Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Isnin, 9 Mac 2009

musim langging bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Alhamdulillah bersyukur sekali lagi kepada Allah Ta'ala kerana di beri pinjam semula nyawa pada hari ini untuk meneruskan kehidupan kita pada hari ini. Pada kali ini aku dapat menguploadkan gambar2 yang diambil ketika aku dan rakan2 sekerja pergi memancing.
Pada 07/03/2009 pada pukul 6.15 pm aku bertolak dari rumah ke kg.kebagu menggunakan kereta. sampai di kg. tersebut lebih kurang jam 6.40 dan aku terus ke rumah rakan untuk solat maghrib. Di sana rakan tadi sudah menunggu aku sejak dari jam 6pm lagi.selesai kami mnyediakan peralatan uuntuk memancing, tepat jam 8.30 malam kami bertolak lah ke kawasan pengkalan tentera Laut telok sepanggar. kami menggunakan sebuah perahu yang boleh memuatkan lebih kurang 8 hingga 10 orang. Pada malam itu kami hanya ber-6 sahaja.
Mengikut pandangan salah seorang orang lama di kampung itu bahawa pada waktu ini ikan langging baru bermula dan mungkin ikan tersebut masih sedikit, namun kami mahu mencuba jugak nasib pada malam itu. betul apa yang di kata langging pada malam tu amat tidak mematuk, keh keh keh.
Pada malam itu (ni bukan nak takabbur lah ye) nak di jadikan cerita saya pulak orang pertama yang mengangkat naik langging tu. he he he he,,,,gambar di bawah sebagai bahan bukti...
dengan gaya nya aku....(baru seko)tapi apa pun rekod aku masih pegang la...dari tahun lalu...orang pertama angkat naik langging (dgn member2 aku ja la)saiz agak besar jugak tu....lebih kurang 12kilo-11.20=800gram la...


dan beberapa gambar lagi yang aku ambil ketika memancing langging pada malam itu....


aku ni la...


hensem tu x la... muka lapo..kik kik kik..

time tido nie,,,,



dan lagi......

kaki aku tu...acu tengok ada gulong tangsi tu...tengah tunggu langging la mematuk la....
melimpang pukang menunggu langging mematok...
sedang memotong umpan langging...nama? aku pun x ingat..keh keh keh.
sedang memasang lampu ...champion nie orang (nakhoda bah dia)
mohidein dari arah belakang perahunya.

kami memancing sehingga jam 2 pagi, ada jugaklah dikalangan kami yang dapat, itu pun saiz yang agak kecil. Ini mungkin musim nya belum betul2 banyak. dan pada mlm tu pun bulan terang bangat. tepat jam 1pagi aku berhenti memancing untuk pergi berjumpa dgn Allah (dalam perahu tu gak la) -isyak la tu- he he he .... lebih kurang jam 3.30 pagi mata aku mula berpinar2 dan pinggang pun sakit2 dah, maklum lah, lama sangat tunggu. aku pun tertidur di atas pukat yang aku duduk tu, ni gambo nya....
nampak kaki je....hi hi hi....lebih kurang jam 5.15 sahabat aku tuan perahu mengejutkan aku untuk solat subuh. aku pun pa lagi dgn muka yang macho bangun ambil wuduk..."pui"...masin btoi bila ayaq laut tu mencecah lidah aku..semua rakan2 yang tido terbangun kerana terkejut dangar jeritan aku,,,keh keh keh.. psiko je tu .. bukan pa nak suruh semua bangun la sama2 solat subuh. selesai solat subuh kami pun mula mengemas barang2 untuk menuju ke karambunai lbih kurang jam 5.45am.
Semasa di dalam perjalan ke sana , berkumat kamit mulut aku membaca doa'... almaklumlah penakut kata kan....oi sapa x risau woi..bini dok tunggu di umah tu...sampai ja di sekitar karambunai resort kami berlabuh seketika, di sana lah aku nampak pemandangan yang amat cantik Ciptaan Allah, ( mata hari sedang menjengah di sebalik gunung kinabalu)...gambo nanti jap nak uploude...ha nie dia...cantikkan?...
Subhanallaah....sungguh indah ciptaannya.(gambar dgn Nokia N95 je 5megapixel).
Disana kami meninjau2 di sekeliling kalau2 ada gerombolan ikan yang timbul di permukaan laut, maka akan ada lah rejeki kami . Namun semuanya itu adalah kuasa dari-Nya. sambil2 meninjau, salah sorang dari kami memasang pancing untuk memancing sotong, nak jadi rezekinya dapat lah seko sotong bersaiz penumbok aku nie,,,mana gambo nya nie,... jap nak cari...x jumpa la ..nti aku uploader kat sini no.
lebih kurang setengah jam begitu kami pun pusing balik menuju ke kawasan pengkalan Tentera laut sambil2 meninjau kalu2 ada kelompok ikan di sana. di sini aku dapat melihat ramai para nelayan sedang berkeliaran mencari nafkah. mereka dari kalangan nelayan2 bot kecil yang menangkap ikan secara ->meliun->betul ke tu die?. (bahasa bajau kot nie) aku denga mcm tu la depa sebut. aku amat tertarik dengan gaya ragam nelayan2 tu, berkejar2 apabila mereka nampak kumpulan ikan naik ke permukaan untuk membuang pukat mereka. ---> kira sapa cepat dia punya la tu.
Kami hanya menunggu dan lihat sahaja, kata kawan aku , kita tunggu ja"..ada tu nanti rejeki kita"..'aku dgn suara yang sinis.." huh.." he he he ...nak tahu napa?...sang mentari makin galak naik, pancaran cahayanya ...masyaallah...amat terik,perit,bahangnya. manaa la nak tahan..woi.. inilah 1st time aku ikut..mcm nk terjun ja dalam air tu...(taktahan panas beb).tapi pa kan daya takut aku menyelubungi jiwa. dalam tuuuu.....Diam2 ja la...
Perut mula berirama...dangdut? raggae? pop? buley? rock? ,,,,, mcm2 adaaa. jam mnunjuk pukol 9am, ikan masih belum timbol2, cakap2 mula bunyi dari bibir aku..."lapar la pullak kan dee?"...he he he ..."sabar kau"..kata nya,"ada ni ikan kita"... aku pun diam sajalah. hehehehehe....gambar? x dak...lebih kurang jam 9.30am. injin bot di idupkan, dlm pikiran aku, mna lagi la depa i nk bawak aku pu? x lapaq ka perut depa nie...? perut cap apa pun x tau?..." itu lah yang aku pikir. Tp mereka mcm memahami aku ...kapla perahu menghala ke arah Kg. Kebagu...hati aku dah syoq nie, yahoooooo...leh jumpa bini aku yang aku tinggai semalaman. hehehehe..
dengan kekuatan kuasa kuda 40, perahu tu pun membelah ombak menuju ke tepi pantai di mana tempat kami bertolak semalam. dalam masa 20 ke 25 mnit kami pun sampai di tepi pantai dan berlaboh....Aku bersyukur kerana selamat sepanjang misi aku dan rakan2 bermain ombak semalaman. Itu sahaja coret2 aku tentang malam bersama langging.
Wallahua'lam.
jumpa lagi.
ada komen?
belasah je...

Tiada ulasan: