Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Sabtu, 6 Disember 2008

Rahsia kelebihan Solat Tahajud

Tazkirah Oleh mindataqwa

" Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.


Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi

Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpha.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.


وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .

sumbangan artikel blog cahaya akal http://mindataqwa.blogspot.com .Berusahalah mencari rezeki yang halal.
"

Rabu, 3 Disember 2008

HUKUM MENGGUNAKAN ALAT-ALAT BANTUAN UNTUK TUJUAN HUBUNGAN KELAMIN

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-70 pada 29 September 2005 memutuskan bahawa adalah harus menggunakan alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin. selagimana ia tidak memudharatkan dan tidak najis


KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 6/2005 pada 15

November 2005 telah memutuskan bahawa harus menggunakan alat-alat -bantuan untuk tujuan hubungan kelamin bagi suami dan isteri dengan syarat-syarat seperti berikut :

i Tidak mendatangkan kemudharatan dari segi fizikal ataupun mental sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang

ii. Alat yang digunakan bukan dari bahan yang najis

iii. Hendaklah persetujuan bersama di antara suami dan isteri

iv. Digunakan untuk tujuan kebaikan bagi perkara yang diharuskan oleh syara’ sahaja

Jumaat, 26 September 2008

Mencari Lailatulqadar yang belum ditemui

LanH
Thu | Sep 25, 08 | 6:13:13 pm MYT

Ramadan berbaki beberapa hari lagi. Lima, 4, 3, 2, 1 dan Aidilfitri. Akhirnya Ramadan yang penuh barakah, jaminan pengampunan dan pembebasan daripada api neraka itu meninggalkan kita. Sebelum Ramadan ini berakhir, tiba-tiba terlintas di hati saya untuk mengisi kolum ini yang saya sudah tinggalkan sejak dua bulan lalu.
Iklan




Tentunya saya beralasan sibuk sejak Harakah terbit dua kali seminggu sejak pertengahan Ogos lalu. Tetapi pada akhir Ramadan ini, dalam kesibukan itu saya teruja membuat sedikit bakti dalam dunia penulisan ini, moga-moga ia ada manfaatnya dan dapat menolong saya di alam sana.

Kesedaran menulis datang selepas saya mendengar tazkirah zuhur hari ini (25 Ramadan/25 September). Pada kuliah itu, ustaz terbabit menyatakan jika keseronokan atau keasyikan Ramadan sudah menguasai jiwa barulah puasa kita membawa erti. Jika tidak, dikhuatiri puasa kita hanyalah sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau lebih tinggi sedikit iaitu menahan anggota diri daripada perkara-perkara bukan hak.

Bagaimana mahu mendatangkan keasyikan Ramadan? Ustaz itu mengkiaskan tingkah laku seorang peminat bola sepak, katakan penyokong tegar Perak. Penyokong ini bekerja di Kuala Lumpur, tetapi kerana fanatiknya kepada pasukan Perak, di mana saja ada perlawanan membabitkan pasukan ini , akan dihadirinya. Jika pasukan Yob ditakdirkan bermain di Pulau Pinang, peminat tegar ini akan melakukan apa saja supaya dia dapat ke sana.

Kalau perlu menipu untuk mendapat cuti, dia akan lakukan. Kalau tiada kenderaan, yang ada cuma sebuah motosikal Cup, dia sanggup menunggang dari KL ke Ipoh atau Pulau Pinang. Panas, hujan malah sakit, tidak dipedulikannya. Yang penting dia mesti menyaksikan pemain Yob beraksi. Cintanya kepada pasukan Yob sudah menjadikan dia begitu. Dia sudah asyik dengan dunia bola dan Yobnya.

Bagaimana mahu asyik dengan Ramadan? Ini soalan sukar dijawab. Ustaz itu berkata, orang yang sudah asyik mahsyuk dengan Ramadan, tidak peduli apa lagi. Kuih raya ke, baju raya ke, duit raya ke, semuanya tidak ada dalam kamus mereka. Sebaliknya mereka cukup cemas dengan ibadat dan penghambaan terhadap Yang Maha Kuasa kerana Ramadan semakin hari semakin menuju penghabisan, macam 'countdown' 5,4,3,1 dan Aidilfitri.

Demikianlah, orang yang asyik dengan Ramadan berasa sedih kerana ia akan berlalu. Tetapi kita ini, termasuk saya sebagai orang awam bagaimana pula? Kita pun tidak sabar dengan 'countdown' 5,4,3,2,1 tetapi akhirannya akan berbunyi 'Hip-hip horee, hip-hip horee, Esok hari raya!' Itulah saya dan sebahagian kita pada era 'jahiliah' (semasa zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa) dulu, tetapi kini saya mulai termenung memikirkan betapa tersasar jauhnya kita dalam menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.

Saya mula tercari-cari Lailatulqadar yang tidak pernah saya temui. Macam mana hendak jumpa sebab saya sama seperti sebahagian besar generasi baru dibesarkan dalam suasana tidak menjuruskan ke arah itu. Ini kerana pengertian Ramadan dan Aidilfitri terpesong terlalu jauh daripada apa saya fahami sejak merajinkan diri menghadiri tazkirah dan kelas-kelas pengajian di masjid sejak beberapa tahun lalu. Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya. Dan saya sebagai seorang Melayu terikut-ikut dalam budaya yang berat untuk saya katakan sonsang ini.

Permulaan Ramadan adalah barakah Allah SWT. Tetapi orang Melayu dan kini menjangkiti orang Malaysia, Ramadan bermakna bulan pesta - daripada pesta makanan kepada pesta membeli belah. Tataplah akhbar, terpapar kisah makanan dan penyediaan makanan. Gerai menjual makanan muncul di sana sini. Kisah ayam percik, kisah tahi itik, semuanya mewarnai Ramadan.Seolah-olah Ramadan itu pesta makan sedangkan puasa itu bermakna tidak makan.

Tidak cukup dengan itu muncullah buffet Ramadan di restoran, di hotel. Makan dan makanlah. Ramadan adalah untuk menahan nafsu termasuk mengekang makan dan minum tetapi Ramadan nampaknya adalah bulan untuk memuaskan nafsu makan. Kalau pada siang hari nafsu itu tidak dapat dipuaskan, tidak mengapalah, pada malam hari ia boleh dipuaskan, sepuas-puasnya.

Kemudian muncul pula bazar Ramadan, pasar Ramadan, 'sale' Ramadan dan bermacam-macam lagi perkara yang dikaitkan dengan Ramadan. Ramadan itu adalah untuk mengekang nafsu, tetapi nampaknya Ramadan adalah bulan untuk memuaskan nafsu. Nafsu membeli memuncak pada Ramadan, set perabot yang tidak pernah bertukar boleh bertukar pada Ramadan, langsir yang ok ditukar juga pada Ramadan, peti sejuk yang ok pun ditukar baru, kereta yang ok jadi tak ok pada Ramadan kerana mahu ditukar; malah rumah pun kalau boleh mahu ditukar Ramadan ini.

Pemimpin dan pemerintah menggamatkan lagi suasana. Ada yang mahu menjual puasa dan raya sebagai bahan promosi pelancongan. Mereka suruh orang luar datang, tengok apa orang Melayu buat pada bulan mulia ini. Mereka tidak suruh orang Melayu meningkatkan amal ibadat dan penghayatan terhadap bulan mulia ini supaya orang luar tertarik dengan Islam, tetapi mereka menyuruh orang Islam melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam seperti memasang pelita, sibuk dengan majlis makan-makan dan menganjurkan majlis di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul.

Seorang pemimpin sebuah negeri di selatan tanah air, dalam mempromosi aspek pelancongan, mengerahkan penduduk kampung memasang pelita, sebuah kampung dilaporkan menang dan mendapat hadiah lumayan selepas kira-kira 40,000 pelita menerangi kawasannya.

Bayangkan berapa banyak kos diperlukan dan apa yang dapat dikatakan tentang perbuatan membazir amalan syaitan ini? Seorang uztaz mengingatkan pemasangan pelita dengan niat dan pandangan terpesong misalnya percaya ia boleh memudahkan arwah saudara-mara kembali ke rumah masing-masing adalah perbuatan syirik dan merosakkan akidah. Orang taat sibuk dengan solat dan mengenang dosa diri dan nasib dalam kubur, ada penduduk kampung termasuk veteran sibuk bermain cahaya ribuan pelita tujuh likur.

Ketika ini pada ketika segelintir insan bertakwa menangisi Ramadan yang akan berakhir tidak lama lagi, ada kumpulan-kumpulan tertentu bertungkus-lumus menyiapkan program-program lara atas nama kemuliaan Syawal untuk disiarkan di skrin-skrin televisyen. Maka sepanjang raya, terpancar dan berkemundanglah segala program hiburan terutama nyanyian, tidak henti-henti 24 jam sehari.

Berakhir Ramadan, pesta makan-makan berlanjutan, sebulan lamanya. Yalah, kata mereka Syawal itu sebulan lamanya. Jadilah orang Melayu berpaksi kepada makan minum, berpesta, berhibur; pengajaran Ramadan tidak langsung melekat di hati mereka.

Bagi anak-anak inilah Ramadan dan Aidilfitri yang mereka ketahui. Mereka didedahkan perkara ini tahun demi tahun; melepasi usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Kalau tidak kesedaran, kemungkian mereka membawa konsep salah ini hingga ke liang lahad.

Mungkin pada usia tua seperti saya ini barulah timbul sedikit kesedaran bahawa Ramadan dan Aidilfitri yang bermati-matian kita raikan itu adalah tersasar daripada kehendak Islam. Islam tidak menyuruh kita bergolok gadai memenuh dan mengisi nafsu menyambutnya tetapi ada peraturan, tata cara dan disiplinnya.

Tujuan Ramadan adalah untuk menghasilkan insan bertakwa dan tawaran Allah SWT, menjanjikan pengampunan dan bebas daripada api neraka sewajarnya menjadi buruan setiap Muslim.

Itulah yang baru saya ketahui sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya termenung memikirkan betapa sesat dan songsangnya saya selama ini. Mungkin itu antara sebab mengapa Lailatulqadar yang saya cari, belum terjumpa lagi. - Artikel lain penulis boleh diakses di Lanh14.blogspot.com _
Masa untuk menyertai PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tue | Sep 16, 08 | 2:41:30 pm MYT

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.
Iklan




Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormati.

Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,

� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,

� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Marilah bersama-sama menyertai PAS!

16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Rabu, 10 September 2008

Saya tak pengaruhi Tok Guru Nik Aziz'

Intan Abdullah
Tue | Sep 09, 08 | 12:26:42 pm MYT
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Anual Bakri Harun terkenal dengan wataknya yang santai dan berkarektor seni. Beliau juga turut aktif sebagai penulis buku yang kini banyak menghasilkan karya terutamanya mengenai pemikiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Iklan



1. Anda minat bidang seni tapi bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada seorang tokoh ulama dan ahli politik yang begitu disegani sangat. Nampak semacam ada kontradiksi?

Kecenderungan terhadap seni bermula sejak ingatan ini diberikan Allah. Saya berasa selesa dengan apa sahaja yang indah dilihat, didengar, dilihat, dirasa, disentuh. Kebetulan Islam itu indah, dan sesungguhnya Allah juga cantik dan sukakan keindahan. Sesungguhnya ia merupakan suatu anugerah Allah yang tidak dapat dinafikan malah ia adalah fitrah kepada manusia yang menyukainya. Allah menciptakan bunyi-bunyian sebagai sebahagian daripada anugerah-Nya bagi menyentuh hati manusia, yakni tempat bertakungnya pantulan yang bersifat seperti cermin.

2. Imej anda yang berambut panjang, berpakaian ala-Barat seperti mengenakan sepasang kot ketika mengiringi Menteri Besar Kelantan menimbulkan tanda tanya sesetengah pihak.

Imej saya? Jika ada pihak yang merasa sangsi dan curiga dengan penampilan ini akan mendatangkan fitnah kepada PAS, atau ada pada kecenderungan seni, ia ada dalam keadaan paradoks bahkan pada suatu ketika saya tidak boleh berkompromi dengan seni yang ada pada diri saya.

Malah saya lebih mudah memahami apa yang indah, walaupun ada yang beranggapan ia mungkin akan merosakkan tetapi saya masih bersama dengan semangat Islam yang bersifat indah.

Saya tidak menolak ia boleh jadi haram ataupun harus hukumnya. Namun sekiranya ia melalaikan dan mengarah kepada maksiat maka ia lebih menekankan nafsu semata-mata. Di sinilah saya bersifat selektif agar tidak memberi pilihan kepada terlalu berat ke arah hedonisme.

Inilah cabaran kepada para seniman dan Paksi Rakyat bagi menyumbang sesuatu kepada seni memandangkan tidak ramai individu di dalam gerakan Islam boleh menangani golongan ini. Saya berpandangan bahawa kesenian dalam Islam tidak hanya menumpukan kepada tilawah al-Quran dan nasyid sahaja. Ia lebih luas daripada itu

3. Anda pengumpul karya tok guru bagi membukukannya. Banyak buku dikatakan ditulis dengan nama anda dan mengapa anda tidak bertanding pilihan raya?

Tiada istilah kepuasan dalam kehidupan bagi mengembangkan kreativiti. Saya akan meneruskan kerja-kerja penulisan kerana saya percaya ia sebahagian daripada keindahan yang saya minati.

Saya suka bahasa yang indah-indah bagi menyampaikan mesej yang tidak putus-putus daripada riwayat tok guru. Dalam buku karya tok guru, walaupun ia bukan sepenuhnya dikarang oleh tok guru, saya hanya membantu membahasakan karya asal beliau supaya mudah difahami maksudnya oleh pembaca dan dibuat panduan serta pedoman.

Sememangnya saya telah membuat keputusan tersebut sejak awal kerana bagi saya ia memerlukan suatu tempoh bagi menghasilkan karya, tetapi ia memerlukan seluruh masa dan komitmen bagi menjadi seorang wakil kepada rakyat. Saya perlu berikan seluruh masa saya untuk memikul amanah tersebut.

4. Banyak persepsi yang menyebut kenyataan tok guru terlalu dipengaruhi oleh anda? Tiadalah saya melakukan sedemikian melainkan beliau jualah yang sedang memimpin saya. Ini bermaksud bahawa saya adalah sebagai pengikut kepada pemimpin.

Saya telah duduk bersama beliau sepanjang 10 tahun sebagai Setiausaha Politik dan selama tempoh itu jugalah kami bertukar-tukar fikiran serta berkongsi pendapat. Malah ada juga masanya kami berselisih pendapat.

Maklumlah, saya mempunyai latar belakang pendidikan yang tidak sama dengan beliau yang sepenuhnya berteraskan agama. Saya menerima bahawa ditakdirkan Allah berkhidmat dengan tok guru.

Saya menganggap ia merupakan ujian dan tuah kepada saya, bahkan ada ketikanya saya memberikan teguran kepada beliau. Namun beliau begitu terbuka dan berlapang dada terhadap sebarang pandangan dan teguran tersebut. Saya juga sekadar 'double check' pandangan tok guru selain mengingatkan beliau apa yang diminta sebelumnya.

Isu saya menulis semula ucapan daripada kuliah dan kenyataan beliau, saya hanya membantu dari sudut bahasa sahaja agar ia mudah difahami pembaca.

5. Pandangan anda, siapa yang layak menggantikan tok guru kelak?

Ia harus merujuk kepada rakyat yang majmuk selain indivdu tersebut hendaklah seorang yang boleh diterima umum, memahami realiti, kehendak dan keperluan semasa.

Cabarannya adalah supaya ia dapat dinikmati oleh semua golongan yang berbeza. Secara keseluruhannya saya melihat orang itu harus memiliki dua ciri iaitu berpengetahuan Islam serta tahu keperluan yang relevan dengan sasaran masa dan rakyat di sesuatu tempat.

Pada saya, tok guru merupakan satu-satunya ulama dan tok guru yang mempunyai wilayah pemerintahan yang telah diterajui selama 18 tahun. Beliau telah membuktikan bahawa Islam boleh memerintah.

Ia suatu perkara yang tidak mudah, terus terang saya katakan bahawa orang itu perlu memiliki wawasan untuk Islam dan ummah seluruhnya. Sesiapa saja orang itu, harus tepuk dada dan tanya iman. - mr

Semoga kita dinaungi di bawah pimpinan ulama

Roslan Shahir
Mon | Sep 08, 08 | 9:23:21 am MYT
Bulan Ramadan ini sesungguhnya adalah bulan terbaik untuk bermuhasabah. Dalam keadaan berlapar dan berdahaga maka wajarlah kita bawa hati kita untuk mengkaji semula tindakan dan perbuatan kita selama ini apakah ianya telah memberikan manfaat dan faedah khasnya buat Islam ataupun kita rupa-rupanya selama ini berada dalam keadaan merugi dan membawa padah kepadanya. Iklan



Memang sukar untuk berterus terang walaupun terhadap diri sendiri, tetapi mudah-mudahan keberkatan Ramadan akan mencetuskan keikhlasan sehingga membawa kita untuk mudah berterus-terang dan meneropong diri tanpa prejudis.

Di bulan inilah kita perlu mencuri peluang untuk banyak membaca dan mengikuti kuliah dan program agama bagi memantapkan kefahaman agama kita disamping memperbanyakkan membaca al-Quran, bersolat sunat, beriktiqaf dan berdoa.

Ia laksana suatu persediaan bagi membolehkan kita mengharungi dengan jayanya bulan-bulan berikutnya di luar Ramadan nanti. Mengkoreksi diri setelah bermuhasabah adalah latihan paling mulia jika kita mampu melalui dan melaksanakannya.

Kalau sebelum ini kita berselisih pandangan, berlainan fikiran berhubung kaedah dan pendekatan, bercanggah fikiran, maka di bulan yang Allah perturunkan al Quran inilah sepatutnya kita bersedia membongkar kembali segala-galanya, serahkan penyelesaian kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w., berdasarkan firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dikalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalams esuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya" (an Nisaa: 59)

Dan siapakah jika tidak yang lebih baik untuk kita gantungkan penyelesaian tadi selain mereka yang ahli di dalamnya. Tidakkah Rasulullah saw telah berpesan kepada kita bahawa ulamak itu adalah pewaris para Nabi.

Dalam ketiadaan Nabi dan Rasul maka ulamak Islam yang ikhlas dan beramal dengan ilmunya itulah yang sewajarnya menjadi rujukan kita, tanpa menafikan ada juga ulamak yang sebaliknya yang harus kita berwasapada darinya.

Bagi yang beramal dengan ilmunya dan menjiwainya pula itulah maka Allah telah meletakkan mereka pada makam yang istimewa dari kita yang awam ini. Tidak, mereka tidak maksum tetapi mereka dicampakkan dengan kelebihan dekat pada Allah lantaran ilmu dan amalan mereka itu. Allah SWT berfirman (Faatir : 28):

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulamak. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun'"

Ulamak jenis ini adalah murrabi, mu'addib dan rabbani. Murrabi dalam ertikata mereka berusaha meningkatkan ketaqwaan kita bagi menagih janji Allah dalam Al Quran iaitu untuk mendapat pembelaan-Nya dan untuk memperoleh kesejahteraan dunia dan Akhirat.

Mu'addib pula iaitu pendidik yang mendidik kita sebagai manusia yang benar-benar beradab, sama ada beradab dengan Tuhan mahu pun beradab dengan manusia atau makhluk. Manakala Rabbani pula adalah mereka ini dekat dengan Allah, llmu mereka langsung diberi oleh Tuhan. llmunya bukan sahaja dimiliki, malah diamal dan dihayati.

Lantas dalam dunia yang serba penuh dengan pancaroba dan dugaan ini, selain kita bergantung hidup pada fakta, ilmu dan logik akal, sebagai seorang Muslim, kita terikat untuk tidak melepaskan diri dari tali ikatan kita dengan Allah SWT. Bagaimana caranya jika tidak kita berada bersama para ulamak dalam setiap suasana dan ketika. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan jalan dan laluan, kini terpulanglah kepada kita untuk memilihnya ataupun tidak.

Allah SWT berfirman (al Ahzab: 1-3), Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.

Dan ayat-ayat Allah ini diakhiri dengan ayat ke 4 yang berbunyi:

(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.

Saya berpeluang mengikuti kuliah subuh yang dipimpin oleh Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh pagi tadi yang telah menghurai dan menjelaskan dengan sungguh terperinci ayat-ayat di atas. Lalu apabila saya pulang sempat saya mendapatkan Tafsir al Jalalayn yang menghuraikan ayat ke 4 diatas sebagai:

Allah tidak meletakkan dua hati dalam tubuh mana-mana manusia. Ayat ini bermaksud menafikan tohmahan golongan musuh yang kononnya mereka memiliki dua hati lantas melaluinya mereka dapat berhujah lebih baik berbanding Muhammad yang punya hanya satu minda.

(God has not placed two hearts inside any man: [this was revealed] in order to refute those disbelievers who said that they each had two hearts with which they could reason better than Muhammad's single mind)

Mudah-mudahan kita terus diberi peluang untuk bernaung di bawah para ulama yang seumpama ini. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, selamat menjalankan ibadat puasa Ramadan.

(Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS)

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sat | Aug 30, 08 | 7:53:59 am MYT
Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini. Iklan



Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.

Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.

Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.

Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.

Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.

PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.

Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.

Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.

Presiden PAS_

Selasa, 1 April 2008

Kita Boikot Barang2 keluaran Belanda

Monday, March 31, 2008
Kenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Berhubung Isu Penayangan ‘FITNA’ Yang Menghina AL-Quran.



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan penayangan filem FITNA oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang – terangan menghina Al – Quran.

Tindakan biadap dan keji ini merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia dan perlu dikutuk oleh semua masyarakat Islam di negara ini. Tindakan tidak bertanggungjawab serta boleh mengeruhkan keamanan dunia dan perhubungan di antara agama ini perlu dibantah oleh masyarakat pengguna Islam.

PPIM bersama dengan ahli Majlis Permuafakatan Antara NGO (MAPAN) menggesa masyarakat pengguna Islam di negara ini melancarkan boikot terpilih produk keluaran Belanda bagi menyuarakan bantahan secara aman terhadap penghinaan serta provokasi ke atas agama Islam.

Boikot terpilih ini diharapkan akan berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada pihak yang berkenaan agar tidak melakukan perkara yang biadap ini kepada sesiapapun dan belajar menghormati sesama manusia demi mewujudkan masyarakat dunia yang cintakan keamanan.

Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips akan membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta membantah tindakan biadap serta terkeji ini.

Kempen boikot terpilih ini adalah juga sebagai tanda protes terhadap Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang jelas menghina Islam secara terang – terangan. Tiada gunanya kita bersikap agresif bagi menyuarakan bantahan tetapi PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas bahawa jangan mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam. Justeru, masyarakat pengguna Islam di Negara ini perlu bangkit dan lebih bijak mempertahankan hak dan maruah kita dengan bijaksana.

Masyarakat pengguna Islam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung produk keluaran Belanda dengan melayari laman web PPIM http://www.muslimconsumer.org.my// atau menghubungi talian hotline kami di 019-3591000.

PPIM
Posted by Pekan at 11:45 PM

Selasa, 25 Mac 2008

Ini lah kebiadaban Ahli kaumkerabat umanoberok

Deris Jusoh dan Dollah mesti bert/jawab dengan kebiadapan SEPANDuk Memaki Sultan
Posted on Tuesday, March 25 @ 08:20:36 MYT by greenboc
Artikel Pendek Oleh ahmadhadeed

"a
"Kami Nak Idris , Natang'. dalam bahasa tempatan , bermakna 'Kami Mahu Idris, binatang.' Sepandung ini di tulis kerana emosi petunjuk perasaan penyokong Idris dan Pak lah itu telah di mainkan oleh politik Deris dan Dollah menentang arahan Sultan. Pak Lah dan DERIS adalah pencetus sikap ajar rakyat sehingga rakyat turut menderhaka pada Sultan.

Contoh ayat kurang ajar ialah 'Hei Dollah dan Deris , mu kedua ni jenis natang bengong, tok reti basa, pak dan mok mu tok ajor macam mana nak hormat sultan.

Mu tau tak , Sultan dulu ada kuasa penuh nok terima mu ke nok hambat mu merempat di negeri orang. Kalau mu memang jenis natang kera tok tahu baik dan buruk , lebih baik mu duduk saja dalam hutang cerang berkawan dengan rimau akar'. Ini contoh memarahi orang dalam bahasa terengganu.itu baru gear dua marah. Gear 5 lagi ganas.

Kalau kes batu buruk dulu, polis mencari siapa kah pembakar bendera dan sampai sekarang tak dapat walau pun pemberita yang mengambil gambar di kesan.

Sekarang. mereka yang memegang sepanduk memaki Sultan jelas kelihatan , camera man jelas, semua mengecam mereka yang ber semutar putih memegang sepanduk itu dan polis beratus ratus menyaksikan nya.

Yang pelik nya mengapa Ayub Melaka tak rampas sepanduk yang menghina Sultan tetapi merampas sepanduk yang menyokong sultan. Apa kah Ayub melaka irni turut menjadi barua Dollah dan Deris dan anti sultan.Kalau tak reti bahasa Terengganu atau budaya terengganu elok lah ayub ni di tukar saja ke Melaka tempat asalnya. Mungkin kalau sepanduk di tulis ' Lahabau Dollah' baru di faham .

Binatang atau natang dalam bahasa terengganu adalah satu perkara yang sangat menghinakan. Kalau orang kata pada seseorang dalam bahasa tempatan ' Hei Natang, berambus kau dari sini'. Ini sangat kurang ajar. Atau kalau orang kata ' Hei Dollah dan Deris , mu kedua ni jenis natang bengong, tak reti basa, pak dan mok mu tok ajor macam mana hormat sultan. Mu tau tak , Sultan dulu ada kuasa penuh nok terima mu ke nok hambat mu merempat di negeri orang. Kalau mu memang jenis natang kera tok tahu baik dan buruk , lebih baik mu duduk saja dalam hutang cerang berkawan dengan rimau akar'. Ini contoh memarahi orang dalam bahasa terengganu.itu baru gear dua marah. Gear 5 lagi ganas.

Pemegang sepanduk itu mesti di kenakan tindakan undang undang kerana menghina Sultan melayu dan Deris dan Dollah mesti di kenakan tindakan kerana menyemarakkan perasaan membenci Sultan melalui sikap keras mereka mempertikaikan kuasa sultan melantik MB terengganu.

Kita merasa bimbang dengan perkara yang berlaku. Jika kedua puak anti sultan dan pro sultan bertempur sudah tentu perkara yang tidak di ingini berlaku. Dollah memang tidak boleh di harap dalam hal ini. Saya mengesa agar pihak yang berwajib tampil ke hadapan menyelesaikan masaalah ini dan pihak yang berwajib mesti serius menangani perkara ini demi kesajahteraan rakyat.

Khamis, 20 Mac 2008

INGATAN NAZRIN : JANGAN ULANGI KESILAPAN

Posted on Thursday, March 20 @ 15:32:39 MYT by greenboc
Artikel Pilihan Oleh tutuhjang

"a
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah meminta pemimpin negara ini supaya mengambil pengajaran dan iktibar daripada punca kejatuhan empayar, kerajaan malahan raja dan pemimpin, antaranya kerana kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.

Baginda bertitah, melalui sejarah, umum mengetahui ramai telah diberi peluang untuk menjadi pemimpin, namun hanya segelintir sahaja individu yang muncul sebagai pemimpin yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.

"Keadaan ini berlaku kerana ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.

"Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.

"Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama," titah baginda di majlis sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah hafazan peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Menurut Bernama, Raja Dr Nazrin bertitah seorang pemimpin bertanggungjawab dalam menentukan arah haluan pengikutnya dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya.

"Memimpin adalah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan secara amanah," titahnya.

Baginda bertitah sebagai pemimpin yang beragama Islam, pemimpin itu perlu menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama dalam mendapatkan panduan dan bimbingan untuk memerintah.

Bukan sekadar 'ritualistik'

"Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad S.A W memiliki kelebihan, memiliki keistimewaan, mendapat panduan dan bimbingan secara langsung dari Ilahi. Panduan dan bimbingan Ilahi itu terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Perilaku dan sabda Baginda pula terkandung dalam himpunan Hadis yang telah berjaya dikumpulkan," titahnya.

Raja Dr Nazrin bertitah Islam menetapkan sebagai pemimpin seseorang itu perlulah memiliki sifat-sifat amanah, merendah diri, jujur, ikhlas, berdisiplin, berkorban dan komited, selain gerun kepada Allah serta menyedari sentiasa dinilai oleh para pengikutnya.

"Kepimpinan yang mengutamakan ummah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W telah menarik sokongan ummah kepada Baginda, begitu juga terhadap ajaran yang dirisalahkan oleh Baginda. Hasilnya ajaran Islam berkembang pesat dalam tempoh yang begitu singkat menembusi sempadan budaya, menembusi sempadan geografi dan
menembusi sempadan politik.

"Islam diterima secara universal dan tidak hanya terbatas menjadi agama kepada bangsa Arab, di bumi Arab sahaja. Kepimpinan Baginda juga diterima di alam sejagat dan terus diiktiraf setelah Baginda wafat sekian lamanya," titahnya.

Raja Dr Nazrin turut memperingatkan agar acara-acara sambutan Maulidul Rasul yang dijalankan saban tahun tidak sekadar bercorak 'ritualistik' atau secara rutin sahaja, tetapi sebaliknya perlu memberikan impak kepada masyarakat.

"Setiap acara sambutan yang dianjurkan, melibatkan masa, melibatkan usaha, melibatkan tenaga dan melibatkan perbelanjaan. Oleh itu acara sambutan yang dianjurkan hendaklah memperlihatkan hasil serta bersifat produktif hendaknya," titahnya.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, baginda turut menyeru umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah untuk menjadi umat yang terbaik.

"Mulakanlah bermuhasabah ke atas diri sendiri dan keluarga kerana disitulah bermulanya asas-asas kecemerlangan. Hayatilah kehidupan Rasulullah SAW sebagai panduan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat," titahnya.

dari malaysiakini
"

Lagu Warisan

Written by Amirul, on 20-03-2008 13:10, 13:10
WARISAN

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Seloka Oghang kalah


Memang aku buang undi
cuma untuk kalahkan kerusi
tapi sebaliknya telah terjadi
aku hilang sebuah negeri.

Bukan aku seorang saja
tanpa cakap tanpa bicara
rupanya rakyat seluruh negara
satu tujuan dan satu minda.

Rakyat lahir apa terpendam
tapi pemimpin buat tak faham
rakyat tegur terus dihentam
baik dari luar atau pun dalam.

Katanya mahu suara rakyat
di kertas undi diberi mandat
cukup signal serta isyarat
ramai pemimpin disuruh rehat.

Tiba-tiba dengan sekelip mata
di negeriku tinggal dua
di seberang jambatan habis kuasa
pulau pelancongan yang kaya raya.

Selepas angkat sumpah dimansuh DEB
merayu mengemislah anak negeri
supaya tidak dianak tiri
Pun pemimpin tak sedar lagi.

Bila lawan dapat mandat besar
tak guna lagi kita dok bertengkar
dah sampai tanda supaya beredar
sebelum bubur jadi nasi kandar.

Rabu, 19 Mac 2008

Senarai ahli Parlimen PAS.

Posted on Wednesday, March 19 @ 15:09:25 MYT by greenboc
Bahan Umum Oleh mazwandi

"a
PAS telah memenangi 23 parlimen didalam PRU yang ke-12 yang lalu. Disini dilampirkan nama-nama mereka yang telah memenangi parlimen dan insyaAllah akan menggegarkan dewan rakyat kelak.

1. P7 - Padang Terap (Kedah) -Ust Nasir Zakaria
2. P8 - Pokok Sena (Kedah) - Hj. Mahfuz Omar
3. P11 - Pendang (Kedah) - Dr. Mohd Hayati Othman
4. P12 - Jerai (Kedah) - Ust Firdaus Jaafar
5. P13 - Sik (Kedah) - Che Uda Che Nik (Cikgu Uda)
6. P16 - Baling (Kedah) - Ust Taib Azamuddin
7. P19 - Tumpat (Kelantan) - Dato Hj Kamarudin Bin Jaffar
8. P20 - Pengkalan Chepa (Kel) - Dato Abdul Halim Abdul Rahman
9. P21 - Kota Bharu (Kel) - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
10. P22 - Pasir Mas (Kel) - Dato Ibrahim Ali (bukan ahli PAS)
11. P23 - Rantau Panjang (Kel) - Siti Zailah Muhd Yusoff
12. P24 - Kubang Kerian (Kel) - Salahuddin Ayub
13. P25 - Bachok (Kel) - Ust Nasharudin Mat Isa
14. P28 - Pasir Puteh (Kel) - Ust Muhammad Husain
15. P31 - Kuala Krai (Kel) - Dr. Mohd Hatta
16. P37 - Marang (Terengganu) - Dato Seri TG Abdul Hadi Awang
17. P57 - Parit Buntar (Perak) - Dr. Mujahid Yusof Rawa
18. P59 - Bukit Gantang (Perak) - Hj. Roslan Bin Shaharum
19. P96 - Kuala Selangor (Sel) - Dr. Hj. Dzulkefly Ahmad
20. P101 - Hulu Langat (Sel) - Dr. Che Rosli Bin Che Mat
21. P108 - Shah Alam (Sel) - Hj. Khalid Abd Samad
22. P111 - Kota Raja (Sel) - Dr. Mariah Mahmud
23. P119 - Titiwangsa (KL) - Dr. Lo'lo Mohd Ghazali

dan ada satu ahli PAS tetapi bertanding atas tiket PKR;

24. P29 - Machang (Kel) - Saifuddin Nasution

Diharapkan, kesemua nama-nama mereka di atas ini menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT mengikut lunas-lunas Islam. Kemenangan anda semua adalah satu bebanan yang akan dipikul di akhirat kelak.

"

Selasa, 18 Mac 2008

Senarai Kabinet Dapur 2008

Senarai penuh kabinet

Berikut adalah senarai anggota kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini:

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Senarai penuh kabinet

Jabatan Perdana Menteri

Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S.K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

Kementerian Dalam Negeri

Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

Kementerian Kewangan

Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

Kementerian Pengangkutan

Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

Kementerian Kerja Raya

Menteri : Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A. Kohilan Pillay (senator)

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna

Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

Kementerian Pelajaran

Menteri : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein <---- ?
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

Kementerian Penerangan

Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Menteri : Datuk Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

Kementerian Sumber Manusia

Menteri : Datuk Dr S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

Kementerian Pertahanan

Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

Kementerian Luar Negeri

Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

Kementerian Kesihatan

Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

Kementerian Pelancongan

Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri : Datuk Seri Zulhasnan Rafique
Timbalan : Datuk M. Saravanan

Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Idris Haron

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan : Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh


(Kabinet usaha cantas Najib)


"Kabinet (ini) untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno," kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

beliau menambah, "mereka yang dikira rapat dengan Najib telah dicantas."

Beliau juga mendakwa kabinet yang diumumkan tengah hari tadi "turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat"



