Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Selasa, 27 April 2010

janji kosong, bohong dan penuh penipuan yang teramat oleh ketua bahagian umnokoko/apco...



Salam,
baru2 nie squat pemuda Pas Kaw. sepanggar pergi membuat tinjauan ke kg. Bakau yang baru sahaja dirobohkandan telah membuat sidang media...
gambar2 di bawah ini menunjukkan kenyataan2 yg dibuat oleh Ketua Umnokoko/apco bahagian keatas kg. bakau kepada media 

sebahagian anak2 muda yang mengikuti sidang media oleh DPPKS
sedang merenung nasib mereka selepas ini.

surat tawaran untuk menyewa rumah ppr yg disediakan untuk pendudukan2 kg. Bakau... namun?

  
beberapa kenyataan media yang dibuat oleh Ketua bahagin yang mendapat bahagian.
(sila klik di gambar untuk lebih besar)

 
sijil pendaftaran kg. Bakau dalam program kebersihan kawasan luar bandar ... dan kg. bakau antara yang terbersih di sekitar kawasan likas. Mendapat no 3.


 
masjid yang belum di robohkan 

p/s: kepada blogger2 di luar sana, jika anda membaca artikel2 mengenai kg. Bakau ini sila sebarkan ke seluruh pelusuk dunia. bagi menyatakan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN/umnokoko/apco.

derita warga kg. Bakau...

Sabtu, 17 April 2010




CALON PRK HULU SELANGOR




mai tengok gambaq hari PENAMAAN CALON PRK HULU SELANGOR










Terima kasih kepada teman Blogger yang mengizinkan foto ini disiarkan di sini...
sama2 wfauzdin dan terima kasih kembali kerana menyiarkan gambr2 ini untu tontonan umum terutama bagi ana yg tidak berkesempatan hadir kerana berada di nuuuuun jauh di bawah bayu.
Selamat berjuang sahabat. 

FELDA DULU PEMBOHONG, KINI POLONG!





Written by Admin   
Friday, 16 April 2010 10:41

MALANG.... Bukan sahaja peneroka menderita akibat kekejaman Felda, malah penduduk Kampung Lok Buani dan Tanjung Labian turut menderita apabila Felda menggali parit di sekeliling kebun mereka dan menuduh mereka sebagai Pencuri! Siapa sebenarnya Pencuri Tanah Adat?

Saudara Pengarang,
SEBAGAI salah seorang peneroka FELDA di Gugusan Sahabat Lahad Datu, saya gembira apabila isu penderitaan kami yang sebelum ini telah disalurkan melalui setiap persidangan cawangan UMNO dan usul ke Bahagian ditolak tanpa sebab oleh pucuk pimpinan UMNO Silam; telah dibongkar dengan jayanya oleh Sabahkini.net melalui artikel bertajuk ‘Benarkah Kemiskinan Di Felda Punca Penderaan?’
Namun saya amat terkilan apabila ada pihak yang mempertikai laporan telus Sabahkini.net terutama Abang Peneroka Felda dan Sepupu Peneroka Felda yang bak kata pepatah, “orang lain mandi, orang lain yang basah.” Rakan seperjuangan kami, Kunsul Nahul berkata benar walaupun pahit.
Penduduk Kampung Tanjung Labian dan Lok Buani turut menderita apabila Felda bertindak menggali parit  besar yang memisahkan ladang Felda dengan penduduk kampung dan menuduh penduduk kampung tradisi sebagai pencuri buah kelapa sawit Felda.
Sebagai salah seorang Ketua Cawangan UMNO di Felda, kami pernah terdetik untuk meninggalkan perjuangan sia-sia dalam UMNO, namun setelah memikirkan yang salah bukan UMNO, sebaliknya pemimpin UMNO Silam; terutama Timbalan Ketua Bahagiannya, Datuk Ustaz Suhaili Said yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah Felda dan Ketua Bahagiannya, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur; maka kami terus kekal memperjuangkan UMNO dengan harapan Presiden UMNO akan menggugurkan mereka pada pilihanraya umum akan datang.
Untuk makluman masyarakat bukan peneroka FELDA, para peneroka semakin tertekan dikurung di Sangkar Emas dan tidak mempunyai kebebasan untuk bersuara sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan; semata-mata kerana Pegawai Kanan Felda bagaikan kambing yang telah dikembiri (dibuang telur) tidak berani menyatakan kebenaran dan gentar menghadapi kenyataan.
Jika di Semenanjung rakan kesayangan kami, Ustaz Mazlan Aliman telah menulis buku, Felda; Dulu Tolong, Sekarang Along, namun nasib kami di Sabah lebih malang apabila Felda yang selama ini menjadi ‘pembohong’ kini berperangai seperti ‘Polong’ atau hantu penghisap darah warga peneroka.
Betapa malang nasib peneroka seperti kami yang hanya dipinjamkan 5.66 hektar tanah yang telah ditanam kelapa sawit yang sudah setaraf usia nenek 98 tahun kerana jangka hayat matang kelapa sawit produktif hanya selama 20 tahun, namun usia kebun sawit kami sudah mencapai 30 tahun.
Jika dulu kami mampu hidup senang ketika harga sawit melonjak, namun kini setelah kebun ‘nenek kebayan’ kami tidak lagi produktif, maka kami kembali miskin jika mendapat hasil di bawah 10 tan disebabkan kekangan hutang yang bertimbun dan ditimbun oleh Pinjaman membesarkan rumah yang tidak sekata antara RM15,000 hingga RM40,000.
Mereka di luar sana tidak boleh menuding jari kononnya kami pemalas atau suka berpeleseran dan tidak menjaga ‘kebun setinggan’ Felda di atas tanah ‘Anak Negeri’ yang tidak mungkin diberi geran, senasib dengan rakan kami di Semenanjung Malaysia.
Jika kudrat kami seperti dua puluh tahun lalu, kami mungkin mampu bekerja keras namun rata-rata kami memasuki usia warga emas, maka kudrat kami yang hanya tinggal beberapa jengkal lagi tidak mungkin mampu mencari peluang di luar atau di dalam Felda kerana Dasar Pegawai Keparat Felda yang lebih mementingkan ‘kocek’ mereka daripada kebajikan peneroka.
Kontrak Felda Plantation kebanyakannya dibolot oleh subkontraktor bukan bumiputera yang hanya menggunakan lesen perniagaan dan tidak mempunyai lesen kontrak; menyebabkan peluang kami bagaikan jarak antara langit dengan bumi.
Anak-anak kami terpaksa berhijrah ke bandar besar atau bekerja di Semenanjung Malaysia kerana Felda enggan mengiktiraf Perkara 20 yang menjamin ‘Borneosasi’ jawatan dan perkhidmatan awam menyebabkan Felda mengimport ‘pegawai’ daripada Semenanjung; hatta ‘pegawai penjaga tandas’ dan ‘tukang sapu’.
Sebagai Wakil Peneroka, saya mencabar agar pengurusan Felda mengadakan ‘Dialog atau Debat Terbuka’ dan memberi kebebasan kepada kami untuk menyuarakan hak dan ketidak puasan hati kami selama ini.
Ingatlah, bahawa kini bukan lagi zaman ‘Kunta Kinte’ sebaliknya zaman Felda menjadi ‘Berus Tandas’ rakyat Sabah kerana jangan lupa BN pernah tumpas kepada Pembangkang PBS hanya kerana isu Pulau Labuan yang luasnya sekangkang kera; berbanding dengan lebih 101,171 hektar ‘Tanah Adat’ yang diberikan secara ‘Tidak Beradat’ kepada Felda pada 1979 bagi melestarikan penjajahan bentuk baru Kerajaan BN yang mewar-warkan ‘Ketuanan Melayu’ sebagai topeng untuk melaksanakan kejahatan dan kebejatan mereka selama ini.
Jika slogan 1Malaysia dijadikan sandaran, peneroka akan mati kebulur walaupun tembuni Ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai Kanan Felda ditanam di Sabah kerana mereka lebih mementingkan pangkat dan kedudukan daripada nasib rakyat Sabah yang dijanjikan ‘Bulan dan Bintang’ oleh Legasi Tun Razak!
Salam Hormat,
PENEROKA MALANG
Last Updated on Friday, 16 April 2010 11:45

Ahad, 11 April 2010

jalan raya di pinggir bandar...... 51+++ thun dah bah.....? siri 1.

salam,

Dah lama dah ana nak post gambaq2 nie dalam blog, tapi tah, tak kesampaian, namun di petang  yang mendung menanti hujan ini, tegerak hati untuk mbuat posting mengenai pembangaun asas yang telah melanda  Sabah pada masa kini. Sebenarnya gambar di bwah ini ana gambarkan untuk tontonan para pengunjung blog ana dan nak manaytakan pembangunan pesat yang mencurah2 yang dini'mati oleh rakyat Sabah terutama di kawasan Kota kinabalu ini.... tuan2 pengunjung sekelian, setiap hari sejak merdeka Negara 1msia nie, jalan nie lah orang ramai penduduk2 dari beberapa kampung telah menggunaannya. mengharug lumpur tika hujan, menyedut habok tika kemarau. dan jalan nie jgak ahx asing lag buat penulis sendiri sjak 2 tahun yang lalu. Sebenarnya jalan ini menuju ke beberapa kampung yang terdiri dari kampung Kebagu, kampung Slim bangun dan kampung Numbak (sabang).
 Saban hari mereka penduduk2 yang tinggal di kg. ini telah menggunakan jalan tersebut untuk keluar masuk ke bandar Kota kinabalu, pekan menggatal, Alam mesra, UMS, 1 Borneo, Indah permai, UITM, POLIteknik, ILP, untuk berkerja, membeli belah barang harian, menghantar anak2 ke sekolah, sekolah tinggi dan sebagainya.
 Ana sendiri saban hari menggunakan jalan ini, musim hujan jadi bot atau perahu, musim panas (kemarau) jadi pengrellykebagu yang handal. Pendek kata, amat menyedihkan. dari YB, katanya: dia tak mahu janji apa2, nanti kalau dia berjanji, dia kena tunaikan, ... hahahahahahahahahaha.... karton. punya YB. tp bagi dia memang betu la, (betoi kena kat dia).  tapi bukan kah itu tanggungjawb pemimpin, wakil rakyat yang di pilih, bukan di pilih unuk jadi BOS. 
  Diawal tahun yang lalu daa dengar ura2 jaln tersbut akn di turap pd bulan mac, tai sampai skrang ana masih lagi makan habok keluar asap. baru2 ii dengar lagi dari mulut orang kuat umno Kg kebagu sendiri mengaraakan jalan itu akan di turap pada bulan 6 ini. entah lah, sapa lagi yang berjanji nie... harap jalan di turap, tapi muka macam nak jadi kurap dah. 
 Bila ana cakap orang 2 kampung di sini bahawa kamu sebenarnya sentias di tipu oleh wakil rakyat yang kamu pilih tu, waaaah..melenting sema, tapi bila saya nyatakan bukti, semuanya diam tandaa setuju. Namun pada PRU yang lalu, mereka ini aih jugak memilih wakil trakyat ang sama, kononnya bagus, bagi mereka RM50 setiap orang, daripada calon PR yang tidak memberi apa2 habuan, kata mereka biki tambang pun jadi lah... kah kah kah kah.... poyo sungguh pikiran begitu.  sedangkan sebelum masuk ke kampung tersebut, gah dengan pusat pengajian tinggi UMS, hypermall 1 Borneo yang terbesar di tanah borneo. namun di belakangnya masih agu wujud kampung yang ketinggalan Zaman. mungkin masih di zaman 60an. 
 Contoh di kampung kebagu sendiri yang indah di tepi pantai, namun kemudahan asas seperti air, talipon awam masih belum wujud. rangkaian internet?masyaallah, ... ada. tapi kena pergi ke tepi pantai. talian komunikasi seperti celcom? maxis? digi? pun begitu. terpaksa pergi ke tepi pantai , barulah ada talian. Digi ada bagus sikit lah, itu pun kadang2 sahaja bagus.   celcom pulak, bagi pendudukan yang umah mereka berhampiran pantai sahaja yang ok taliannya. Ada sebahagian penduduk yang telah memasang talian TM di rumah. Tapi adakah semua orang kampung tersebut mampu?
 Sebenarnya banyak lagi perkara2 yang hendak di ceritakan di sini, namun cukup lah ini sahaja unuk sekian kalinya. insyaallah pada siri seterusnya ana akan brcerita lagi . Kepada pemimpin2 masyarakat kampung tersebut, buat lah sesuatu untuk memajukan kampung anda sendiri, Kalau bukan anda siapa lagi?. bagi YB kawasan karambunai dan YB Sepanggar, buatlah sesuatu utuk rakyat kamu di kampung tersebut. Sudah sekian lama mereka ini kemarukkan pembangunan asas yang sepatutnya mereka ni'mati seperti rakyat di kawasan lain. jangan lah kamu hanya tumpukan pembangunan di kawasan bandar sahaja. sedangkan jarak 3 kampung ini hanya 15-20 km sahaja ke Bandaraya Kota Kinabalu. (dikira pinggir bandar ).
sekian, coretan penulis untuk kali ini. wassalam.

p/s: jarak jalan ini dari simpang kg delima ke kg Kebagu lebih kurang 7 km.

 
jalan shotcut. berbukit yang sempit. amat bahaya bagi semua jenis kenderaan terutama kenderaan kecil.



 ini ketika waktu kemarau berlekuk2 keadaan bentuk jalan.

 inilah pembangunan era melinium.


 
nah, cuba andaa bayangkan, hari2 ana melalui jalan ini.


 
bagi kereta berkuasa besar seperti dalam gambar ini pun amat bahaya.


 
habuk berterbangan  selepas kenderaan lalulalang.
jadi mcam mana kualiti kesihatan penduduk dan anak2 di 3 kampung tersenut hedak di kawal dan di jaga?
 hancus...beb.. dah 50thn beb.+ + + + + lagi

 
ini simpang ke jalan lama sebelah kiri gambar, jalan baru shotcut lereng bukit di sebelah kanan gambar.


 
sbelah kiri gambar, satu projek sedang berjalan dari UMS
(Universiti Malaysia Sabah)



 
gah, berdiri megah bangunan kondomunium mewh 1Boerneo yang sedang pembinaan
 (jln utama ke 3 kampung ini)


 
majid UMS dari jauh


 
mini stadium UMS. hanya bersebelahan sahaja dengan jalan utama ke 3 kampung ini.



 
nah... cuba anda lihat, gah sungguh bangunan kondom itu..


 
kg. Delima


 
gambar2 di atas adalah jalan utama ke 3 kampung ini dari simpang kg Delima bersebelahan 1Borneo


 
walaupun berturap(aspal). namun turapan nya sudah hancoq.
 berlubang2 mcm sarang semut dan anai2.