Written by Admin |
Friday, 09 April 2010 21:39 |
Oleh: FAIZAL OKADAU SETELAH sekian lama, Padang Majlis Perbandaran Sandakan menjadi medan anak-anak PASTI, Zon Sandakan menampilkan bakat dan keupayaan mereka dalam bidang sukan, kini Komplek Sukan Sandakan menjadikan sukaneka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kompleks Sukan Sandakan dipenuhi dengan pelajar PASTI, ibubapa dan para penjual yang menyertai dan menyaksikan sukaneka PASTI yang melibatkan 13 buah PASTI dari Sandakan dan Kinabatangan. Berbagai acara telah diatur oleh pihak penganjur yang melibatkan penyertaan pelajar PASTI, ibubapa dan orang ramai. 7 tahun ke atas disediakan pertandingan melukis dan mewarna. Manakala untuk golongan dewasa pula mereka dilibatkan dalam pertandingan menganyam ketupat, menendang bola menggunakan tumit, menimbang takraw dan pertandingan tarik tali. Pertandingan tarik tali dewasa telah dimenangi oleh pasukan ibubapa PASTI Darul Ulum, Kinabatangan manakala pelajar PASTI Darul Ulum muncul naib johan pertandingan tarik tali setelah tewas kepada PASTI Saidina Osman. Timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah, ketika merasmikan sukaneka PASTI Sandakan ke 10 mengucapkan terima kasih atas sokongan ibubapa yang sanggup hadir atas usaha sendiri untuk menjayakan sukaneka PASTI kali ini. Menurut beliau lagi, sukaneka dan PASTI itu sendiri telah berjaya menyatukan pelajar dan ibubapa sekalipun berbeza latar belakang, sosial ekonomi, politik dan sebagainya. "Program sukan yang mengutamakan budaya Islam patut diterapkan sejak rebun (kanak-kanak pra sekolah) lagi bagi membuktikan Islam agama yang lengkap dan menyeluruh. Penekanan dan pembudayaan diharapkan akan terbawa-bawa hingga ke sekolah rendah ". Sementara itu, Haris Bahar selaku Pengarah Program mengharapkan sukaneka ini akan dapat mengukuhkan ukhuwah dan jalinan saliturrahim yang erat antara seluruh warga PASTI. Program ini juga diharapkan dapat dimunafaatkan demi menjana kualiti diri anak-anak PASTI. |
Last Updated on Friday, 09 April 2010 22:14 |
Pengikut
Bendera Negeri Sabah
Mengenai Saya
- Ibnu Rashid
- Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
- Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi
kereta sewa pandu
Sabtu, 10 April 2010
SUKANEKA ‘PASTI’ SANDAKAN MERIAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan