 Mac 2008
Senarai ahli Parlimen PAS.
Oleh mazwandi"

PAS telah memenangi 23 parlimen didalam PRU yang ke-12 yang lalu. Disini dilampirkan nama-nama mereka yang telah memenangi parlimen dan insyaAllah akan menggegarkan dewan rakyat kelak.
1. P7 - Padang Terap (Kedah) -Ust Nasir Zakaria
2. P8 - Pokok Sena (Kedah) - Hj. Mahfuz Omar
3. P11 - Pendang (Kedah) - Dr. Mohd Hayati Othman
4. P12 - Jerai (Kedah) - Ust Firdaus Jaafar
5. P13 - Sik (Kedah) - Che Uda Che Nik (Cikgu Uda)
6. P16 - Baling (Kedah) - Ust Taib Azamuddin
7. P19 - Tumpat (Kelantan) - Dato Hj Kamarudin Bin Jaffar
8. P20 - Pengkalan Chepa (Kel) - Dato Abdul Halim Abdul Rahman
9. P21 - Kota Bharu (Kel) - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
10. P22 - Pasir Mas (Kel) - Dato Ibrahim Ali (bukan ahli PAS)
11. P23 - Rantau Panjang (Kel) - Siti Zailah Muhd Yusoff
12. P24 - Kubang Kerian (Kel) - Salahuddin Ayub
13. P25 - Bachok (Kel) - Ust Nasharudin Mat Isa
14. P28 - Pasir Puteh (Kel) - Ust Muhammad Husain
15. P31 - Kuala Krai (Kel) - Dr. Mohd Hatta
16. P37 - Marang (Terengganu) - Dato Seri TG Abdul Hadi Awang
17. P57 - Parit Buntar (Perak) - Dr. Mujahid Yusof Rawa
18. P59 - Bukit Gantang (Perak) - Hj. Roslan Bin Shaharum
19. P96 - Kuala Selangor (Sel) - Dr. Hj. Dzulkefly Ahmad
20. P101 - Hulu Langat (Sel) - Dr. Che Rosli Bin Che Mat
21. P108 - Shah Alam (Sel) - Hj. Khalid Abd Samad
22. P111 - Kota Raja (Sel) - Dr. Mariah Mahmud
23. P119 - Titiwangsa (KL) - Dr. Lo'lo Mohd Ghazali
dan ada satu ahli PAS tetapi bertanding atas tiket PKR;
24. P29 - Machang (Kel) - Saifuddin Nasution
Diharapkan, kesemua nama-nama mereka di atas ini menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT mengikut lunas-lunas Islam. Kemenangan anda semua adalah satu bebanan yang akan dipikul di akhirat kelak.
Selasa, 18 Mac 2008
Senarai Kabinet Dapur 2008
| Senarai penuh kabinet |
| Berikut adalah senarai anggota kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini: Menteri : Tan Sri Bernard Dompok Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Menteri : Datuk Ong Tee Keat Menteri : Datuk Ir Mohd Zin Mohamed Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri : Datuk Mustapa Mohamed Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad Menteri : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein <---- ? Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek Menteri : Datuk Shafie Apdal Menteri : Datuk Dr S. Subramaniam Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili Menteri : Datuk Ong Ka Chuan Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob Menteri : Datuk Liow Tiong Lai Menteri : Datuk Noh Omar Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said Menteri : Datuk Seri Zulhasnan Rafique Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas ![]() ![]() (Kabinet usaha cantas Najib) "Kabinet (ini) untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno," kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. beliau menambah, "mereka yang dikira rapat dengan Najib telah dicantas."Beliau juga mendakwa kabinet yang diumumkan tengah hari tadi "turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat" |
Aku pengundi yang tidak mengundi
Tiba saatnya 8 mac 2008, aku hanya dapat melihat shaja dri jauh perjalanan PRU-12 tu. Sms, email, call, smua web alternatif aku layari,,, awal pgi aku hbungi ayahnda ku tanya khabar, jawapannya x tau lagi, susah klu main dengan orang penipu, katanya. aku hubungi adik2 aku, ada harpan sedikit, itu pun 50-50, sb katanya undi pos ke -4 terbanyak di malaysia... aduuuuuhh... senak perut jgak rasanya.. aku hubungi sepupu abg. zam, dia pun belum mngundi lgi waktu itu,, susah mau cakap jugak bilangnya.
Aku hubungi adik aku yg ke 2.. tanya khabar ibunda pulak... "ok"... dia kata. mak mengundi di kg nya. aku kirim salam saja. ada harapan jugak.... "pondok panas dah jdi sejuk sb di bwah bulan" katanya...he he he ... aku hubungi lgi sahabat qarib di peghelih..... dia kata pongkang habih semua.... dibuatnya orang2 Pak Dan,,, "baguih lagi aku tidoq di umah" kata dia... kecewa saja bunyi nya... tak pa... aku bagi semangat kat dia... ehem... teruskan perjuangan... jangan cepat mengalah... walaupun dorang buat helah....
aku layari semua web termasuklah tranungkite.... harakahdaily..... malaysiakini.....KLpos....detikdaily..... semuanya memberi khabar berita yang kurang menyenangkan... satu khabar berita gempar...... berlaku rusuhan di rusila.... aku terus hubungi rakan di sna... katanya bukan rusuhan.... hanya drama penangkapan pengundi2 hantu sja... biasa lah mainan lama lapuk hampeh.... Anak TG Haji haji di tangkap bersma-sama pnyokong BA yg lain... Syabas...aku ucapkan... jgn biarkan mereka bermaharaja lela....
Sehingga petang itu aku setia bersama lektopku smbil layar web2 terkinie.... 1st berita aku dapat...... Nurul Izzah Menang di Lembah Pantai.... aku laungkan Takbiiiir....Allahuakabaaaar...
semangat aku naik kembali.... aku call adikku di Kg.... dia kata ada harapan... tapi belum ada laporan pengumuman dibuat....makin berdebar2 hati aku...... semua adik beradik ku berada di rumah pada malam itu kecuali ayahndaku yang setia bersama pejuang2 yang lain di luar sana... khabarnya dia berada di wisma darulaman..... (macam dah tau nak menang).....
Walaupun di sini aku tidak rasakan seperti PRU berlaku.... namun aku masih nampak beberapa poster dan kain rentang parti BA (keadilan & Dap) berkibar2 lesu. Yang Gah nya hanya Parti yg memerintah saja lah. aku tahu sab musabbabnya...... BN memang dah tahu dia akan menang mudah di sini... hanya RM200 sahaja..... 1 kapla.. sehingg 1 tin sardin pun sudah memadai untuk memancing rakyat. Masyaallah........itu harga nilai seorang ,manusia yang boleh di beli di sini... Namaun masih ada suara2 yang mahu perubahan, apakan daya, wang mngatasi segala2 nya...
Sehingga jam menunjukkan pukul 12 tgahmalam... satu persatu parti Be End kecundang.... Pulau Pinang..... kedah...... perak..... selangor..... kelantan.....tumbang semua..... Allaaaahu akbar... menitis air mataku ketika itu.... Aku terus hubungi Ibundaku .... sambil ucapkan tahniah.... perjuanagan nya selama ini tidak sia-sia.
Tepat pukul 1 pagi... adik ku sms mengatakan mereka dah keluar menuju ke wisma darulaman
untuk merayakan kemenangan PAS kedah. Namun aku menasihati supaya berhati2...jangan terlampau seronok.... ketika ini musuh sentiasa mencari peluang untuk membuat provokasi jahat mereka.... Apa pun keadaan terkawal.... mereka diarahkan pulang beristirehat di rumah masing2... dan pucuk pimpinan menyuruh semua rakyat melakukan solat syukur....Amiiin...
Aku bersyukur dengan kemenangan itu Barisan Rakyat...
Ini lah negeri yang aku idam-idamkan untuk menyinarkan cahaya Islam
KEDAH DARULAMAN
Tempat mgundi: N26 tanjung dawai (PAS) ....P14 Merbok(PKR)
keputusan yang di nanti -nanti kan
Jumlah Pengundi: 64,659 Peningkatan jumlah pengundi:
-->Peratusan Kaum: M:65.66% C:16.06% I:17.32% B/Sab: % B/Swk: % L:0.96%
1. Datuk Rashid Din (PKR) (25,541)
Majoriti: 3,098 Jumlah undi: 49,322 Peratus mengundi: 76.28% Undi rosak: 1,338
Penyandang: Datuk Zainuddin Maidin (BN)(Majoriti: 15,162 undi)
N26 TANJONG DAWAI
Jumlah Pengundi: 29,589 Peratusan Kaum: M: 80.80% C:12.94% I: 5.37% B/Sab: % B/Swk: % L:0.89%
1. Dr. Hamdan Mohamed Khalib (Pas) (11,497)
Majoriti: 79 Jumlah undi: 23,533 Peratus mengundi: 79.53% Undi rosak: 618
Penyandang: Datuk Arzmi Hamid (BN)(Majoriti: 5,151 undi)
N25 BUKIT SELAMBAU
Jumlah Pengundi: 34,977 Peningkatan jumlah pengundi:
-->Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% B/Sab: % B/Swk: % L:1.02%
1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
Majoriti: 2,362 Jumlah undi: 26,450 Peratus mengundi: 75.62% Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)
Aku bangga
Sunday, March 9, 2008
Pilihanraya Umum Ke-12
Dewan Undangan Negeri Kedah N.26 Tanjong Dawai
Buat kali pertama dalam sejarah, PAS telah berjaya merampas kerusi DUN N.26 Tanjong Dawai dalam Pilihanraya Umum Ke 12 apabila YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib telah menewaskan Dato' Arzmi Hamid dengan majoriti tipis 79 undi setelah melalui sat-saat membimbangkan menunggu keputusan undi pos yang keempat tertinggi di Malaysia.
Bersama sebahagian jentera "This is the time to change..."
Dijulang oleh penyokong dari kalangan orang india..
Bersama Dato' Rashid Din P15 Merbok (PKR) dan
P. Arumugam N.25 Bukit Sekambau (Cap Kunci)
Berdebar menanti keputusan undi pos setelah mendahului BN dengan 1500 lebih undi
Sebahagian petugas bangsai panas
Suasana disalah sebuah pusat mengundi
Langkah awal menuju negeri berkebajikan
Monday, March 10, 2008
Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah
PEMERINTAHAN BARU: Azizan menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru daripada Sultan Abdul Halim pada Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah di Wisma Darulaman, semalam. "Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas," tegas beliau lagi.
Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.
Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mr

