Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Ahad, 24 Januari 2010

Usroh pembuka 2010



Salam... syukur pada Allah...ana mulakan blog ana tahun 2010 dgn bacaan ummulkitab Alfatihah...di sedekah kan kepada semua ummat islam yang telah meninggal dunia dan yang masih hidup...Alfatihah....dan ana mulakan blog ana jugak dgn usroh pertama 2010...sebab ana akhiri blog ana bg tahun 2009 dgn usroh penutup....usroh pertama 2010 di buat pada 11/01/10 yg lalu bertempat di rumah sahabat2 usroh yg bujang di kingfisher. pada malam tu ana terlewat sikit, tapi ana sempat jugak berada dalam slot taa'rof dan perbincangan mengenai perjalanan usroh pada tahun ini... di tetapkan pada hari isnin malam selasa...walaupun ada cadangan dari 2,3 orang ahli di buat pada hari jumaat malam sabtu...namun setelah di perhalusi, diambil ketetapan jgak ... usroh bejalan seperti biasa... cuma perubahan dari segi Naqib. Naqib pada tahun lalu ustaz hafiz telah kembali ke tanah airnya... pada tahun ini di ganti dgn yang lebih mantap lagi saudara Murtado. (sepupu sepapat fawwaaaaz)....pda usrah itu jgak ada dibincangkan tentang keterlibatan orang2 tempatan dalam program2 seperti ini dan kurang mendapat sambutan.. Beberapa cadangan dari ahli usroh mencadangkan terutama kpd pemuda Pas sepanggar lebih aktif...antara yang dicadangkan seperti:



# mengadakan pertandingan sukan futsal antara pemuda Sepanggar dan pemuda Putatan.
#saudara fawaz mencadangkan permainan snooker, seprti yang di buat oleh kerajaan kelantan yang selama ini sukan tersebut diperjudikan. (cadangan ini kurang mendapat sambutan) keh keh keh..

# menganjurkan futsal terbuka untuk pemuda2 sepanggar terutama dibuka untuk orang awam yang lain.
# mengadakan usroh di setiap masjid2 kawasan sepanggar yang boleh dimasuki pemuda pas.
#memperbanyakkan lagi kempen supaya anak2 muda di sabah ini menjadi ahli Pas. sekurang2nya sebulan 3 hingga 5 orang.

# mengadakan majlis qiamullail di masjid2 dan sasaran nya pemuda2 kampong setiap bulan atau dua bulan sekali.
# memantapkan lagi ukhuwwah di kalangan ahli usroh pemuda sendiri.
# pemuda Pas Sepanggar lebih aktif didalam program2 kemasyarakatan. 


Ada beberapa lagi cadangan yang dilontarkan dan semua ahli usroh bersetuju dgn semua cadangan2 di atas dan berikrar akan meningkatkan dan memantapkan lagi diri dalam menda'wah dan  mengajak orang ramai terutama  golongan muda menjadi ahli Pas.
  Usroh pada malam itu jugak membincangkan untuk menetapkan kitab yang akan dibaca dalam usroh pada tahun ini.  Ana x ingat nama beberapa kita yang dicadangkan...tapi dah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ahli usroh.
 Ana berasa kagum dengan semua ahli usroh terutama Pemuda Pas sepanggar yang banyak melontarkan idea2 yang bernas bagi memantapkan lagi usroh dan yang lebih utama kepada Dewan Pemuda Pas Sepanggar itu sendiri...
.
"BEBASKAN BUMI SABAH DARI PENJAJAH UMNO"
"SINARKAN BUMI SABAH DENGAN CAHAYA ISLAM DAN IMAN"
 AMIN.
Takbiiiiiiiiiiiiiiiir ...... Allahhu Akbar.

Tiada ulasan: