Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Sabtu, 10 April 2010

Berdialog Dengan Jin Muslim(Siri 1)




‘Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan menghalangi mereka daripada jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).’” (Al-‘Araf: 16-17)

Pendahuluan

Didalam sebuah buku yang berjudul Hiwar Shahafiy Ma’a Jinni Muslim yang
ditulis oleh seorang pengkaji muslim dari Saudi Arabia Muhammad Isa Daud.
Dengan perantara tubuh manusia beliau telah berhasil melakukan percakapan
dengan Jin yang beragama islam, dan mengabadikan dalam sebuah
buku.

Muhammad Isa Daud seorang pengkaji yang telah lama melakukan kajian berkenaan dengan hadis-hadis akhir zaman dan peristiwa-peristiwa misteri termasuklah segitigabermuda,UFO dan sebagainya.Beliau melakukan kajian berpandukan Al-qur'an dan hadis Rasulullah serta kitab-kitab kuno yang diperolehinya dari pelbagai sumber .

Jin muslim yang berdialog dengan penulis tersebut berasal dari Bombay, India.
Sebelumnya dia adalah pemeluk agama lain.
Berumur 180 tahun menurut pengakuannya. Jin tersebut adalah pemimpin besar,
punya pengaruh dan wibawa dikalangannya, Setelah dia
masuk Islam, diikuti pula oleh sekitar sepuluh ribu Jin, yang merupakan
pengawal-pengawal dan pendampingnya.

Demikian adalah salinan dari buku tersebut yang diterjemahkan dlm bahasa indonesia

Hendaknya tidak ada seorang pun diantara pembaca yang beranggapan bahwa
penulis menyodorkan hadiah ilmiah ini dengan mudah. Sebab penulispun telah
menghabiskan dana yang cukup besar, semaksimal yang dapat disediakan
untuk menghadirkan Jin Muslim yang selalu menjauhkan diri dari saya selama
masa persembunyiannya.

Penulispun harus memeras keringat dan otak dalam berbagai diskusi saya
dengannya, karena dia tidak bersedia memenuhi undangan saya. Dia betul-betul
takut akan usaha pembunuhan terhadap dirinya yang dilakukan oleh Iblis dan
pengikut-pengikutnya,bimbang kalau-kalau dia dibunuh kerana mendedahkan rahsia-rahsia iblis dan Dajjal.
Karenanya, terkadang dia berpura-pura tertidur, untuk menghindarkan
diri dari kepungan musuh-musuhnnya.

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu. Maka jadikanlah ia sebagai musuh.” (Fatir: 6)

Akhirnya, keyakinan dan kepercayaan saya kepada Allah jugalah yang bisa
meyakinkan dirinya untuk menemui saya. Saya juga harus mengajarkan
kepadanya akidah, seraya menegaskan bahwa barangsiapa takut kepada Allah,
maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut padanya. Sedangkan orang
yang tidak takut kepada Allah, maka Allahpun akan menjadikan dirinya takut
kepada segala sesuatu.

Lantas,terjadilah dialog berikut ini:

(huruf ‘J’ adalah Jin. Sedangkan ‘P’ adalah untuk Penulis)

P: “Pernahkah engkau melihat Iblis?” Tanya saya
J: “Pernah, sekali ketika saya masih kecil, dan beberapa kali ketika saya
sudah remaja dan sebelum saya memeluk agama Islam.”
P: “Untuk apa engkau menghadap Iblis, padahal saat itu engkau masih
kecil?”
J: “Aku tidak pergi menemuinya atas kemauanku sendiri. Tetapi
ayahkulah yang mengajakku menemuinya, agar dia (Iblis) memberikan
berkahnya kepadaku.”
-jika readmore tdk berfungsi klik pada tajuk untuk membaca entry penuh -

P: “Semoga Allah mengutuknya, dan segala puji bagi Allah yang telah
menganugerahi engaku dengan masuk Islam.”
J: “Alhamdulillah, alhamdulillah, aku telah masuk Islam…
P: “ Katakan padaku bagaimana bentuknya”
J: “Bentuknya ya, seperti jin yang telah aku katakan kepadamu. Akan
tetapi Allah memberikan kutukan kepadanya dan kepada keturunanya
dengan rupa yang buruk, sekalipun dia bias menjelma dalam bentuk apa
saja. Dia memiliki ekor sangat pendek, sekitar 4-6 cm atau lebih sedikit.
P: “Apakah ekornya tersebut secara umum dimiliki oleh semua jin, atau
hanya pada Iblis dan anak cucunya saja?”
J: “Alhamdulillah, hanya iblis dan anak cucu setannya saja yang memiliki
ekor seperti itu. Sepertinya mereka itu makhluk istimewa. Sedangkan jin,
sama sekali tidak punya ekor seperti yang kalian bayangkan. Ekor setan
tidaklah sepanjang ekor kucing atau binatang lainnya, sebagaimana yang
selama ini digambarkan oleh manusia.”
P: “Seberapa tingginya? Apakah dia betul-betul tinggi-besar,
sebagaimana yang dibayangkan sementara orang selama ini, ataukah
biasa-biasa saja?”
J: “Dibandingkan dengan manusia, tingginya sekitar satu lengan, Ya,
sekitar 140 hingga 160 cm. Akan tetapi dia bisa menjelmakan dirinya
dalam bentuk yang lebih tinggi dan besar, sampai sepuluh meter…”
P: “Apakah dia mempunyai rumah atau istana?”
J: “Istana yang sangat besar sekali, dengan jutaan pelayan, jutaan
pengawal, dan jutaan setan, disamping istana-istana lain di banyak
tempat. Demikian pula halnya dengan para penguasa yang ditempatkan
diberbagai pusat pemerintahannya yang sangat luas itu.”
P: “Dia juga punya singgasana bukan?”
J: “Ya, ya,” Jawabnya agak terkejut.
P: “Singgasananya diatas air, tepatnya dilautan, betul kah?”
(Lagi-lagi jin muslim sahabat saya itu terheran-heran, bahkan tampak mulai
ketakutan). Karena itu saya melanjutkan perkataan saya:
P: “Engkau adalah jin muslim, wahai saudaraku, dan seorang muslim
hanya takut kepada Allah. Terhadap seorang muslim, setan tidak
menemukan jalan untuk mengganggunya, selama dia taat kepada Allah.
Saya pikir kaupun demikian.”
J: “Ya, memang benar demikian, alhamdulillah, saya telah berhasil
menghafal Al-qur’an dalam empat bulan.
P: “kalau begitu, mengapa mesti takut kepada Iblis dan pasukannya?
Dengan perlindungan Allah, engkau jauh lebih kuat ketimbang mereka…”
J: “Ya, ya, Memang benar. Semoga Allah membalas kebaikanmu karena
telah mengajariku yang seperti ini. Sekarang saya semakin mantap dan
yakin…”

Sebelum anda meneruskan pembacaan ,sy ingin nyatakan disini buku yg kita bincangkan ini bukanlah buku agama tapi sebuah buku tentang teori konspirasi Iblis dan Dajjal dlm menyesatkan manusia.Teori penulis ini tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah,ia hanyalah teori yang dibuat hasil kajian dari Al-Qur'an,hadis-hadis Rasulullah,manuskrip kuno dan cerita para ulama' silam .Terpulang kpd anda samaada nak menerima atau tidak.
-Bersambung-

PATI IC PROJEK KINI MENJADI 'RAJA' DI TANAH ADAT?

PDF Print E-mail
salam, masalah ic projek nie rupa2nya x selesi lagi. pmbngkaran demi pembongkaran oleh bloggers2 dari sabahkini menunjukkan betapa projek ini masih berleluasa tanpa di hiraukn olh pihak yang brwajib. tak tahu lah pa nak jadi.  denga kabar memang lumayan projek ini. sb tu orang2 yg tak brtanggungjawab nie berni buat keja jahat nie... baca lah berita kat bawah nie.. 

