Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Isnin, 26 November 2007

Rentetan Kerjaya

Assalamua'laikum,

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Ilahi kerana di beri hidayah dan taufiq kepada saya untuk terus menghirup udara yang segar dan nyaman disamping dapat beribadah kepadaNya.
kerjaya adalah salah satu punca pendapan kita selagi nyawa dikandung badan. Disini saya ingin berkongsi sedikit tentang kerjaya saya selepas selesai pengajian saya selama 15 tahun. (lame jugakkan?) he he he he...setelah menerima surat tawaran kerja dari pihak bertanggungjawab, saya diterbangkan ke sabah untuk melapor diri kepada majikan saya yang PERTAMA pada tanggal 18.06.2001.
Sebuah kampung yang jauhnya lebih kurang 3 jam menaiki bot laju, 2jam menaiki 4x4,saya sampai dengan selamat tanpa mengenali sesiapa pun. Disambut oleh ketua kampung dan ketua jabatan, saya dibawa ke rumah yang akan saya menginap selama mana saya berkhidmat disana.
Hampir 6 bulan saya berkhidmat di kampung tersebut dengan penuh ranjau duri yang amat menyeronokkan, saya di pindahkan ke satu lagi tempat kerja yang KEDUA pada tanggal 1.1.2002 tetapi masih di bawah jabatan yang sama. Tempat yang baru ini hanya 1 jam sahaja perjalanan dari bandar. Di sana saya sempat berkhidmat selama 3 tahun 5 bulan dengan penuh liku-liku sebagai seorang perantau.
Diatas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, saya sekali lagi diizinkan berpindah ke tempat baru yang ke-3 iaitu di bandar yang penuh dengan ragam yang tidak ada di kampung. Di tempat kerja ini saya masih lagi di bawah jabatan yang sama cuma ketuanya sahaja yang baru. Saya meneruskan tanggungjawab saya di sini seperti yang di amanahkan. Banyak pengalaman yang saya dapat sejak dari pedalaman, keluar ke kampung kemudian ke bandar.Pengalaman ini amat berbeza dari segi corak kehidupan penduduknya. Namun saya diterima oleh masyarakat setempat dengan hati yang terbuka. Di sini jugak saya sempat berkhidmat selama 2 tahun 6 bulan sahaja bermula pada 1.6.2005 sehingga sekarang.
Namun kita hanya merancang, Allah jua penentunya saya sekali lagi diizinkan berpindah ke tempat yang baru kali ke-4. Lokasinya amat jauh dari tempat yang sekarang ini. Jarak ke tempat kerja baru itu lebih kurang 360km. Saya diminta melaporkan diri pada 1.1.2008 (tahun dapan la tu) kepada majikan baru itu. Saya kini akan kembali ke tempat kerja yang baru tetapi keadaanya seperti tempat kerja yang pertama saya di postingkan. Pada tanggal 19.11.2007 yang lalu, saya cuba pergi mencari tempat tersebut, Dengan jarak lebih kurang 20 kilomiter dari bandar yang berdekatan, saya mula memasuki kawasan yang dikhabarkan itu.Dengan jalan tanpa tar, saya cuba meredah masuk sambil bertanya orang dan sambil bertawakkal, akhirnya saya temui jugak tempat yang akan saya berkhidmat itu.
Pada pandangan pertamanya, saya amat sayu dengan keadaan jalan ke kampung tersebut, namun sampai sahaja disana, hati saya terasa bersalah dengan anggapan buruk saya itu. Sungguh menajubkan, dengan kawasan yang sebegini terpencil, masih ada satu kampung yang amat indah pemandangan nya, pantai yang bersih, pokok-pokok nyiur yang menghijau. Hati saya terdetik bahawa ini lah kuasa Allah subhanahuwataala. Walaupun ada cacat sedikit, namun ditutupnya cacat itu dengan keindahan.
2008 nanti bermulalah kehidupan saya yang baru dengan tempat kerja yang baru Insyaallah dengan azam yang lama (sebab belum ada azam yang baru)...untuk meneruskan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Amiiiiiiiiiiiiiiin.


nukilan dari perantauan,
"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA"

komen anda?









.