Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Selasa, 28 Disember 2010

Kempen 1000 Orang Menderma RM 100 Secara Online

Posted on Sunday, December 26 @ 14:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Info Semasa KENYATAAN MEDIA SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HAFIDZ ,BANDAR SIERRA ,KOTA KINABALU SABAH. SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI ) YG PERTAMA DI NEGERI SABAH AKAN BEROPERASI JANUARI 2011.

Pendidikan sekolah rendah merupakan tahap yang terpenting dalam pendidikan formal kanak-kanak.Pendidikan pada tahap ini menjadi teras kepada kejayaan sistem pendidikan yang akan datang. Setelah berjaya memperjuangkan penubuhan tadika atau pusat asuhan yang berteraskan sistem pendidikan Islam sejak 25 tahun yang lepas di bumi Sabah ,maka timbul satu kesedaran untuk memulakan dan merintis perjuangan untuk tahap yang kedua iaitu membina Sekolah Rendah Islam (SRI).


Menurut pengerusi jawatan kuasa penubuhan sekolah ,En Mohd Anuar bin Ali ,ianya bermula dengan majlis ilmu,usrah,kuliah,ceramah dan perbincangan tak secara formal mengenai kepentingan pendidikan anak-anak,statistic mengenai masalah social yang melanda pelajar sekolah rendah dan menengah khususnya di Kota kinabalu,maka bermulalah mesyuarat yang pertama penubuhan sekolah pada 11 Oktober 2010. Terbentuklah jawatan kuasa nya yang dianggotai 30 orang  pengasas yang terdiri dari semua lapisan masyarakat,dari jawatan pensyarah di Universiti,guru sekolah,guru agama,peniaga,mekanik,buruh binaan dan kakitangan kerajaan dan swasta.
Bertindak dan bersatu diatas satu niat untuk memperkukuhkan lagi penghayatan Islam di kalangan masyarakat ,maka bermula mesyuarat mingguan,solat hajat  dan kerja yang berterusan, maka 60 orang pelajar dan 9 orang guru akan terlibat mengoperasikan SRI al-Hafidz pada Januari 2011.
Kurikulum sekolah ini adalah gabungan tahfiz,agama dan akademik (KBSR).Pihak sekolah telah mengadakan satu kerjasama pintar dengan Maahad Tahfiz Bustanul Ariffin ,Tanah Merah,Kelantan dan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) Kedah Darul Aman.
Aspek kokurikulum juga tidak akan diabaikan .Pendekatan tarbiyah Islamiyyah akan dilaksanakan di samping pendekatan secara interaktif yang berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah akan titik beratkan.Penggunaan alatan multi media juga akan diusahakan. Tekad untuk menjadi sekolah perintis yang berjaya di negeri Sabah di bawah bayu ini akan sentiasa di doakan.
Pihak sekolah meletakkan 6 objektif
1. Menyediakan satu pendidikan bersepadu dunia dan akhirat
2.Melahirkan pelajar yang berilmu,beramal dan berakhlak.
3.Mendekatkan anak-anak kepada al-Quran dan menjadikan Al-Quran rutin bacaan seharian.
4.Menyediakan satu alternative kepada ibu bapa untuk mencorak pendidikan anak-anak
5.Melahirkan pelajar yang menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 5 juzuk Al-Quran
6.Melahirkan generasi yang mempunyai roh keIslaman dalam kehidupan seharian.
Maka untuk mencapai objektif itu pihak sekolah melancarkan KEMPEN 1000 ORANG MENYUMBANG RM 100 MELALUI ONLINE UNTUK TABUNG SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HAFIDZ. Yang dilancarkan oleh TUAN GURU HJ BAQI BIN OSMAN pada hari Jumaat  16 Disember 2010 melalui munajatnya.
Dana dari kempen ini akan di gunakan untuk mengubahsuai 3 buah kelas,1 pejabat, 1 dewan serbaguna,2 bilik rehat pelajar & guru ,kantin dan perpustakaan. Dana ini juga akan digunakan untuk membeli peralatan sekolah seperti kerusi,meja,aircond dan rak buku.
Beliau juga merupakan ahli majlis NGO Islam Sabah (CONCERN) mengharapkan kempeN ini akan mendapat sokongan daripada umat Islam di Malaysia.
 Sumbangan boleh dimasukan kedalam  akaun BIMB (10016010078210) MAYBANK ISLAMIC (560214005477) ATAS NAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HAFIDZ