    
  
Friday, 09 April 2010 22:26 Written by Admin
 

LAPOR.... Ninah (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebelum ini namuntidak diambil tindakan oleh polis memaksa Ninah membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu. Manakala suami Ninah memegang surat keputusan penyiasatan tanah yang memberi hak kepada Wahab untuk mendapat sebahagian tanah adat yang diusahakan keluarga Ninah.

Oleh: MUHAMMAD HAIKAL HALIM
PENDATANG tanpa izin yang mendapat kad pengenalan projek bukan sahaja berani menjadi Ketua Cawangan UMNO, malah merampas tanah adat dan bersubahat dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah untuk mendapat geran hak milik ke atas tanah adat yang diceroboh.
Seorang pewaris tanah adat, Ninah Binti Gaya, 34, memaklumkan beliau tidak pernah menyangka tanah adat peninggalan arwah ayahnya, Gayah Bin Mansur di Kampung Silam telah diceroboh dan cuba dirampas Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood, Haji Wahab Bin Nonong.
“Menurut bapa saudara saya, tanah ini adalah tanah adat kerana kami pohon atas geran NT apabila salah seorang pemohon asal, Allung Laedin tidak lagi berminat atas tanah yang diteroka dan menjual bahagiannya kepada bapa saya,” ujar Ninah yang mendakwa PT79114519 yang dipohon oleh bapanya telah dibatalkan sedangkan Allung telah menyerahkan bahagiannya PT 72111313 kepada arwah bapanya.
Kata Ninah, Wahab yang sebelum ini menumpang di tanah arwah bapanya telah menggunakan surat kuasa palsu untuk memperdaya Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu kerana beliau memohon tanah tersebut melalui PT 89110399 menggunakan pelan tanah yang diduduki keluarga Ninah selama ini; sedangkan pada dasarnya Wahab memohon kawasan lain.
“Saya terkejut kerana Kerajaan mengeluarkan Geran Draf CL 115403640 atas nama Wahab Bin Nonong di atas tanah adat yang kami duduki sejak 1950-an lagi, walaupun beliau hanya menumpang tanah adat milik keluarga kami,” ujar Ninah yang kesal kerana kecuaian Jabatan Tanah dan Ukur mengeluarkan geran draf berkenaan.
Setelah dibantah mengikut Seksyen 15, Ordinan Tanah Sabah, Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu, Awang Fauzi Bin Awang Tahir telah memanggil Ninah dan Wahab ke Pejabatnya pada 5 Mei 2009 untuk menyelesaikan bantahan tersebut dengan memerintah tanah tersebut dibahagi sama rata dengan Ninah.
PPHT juga mengarahkan agar geran draf CL 115403640 yang telah dikeluarkan atas nama Wahab Bin Nonong dibatalkan selaras dengan Seksyen 88, Bab 68, Ordinan Tanah Sabah.
“Bagaimana boleh dibahagi dua sedangkan Wahab tidak berhak ke atas tanah ini kerana adik beradik saya ramai. Keputusan ini tidak adil dan saya percaya berlaku amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang begitu ketara sehingga Wahab diberikan geran draf yang hampir melupuskan hak kami jika saya tidak membuat bantahan,” ujar Ninah yang mendapat perintah mentadbir harta pusaka arwah ayahnya daripada Mahkamah Syariah Tawau.
Tegas Ninah, PPHT tidak berhak untuk menentukan pertikaian dan memutuskan tanah adat berkenaan diserahkan kepada pemohon lain yang tidak ada kena mengena dengan keluarganya.
Sehubungan itu, Ninah mendesak agar Pengarah Tanah dan Ukur campurtangan untuk menyelesaikan pertikaian tanah tersebut dan polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wahab Nonong kerana menceroboh tanah adat keluarganya.
Ninah turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana Wahab boleh mendaftar permohonan tanah dan diberikan kelulusan di atas tanah adat yang diduduki keluarga sejak zaman colonial sehingga kini.
Bagi menegaskan tindakan beliau, Ninah telah menghubungi peguamnya dan membuat laporan polis, LDD/RPT/1777/10 pada jam 11.20 malam, 17 Mac 2010 dan mendakwa bahawa;
“PADA jam lebih kurang 4.30 petang bertempat di rumah Taman Kafoh, No.10, Jalan Segama Lahad Datu, saya dimaklumkan oleh bapa saudara saya, Hj Aspala Bin Sahiran bahawa tanah yang kami duduki seluas lebih kurang 15 ekar adalah tanah adat yang telah diusahakan oleh bapa saya. Sebagai pewaris yang sah yang mendapat perintah pentadbir harta pusaka Gayah Mansur, saya datang ke balai membuat laporan agar Polis di-Raja Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan dibawah undang-undang jenayah terhadap sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau bersubahat sehingga kerajaan mengeluarkan geran draf CL 11543640 kepada Hj Wahab Bin Nonong No kad pengenalan H0568477 secara tidak sah, culas dan bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah. Laporan ìni juga dbuat terhadap Hj Wahab Bin Nonong kerana telah menceroboh tanah adat milik keluarga saya dengan menebang beberapa pokok dan menanam kelapa sawit di atas tanah yang telah diceroboh. Laporan ini juga dibuat terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu kerana gagal mengambil tindakan di bawah undang-undang jenayah terhadap Hj Wahab Bin Nonong kerana telah mengugut untuk membakar rumah yang kami duduki sejak 39 tahun lalu jika kami tidak keluar daripada tanah berkenaan; walaupun saya telah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu melalui LDD/PRT/584208 pada 7 Oktober 2008. Laporan ini juga dbuat terhadap Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu, Awang Fauzi Bin Awang Tahir kerana telah memberikan sebahagian tanah adat tersebut kepada Hj Wahab Bin Nonong melalui pembicaraan tanah melalui surat LE 46/2008/(18) bertarikh 5 mei 2009; sedangkan beliau tahu bahawa Hj Wahab tidak berhak ke atas tanah berkenaan.”
Dalam pada itu, Siasatan Sabahkini.net mendapati Wahab adalah pendatang haram Filipina yang mendapat kad pengenalan projek bernombor H0568477 dan kini memegang Mykad 400103-12-5117 merupakan Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood dan pemilih berdaftar di Kampung Silam, daerah mengundi Sapagaya, Lahad Datu.
Wahab menggunakan pelbagai nama sebelum mendapat kad pengenalan dan pernah bekerja dengan Pacific Hardwood. Menurut rekod surat nikah adik kandungnya, Siti Nohi Bin Upau, nama Wahab dicatatkan sebagai Kowon Bin Upau dan pernah menggunakan beberapa nama seperti Konong, Nonong dan kini menggunakan salah satu daripada nama Tuhan, ‘Wahab’ (sewajarnya ada Abdul sebelum namanya).

 

ADIK..... Adik Wahab Nonong bernama Siti Nuhi Upau masih memegang IMM13 IP-12071-3076 berlatar belakangkan rumah Wahab.

Sehingga kini adik Wahab, Siti Nuhi Upau masih memegang IMM13 sedangkan Wahab yang datang bersama adiknya telah mendapat kad pengenalan projek dan berlagak sebagai ‘Raja Tanah’ setelah menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.
Pejabat Imigresen Lahad Datu yang berdiam diri selama ini mempunyai rekod Wahab namun belum bertindak kerana Wahab menjadi penyokong kuat Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur; melainkan jika Jabatan Imigresen disapena ke Mahkamah untuk memberi keterangan siapa Wahab sebenarnya dan bagaimana beliau boleh mendapat kad pengenalan projek dan merampas tanah adat milik Anak Negeri Sabah.
Penduduk tempatan di Silam hairan kenapa Polis gagal memberkas Wahab yang melakukan jenayah menceroboh tanah dan mengugut untuk membakar rumah Ninah sedangkan laporan polis dibuat?
Last Updated on Friday, 09 April 2010 22:56

SUKANEKA ‘PASTI’ SANDAKAN MERIAH


PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 09 April 2010 21:39

Oleh: FAIZAL OKADAU
SETELAH sekian lama, Padang Majlis Perbandaran Sandakan menjadi medan anak-anak PASTI, Zon Sandakan menampilkan bakat dan keupayaan mereka dalam bidang sukan, kini Komplek Sukan Sandakan menjadikan sukaneka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kompleks Sukan Sandakan dipenuhi dengan pelajar PASTI, ibubapa dan para penjual yang menyertai dan menyaksikan sukaneka PASTI yang melibatkan 13 buah PASTI dari Sandakan dan Kinabatangan.
Berbagai acara telah diatur oleh pihak penganjur yang melibatkan penyertaan pelajar PASTI, ibubapa dan orang ramai. 7 tahun ke atas disediakan pertandingan melukis dan mewarna.
Manakala untuk golongan dewasa pula mereka dilibatkan dalam pertandingan menganyam ketupat, menendang bola menggunakan tumit, menimbang takraw dan pertandingan tarik tali.
Pertandingan tarik tali dewasa telah dimenangi oleh pasukan ibubapa PASTI Darul Ulum, Kinabatangan manakala pelajar PASTI Darul Ulum muncul naib johan pertandingan tarik tali setelah tewas kepada PASTI Saidina Osman.
Timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah, ketika merasmikan sukaneka PASTI Sandakan ke 10 mengucapkan terima kasih atas sokongan ibubapa yang sanggup hadir atas usaha sendiri untuk menjayakan sukaneka PASTI kali ini.
Menurut beliau lagi, sukaneka dan PASTI itu sendiri telah berjaya menyatukan pelajar dan ibubapa sekalipun berbeza latar belakang, sosial ekonomi, politik dan sebagainya.
"Program sukan yang mengutamakan budaya Islam patut diterapkan sejak rebun (kanak-kanak pra sekolah) lagi bagi membuktikan Islam agama yang lengkap dan menyeluruh. Penekanan dan pembudayaan diharapkan akan terbawa-bawa hingga ke sekolah rendah ".
Sementara itu, Haris Bahar selaku Pengarah Program mengharapkan sukaneka ini akan dapat mengukuhkan ukhuwah dan jalinan saliturrahim yang erat antara seluruh warga PASTI. Program ini juga diharapkan dapat dimunafaatkan demi menjana kualiti diri anak-anak PASTI.
Last Updated on Friday, 09 April 2010 22:14 

Jumaat, 9 April 2010

KESEDERHANAAN TOK GURU NIK AZIZ MEMIKAT HATI SEMUA!!!

 


PAS tidak pernah menganggap pempimpin PAS terutama TGNA mahupun TGHA itu maksum. Mereka manusia biasa. Mereka pun melakukan kesalahan. Cuma yang berbeza mereka dengan pemimpin UMNO, mereka boleh mengaku dan menerima kesalahan yang mereka lakukan, terus bertaubat dan memaafkan sesiapa tanpa perasaan dendam dan sebagainya.

Ahli PAS tidak pernah mempertahankan pemimpinnya jikalau sesuatu kesalahan yang dilakukan menyalahi Syarak ataupun Undang-Undang Negara. Tetapi jika mereka yang sudah kekeringan isu, lemas dengan keadaan di Manik Urai,tiba-tiba buat kerja yang 'kurang cerdik', itu amat malang sekali.

Mereka ingin mencari publisiti murahan serta menagih simpati dengan pengundi di Manik Urai. Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Anuar Safian, telah membuat laporan polis di Balai Polis KOta Baru pada pukul 10.30 pagi tadi kononnya mohon pihak berkuasa membuat penyiasatan ke atas ucapan TGNA pada 21 Jun yang lepas di Kampung Laloh, Manek Urai ketika menyampaikan ceramah.