Aku pengundi yang tidak mengundi

Seminggu selepas hari penamaan calon PRU-12, aku masih lagi mencari-cari ruang di mana aku boleh mencelah di ruang-ruang kosong dalam kapal Air Asia. Walaupun Every "One Can Fly" namun aku diantara orang yang tidak boleh "Fly" bersama-sama dengan Air Asia... Sedih rasanya hati ini, akan tetapi aku cuba jugak sehingga saat-saat akhir menjelma hari raya {PRU-12},namun aku hanya merancang, Allah juga Maha perancang.
Tiba saatnya 8 mac 2008, aku hanya dapat melihat shaja dri jauh perjalanan PRU-12 tu. Sms, email, call, smua web alternatif aku layari,,, awal pgi aku hbungi ayahnda ku tanya khabar, jawapannya x tau lagi, susah klu main dengan orang penipu, katanya. aku hubungi adik2 aku, ada harpan sedikit, itu pun 50-50, sb katanya undi pos ke -4 terbanyak di malaysia... aduuuuuhh... senak perut jgak rasanya.. aku hubungi sepupu abg. zam, dia pun belum mngundi lgi waktu itu,, susah mau cakap jugak bilangnya.
Aku hubungi adik aku yg ke 2.. tanya khabar ibunda pulak... "ok"... dia kata. mak mengundi di kg nya. aku kirim salam saja. ada harapan jugak.... "pondok panas dah jdi sejuk sb di bwah bulan" katanya...he he he ... aku hubungi lgi sahabat qarib di peghelih..... dia kata pongkang habih semua.... dibuatnya orang2 Pak Dan,,, "baguih lagi aku tidoq di umah" kata dia... kecewa saja bunyi nya... tak pa... aku bagi semangat kat dia... ehem... teruskan perjuangan... jangan cepat mengalah... walaupun dorang buat helah....
aku layari semua web termasuklah tranungkite.... harakahdaily..... malaysiakini.....KLpos....detikdaily..... semuanya memberi khabar berita yang kurang menyenangkan... satu khabar berita gempar...... berlaku rusuhan di rusila.... aku terus hubungi rakan di sna... katanya bukan rusuhan.... hanya drama penangkapan pengundi2 hantu sja... biasa lah mainan lama lapuk hampeh.... Anak TG Haji haji di tangkap bersma-sama pnyokong BA yg lain... Syabas...aku ucapkan... jgn biarkan mereka bermaharaja lela....
Sehingga petang itu aku setia bersama lektopku smbil layar web2 terkinie.... 1st berita aku dapat...... Nurul Izzah Menang di Lembah Pantai.... aku laungkan Takbiiiir....Allahuakabaaaar...
semangat aku naik kembali.... aku call adikku di Kg.... dia kata ada harapan... tapi belum ada laporan pengumuman dibuat....makin berdebar2 hati aku...... semua adik beradik ku berada di rumah pada malam itu kecuali ayahndaku yang setia bersama pejuang2 yang lain di luar sana... khabarnya dia berada di wisma darulaman..... (macam dah tau nak menang).....
Walaupun di sini aku tidak rasakan seperti PRU berlaku.... namun aku masih nampak beberapa poster dan kain rentang parti BA (keadilan & Dap) berkibar2 lesu. Yang Gah nya hanya Parti yg memerintah saja lah. aku tahu sab musabbabnya...... BN memang dah tahu dia akan menang mudah di sini... hanya RM200 sahaja..... 1 kapla.. sehingg 1 tin sardin pun sudah memadai untuk memancing rakyat. Masyaallah........itu harga nilai seorang ,manusia yang boleh di beli di sini... Namaun masih ada suara2 yang mahu perubahan, apakan daya, wang mngatasi segala2 nya...
Sehingga jam menunjukkan pukul 12 tgahmalam... satu persatu parti Be End kecundang.... Pulau Pinang..... kedah...... perak..... selangor..... kelantan.....tumbang semua..... Allaaaahu akbar... menitis air mataku ketika itu.... Aku terus hubungi Ibundaku .... sambil ucapkan tahniah.... perjuanagan nya selama ini tidak sia-sia.
Tepat pukul 1 pagi... adik ku sms mengatakan mereka dah keluar menuju ke wisma darulaman
untuk merayakan kemenangan PAS kedah. Namun aku menasihati supaya berhati2...jangan terlampau seronok.... ketika ini musuh sentiasa mencari peluang untuk membuat provokasi jahat mereka.... Apa pun keadaan terkawal.... mereka diarahkan pulang beristirehat di rumah masing2... dan pucuk pimpinan menyuruh semua rakyat melakukan solat syukur....Amiiin...
Aku bersyukur dengan kemenangan itu Barisan Rakyat...
Ini lah negeri yang aku idam-idamkan untuk menyinarkan cahaya Islam
KEDAH DARULAMAN
Tempat mgundi: N26 tanjung dawai (PAS) ....P14 Merbok(PKR)

keputusan yang di nanti -nanti kan

Keputusan Pilihanraya Kedah P14, N25, N26
P14 MERBOK
Jumlah Pengundi: 64,659 Peningkatan jumlah pengundi:
-->Peratusan Kaum: M:65.66% C:16.06% I:17.32% B/Sab: % B/Swk: % L:0.96%
1. Datuk Rashid Din (PKR) (25,541)
2. Senator Datuk Tajul Urus Md. Zain (BN) (22,443)
Majoriti: 3,098 Jumlah undi: 49,322 Peratus mengundi: 76.28% Undi rosak: 1,338
Penyandang: Datuk Zainuddin Maidin (BN)(Majoriti: 15,162 undi)

N26 TANJONG DAWAI
Jumlah Pengundi: 29,589 Peratusan Kaum: M: 80.80% C:12.94% I: 5.37% B/Sab: % B/Swk: % L:0.89%
1. Dr. Hamdan Mohamed Khalib (Pas) (11,497)
2. Datuk Arzmi Abdul Hamid (BN) (11,418)
Majoriti: 79 Jumlah undi: 23,533 Peratus mengundi: 79.53% Undi rosak: 618
Penyandang: Datuk Arzmi Hamid (BN)(Majoriti: 5,151 undi)

N25 BUKIT SELAMBAU
Jumlah Pengundi: 34,977 Peningkatan jumlah pengundi:
-->Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% B/Sab: % B/Swk: % L:1.02%
1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)
Majoriti: 2,362 Jumlah undi: 26,450 Peratus mengundi: 75.62% Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)

Aku bangga

Sunday, March 9, 2008

Pilihanraya Umum Ke-12

Dewan Undangan Negeri Kedah N.26 Tanjong Dawai

Buat kali pertama dalam sejarah, PAS telah berjaya merampas kerusi DUN N.26 Tanjong Dawai dalam Pilihanraya Umum Ke 12 apabila YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib telah menewaskan Dato' Arzmi Hamid dengan majoriti tipis 79 undi setelah melalui sat-saat membimbangkan menunggu keputusan undi pos yang keempat tertinggi di Malaysia.













Bersama sebahagian jentera "This is the time to change..."















Dijulang oleh penyokong dari kalangan orang india..














Bersama Dato' Rashid Din P15 Merbok (PKR) dan
P. Arumugam N.25 Bukit Sekambau (Cap Kunci)














Berdebar menanti keputusan undi pos setelah mendahului BN dengan 1500 lebih undi















Sebahagian petugas bangsai panas














Suasana disalah sebuah pusat mengundi

TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI PAS
&
TAHNIAH KERANA BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN

Langkah awal menuju negeri berkebajikan

Monday, March 10, 2008

Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah

PEMERINTAHAN BARU: Azizan menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru daripada Sultan Abdul Halim pada Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah di Wisma Darulaman, semalam.

ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.
Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.
Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri.
"Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas," tegas beliau lagi.
Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.
Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mr