Sabtu, 27 November 2010

lama daaaaaaaaaaah....

salam,
Alhamdulillah... terbuka jgak blog nie akhirnya, setelah sekian lama trtutup rapat rapi...tah pa sebab dan punca, tiba2 nak buka balik blog nie... kesian gak kat dia...mcm daah lupa2 ingat dah.   huhuhu..qamai kwan2 yg dok tanya, pasai pa x aktif dh dgn blog, dah... x tau nak jawab... ingat2 kot psai ada FB la kot... yg tu haqi2 dok buka...ish ish ish....
Tp, x pa, apa pun .. x ke mna jgak blog nie kan, x kan kna blok kot no..
So apa isu la nie... ?  banyak sangat la klu nak kira no... TV1,2,3 suku dah x leh buat kra pa dah, tambah lg dgn  astoro tu, sma naik ja.. muhong smpai ke langit, eh.. langit?sebut ja langit, mula2 ingat kat Allah Ta,ala yg  Maha mendengaq..,, tp,, tringat jgak kat soqang nie,,, yg mgaku dia wakil tuhan...hehehehe.. sapa lagi, walid pin la... huhuhu, dengaq kata dia dh turun ke bumi, blik ke tempat dia, bawak arahan baru dri langit,, hahahahaha, tah apa2 la oqang tua nie,,buat laak smpai ke bumi....
Tp apa pun biaq pi la kt di no.. dia nak bawak apa ka, dia punya tau la...yg penting kita nie (termasuk aku la)...yg wajib percaya pada tuhan yg Esa, terus  beribadat kat dia, tinggai pa yg dia laqang, buat amal kebajikan banyak2, dan terus berjuang untuk menegakkan agama Nya. 
cukp kot kat sini no...
esok2 la plak...tu pun klu x lupa la,, ish ish ish... FB lagi la  tu... huhuhuhu...
sekian wassalam.

Ahad, 11 Julai 2010

Selasa, 6 Julai 2010

AL-FATIHAH...HARI INI GENAP 8 TAHUN PEMERGIAN AL-MARHUM UST FADZIL NOOR

Al-Fatihah...Hari ini genap 8 tahun pemergian Al-Marhum Ust Fadzil Noor. Walaupun jasad beliau telah lama disemadikan di bumi barakah Muasasah Darul Ulum namun roh perjuangan beliau tetap segar dalam jasad-jasad ahli gerakan Islam di Malaysia. Beliau sentiasa dikenang serta diingati dalam sejarah perjuangan gerakan Islam yang panjang di Malaysia.

Sejarah hidup ringkas Ust Fadzil

Presiden PAS Ustaz Dato Fadzil Noor meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi 23 Jun 2002.

YB Ustaz Dato' Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama hingga tahun 1962.

Tahun 1963 beliau telah menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.

Ustaz Dato' Hj Fadzil Mohd. Noor telah mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Setar, Kedah. Kemudian setelah berkahwin turut bersama melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar bersama suaminya.

Hasil perkahwinan beliau dikurniakan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna'izzah, Muhamad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas.

Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah bahagian pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.

Walau bagaimanapun, pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM dianggap tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali bertugas sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau telah meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam PAS.
Selain aktif dalam politik, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan memegang jawatan Setiausaha Penerangan Pertubuhan itu tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presiden ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) tahun 1974.

Beliau melibatkan diri dalam politik PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai Exco PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah meyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

Tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS tahun 1989 sehingga sekarang dengan gelaran Presiden PAS.

Pembabitan awal Ustaz Dato' Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN kawasan tersebut.

Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd. Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Hj. Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato' Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan terbaru pada Pilihan raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Hingga jam 10.30 pagi pada 23 Jun 2002, apabila Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Ustaz Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor telah menerajui kepimpinan PAS dan diamanahkan sebagai Presiden parti.

Selasa, 29 Jun 2010

sambil2 menunggu....bola....jumpa pulak..

Assalamualaikum...
 Asyik2 melayan tenet...fb la, blog la...web la... segala berita dah baca...terjumpa plak satu blog sahabat nie ... lucu, kagum atau ..... sahabat2 boleh klik pada tajuk untuk membaca ceritanyaaaaaaaaa...lepas baca dan tengok pa ada  dalam blog tu... sahabat2 back balik la ke blog saya nie... huhuhu....