Beliau dengan 'kurang cerdik'nya menganjurkan pihak polis menyiasat TGNA di bawah Akta Menghasut 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana menimbulkan keresahan kaum dan ketenteraman awam konon. 'Kerja-kerja' seperti ini bukanlah perkara baru. Memang sifat UMNO sebenar terselah. Mereka begitu 'arrogant'. Mereka jangka polis sentiasa berpihak kepadanya.

Itulah senjata yang paling ampuh bagi UMNO, meng'ISA'kan sesiapa saja yang boleh mengharu-birukan persada politiknya. Yang sebenarnya laporan polis itu diibaratkan talkin untuk UMNO di PRK Manik Urai. Pengundi Manik Urai boleh menilai ucapan TGNA samada berupa hasutan atau penerangan. UMNO melihatkan sesiapa berucap supaya jangan mengundi UMNO, akan dikira sebagai ucapan hasutan. Bila agaknya UMNO hendak bersikap 'gentleman'.

KESEDERHANAAN TOK GURU BUKAN SAHAJA MEMIKAT HATI KITA UMAT ISLAM TETAPI JUGA MEMIKAT HATI MASYARAKAT BUKAN ISLAM...INI TERBUKTI DENGAN SOKONGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM KELANTAN TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ BARU-BARU INI KETIKA TOK GURU TERUK DIKRITIK DAN DIHENTAM OLEH PUAK-PUAK UM-NONGOK...

MALAH KESEDERHAAN TOK GURU NIK AZIZ JUGA MEMBUATKAN ARTIS-ARTIS TERKENAL TANAH AIR INGIN BERTEMU DAN MENGENALI TOK GURU NIK AZIZ DENGAN LEBIH DEKAT LAGI..NAMA-NAMA BESAR ARTIS TANAHAIR SEPERTI AMY SEARCH,SITI NORHALIZA DAN WARDINA SECARA TERANG-TERANGAN MENUNJUKKAN MENYATAKAN RASA KAGUM MEREKA TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ..

MALAH AMY SEARCH DAN WARDINA MENGAKUI BAHAWA TOK GURU NIK AZIZ ADALAH IDOLA MEREKA DAN MEREKA MAHU ANAK-ANAK MEREKA MENCONTOHI TOK GURU NIK AZIZ..LIHATLAH BAGAIMANA PESONALITI TOK GURU YANG BERJAYA MEMBUATKAN HATI PARA ARTIS INI MENJADI LEMBUT DAN MENGAKUI AKAN KEBESARAN ISLAM..

SELAIN ITU JUGA WAKIL-WAKIL NEGARA LUAR JUGA MENGAKUI AKAN KEHEBATAN DAN KESEDERHANAAN TOK GURU NIK AZIZ..MEREKA MENGIKTIRAF USAHA TOK GURU NIK AZIZ MEMARTABATKAN ISLAM DI MALAYSIA..MEREKA KAAGUM BAGAIMANA TOK GURU NIK AZIZ MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ISLAM DI KELANTAN...

SEMOGA INSAN SEPERTI TOK GURU INI TERUS MEMAYUNGI KITA SEMUA DALAM BERJUANG MEMARTABATKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA TERCINTA..DAN KEPADA YANG BEGITU ANTIKAN TOK GURU NIK AZIZ,HAMBA SARANKAN CUBALAH MENGENALI BELIAU DENGAN LEBIH DEKAT DAHULU SEBELUM MEMBUAT RUMUSAN..

Gambar Tok Guru Nik Aziz ziarah Jenazah adinda Tok Guru Haji Hadi

Tuan Guru Nik Ab Aziz ziarah Jenazah adinda Tok Guru.
13.2.2010- Rusila.


Tok guru Hj Abd Hadi menyambut ketibaan Tok guru Nik Abd Aziz di rumah beliau sebelah Masjid Rusila


Ketibaan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di sambut oleh orang ramai yang datang mengziarahi jenazah Adinda kepada Tok Guru Hj Abd Hadi.


Suami arwah, Hj Razali menyambut Tok Guru Nik Abd Aziz


Hj Razali menerima ucapan takziah dari Tok Guru


Dato Mustaffa Ali bersama-sama 2 Tok Guru.


Jenazah Dibawa turun dari rumah Tok Guru Presiden untuk dibawa ke Masjid


Ustaz Mat, anak kepada arwah dan Tok Guru Hj Abd Hadi mengiringi Tok Guru Nik Aziz menuju ke Masjid untuk solat Jenazah.


Tuan Guru Haji Abd Hadi mengimami solat jenazah adinda beliau Hjh Aishah Awang, turut sama Tuan Guru Nik Abd Aziz, Dato' Mustaffa Ali, pimpinan Pas semua peringkat serta ahli Jamaah masjid


Gambar di satu Majlis di Setiu (petang)....

[[ Semoga Allah merahmati kedua Tok guru ini...]]

Khamis, 8 April 2010

JANGAN JADIKAN ILMU UNTUK GADAI HAKMILIK ISLAM!

PDF Print E-mail
Written by Admin   
Monday, 05 April 2010 23:16

KULIAH.... Semoga Tun Sakaran berjaya menyampaikan kuliahnya di Ice Bar Pub yang menjadi kegilaan muda mudi Islam menayang 'Pusat Islam' dan membuat maksiat secara terbuka.

Oleh: HJ. HAMZAH HJ ABDULLAH
RAKYAT Sabah mungkin bersetuju sangat dengan penegasan Yang di Pertua USIA, Tun Hj. Sakaran Dandai bahawa pengetahuan dan inovasi merupakan kunci kejayaan bagi umat Islam untuk mendapatkan kembali status sebagai pihak yang memiliki peradaban yang tinggi.
Tetapi, dalam masa yang sama, suka juga saya mengemukakan soalan kepada Tun Sakaran, apa itu yang beliau maksudkan dengan peradaban yang tinggi? Apakah pada kepercayaan Tun Sakaran bahawa USIA yang dipimpin beliau sudah dikira mempunyai peradaban yang tinggi sedangkan tanah miliknya yang kini bukan sahaja menjadi Pusat Maksiat, malah mengenepikan Umat Islam.
Tanah USIA yang didirikan 1Borneo Shopping Mall telah meminggirkan peluang usahawan Islam untuk turut sama terlibat dalam kegiatan ekonomi lantaran kos sewa ruangniaganya terlalu tinggi? Bagaimana dengan pesta maksiat yang mempamerkan penyanyi dan pelakon-pelakon dari Hong Kong yang sering membuat pementasan di 1 Borneo Shopping Mall?
Mana pemimpin-pemimpin USIA yang berilmu pengetahuan dan berinovasi sehingga tidak mampu membuat 'guideline' yang mesti dipatuhi oleh pemaju 1 Borneo Shopping Mall agar segala bentuk aktiviti di Shopping Mall tersebut tidak bercanggah dengan peradaban Islam yang menjadi pegangan kita sejak lahir.
Saya juga bertanya berapa banyak keuntungan yang telah diperolehi oleh USIA daripada aktiviti ekonomi seperti penjualan hasil balak di atas tanah miliknya di Bonggaya? Berapa hasil yang diperolehi daripada aktiviti di ladang sawit miliknya? Beberapa bidang tanah komersil yang masih dimiliki USIA di Sandakan, siapa yang mendapat keuntungan hasil daripada sewa yang dibayar oleh mereka yang menyewanya? Bangsa apa yang menyewa tanah-tanah milik USIA ini?
Satu ketika saya terbaca dalam akhbar tempatan bahawa USIA sedang dalam rangka untuk menubuhkan sebuah Kolej Islam di Sabah. Kenyataan ini tersiar dalam akhbar tempatan kira-kira 3 tahun lalu.
Bolehkah USIA menjelaskan di mana kolej tersebut didirikan? Apakah USIA sedar bahawa sekolah-sekolah rendah Islam yang terdapat di seluruh Sabah masih berkeadaan dalam serba kekurangan serta daif.
Apa pula usaha proaktif USIA untuk mempastikan agar sekolah-sekolah rendah Islam ini mempunyai kelengkapan yang setanding dengan sekolah-sekolah rendah Cina serta imbuhan untuk tenaga pengajarnya berwajaran dengan kos sara hidup semasa?.
Akhir sekali, saya suka menyarankan agar para pemimpin USIA meningkatkan iltizam untuk menjadikan pertubuhan tersebut sebagai sebuah pertubuhan yang mempunyai wawasan untuk ISLAM, bekerja demi Islam, bukan untuk kepentingan pemimpin sekular yang secara jelas menolak Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang diredhai Allah.
Bekerja tanpa memikirkan berapa imbuhan dan tuntutan perjalanan yang mesti dibayar oleh USIA terlebih dahulu, kemudian barulah boleh buat kerja. Pemimpin dan pendokong pertubuhan USIA mesti bersedia untuk mempersoalkan kepincangan yang berlaku dalam USIA supaya jangan nantinya ada pemimpin yang menjadikan ilmu pengetahuan dan inovasi untuk menggadai hakmilik USIA yang juga hakmilik umat Islam!
Last Updated on Monday, 05 April 2010 23:50
 

BROADBAND, SEMAKIN LUAS, SEMAKIN PENIPU?

PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 06 April 2010 00:33

PENIPU… Papantanda ini adalah papantanda sebenar yang didirikan di bulatan Jalan Tengah Nipah off Kastam Baru Lahad Datu; tetapi cogankata asalnya, ‘Semakin Luas @ Wilayah Celcom Broadband’ ditukarkan kepada ‘Semakin Luas @ Semakin Penipu’ sebagai tanda protes penduduk Lahad Datu terhadap Sistem Jalur Lebar Celcom.
Oleh: SURIATI MAHMUD
KEGHAIRAHAN Celcom yang menerajui sistem jalur lebar negara untuk melebarkan sayapnya ke Lahad Datu yang mempunyai masalah pancaran kurang jelas, akibat sistem yang belum dikemaskini; menimbulkan kemarahan para pengguna broadband di daerah ini.
Seorang pengguna broadband, Sitta Sarah, 26, ketika menghubungi Sabahkini.net berkata beliau mendaftar broadband di Celcom Lahad Datu sebulan yang lalu dengan bayaran RM100 sebagai yuran pendaftaran.
Namun sejak daripada pendaftaran tersebut beliau seringkali gagal menggunakan broadband atau gagal mendapat capaian ke mana-mana server sekalipun talian pada komputer ribanya kelihatan stabil antara tiga hingga empat ‘line’ (capaian) pada setiap masa.
Sitta yang menetap di Taman Warisan 1, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu langsung tidak dapat menggunakan broadbandnya di rumah kerana langsung tidak ada talian atau hanya satu atau dua garis capaian sahaja.
“Apa gunanya saya membayar RM68 sebulan jika broadband yang dibekalkan kepada saya gagal mengakses sebarang talian internet? Kalau di bandar kadang-kadang boleh capai, tapi di gerai saya di Dam dan rumah saya, langsung tiada line,” ujar Sitta Sarrah yang baru menjelaskan bil bulan kedua sejumlah RM98 (termasuk caj pelbagai) pada petang tadi.
Menurut Sitta Sarah, bukan beliau sahaja yang mengalami masalah tersebut, malah beberapa rakannya turut mengadu mengalami masalah serupa sehingga menyukarkan mereka berurusan dengan menggunakan internet.
“Jika keadaan berterusan, mungkin saya akan kembalikan broadband ini kerana langsung tidak memuaskan. Lebih baik saya menggunakan wi-fi percuma di restoran daripada membeli broadband, tetapi tidak dapat digunakan,” kata Sitta Sarah yang mendesak agar Celcom menaiktaraf pemancarnya yang semakin mundur kerana keghairahan untuk menyaingi Digi yang mudah dicapai di semua kawasan termasuk Tungku.
Kata Sitta Sarah, beliau akan mengemukakan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna jika keadaan masih berlarutan sehingga hujung April.
Last Updated on Tuesday, 06 April 2010 00:38