Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Selasa, 22 Julai 2014

Tragedi demi Tragedi di bumi Allah.

salam, MH17 dan MH370. memang patut kita bersedih dengan apa yang berlaku terhadap kedua dua kapal terbang tersebut. Yang terus mati, kita hadiah kan Surah Al-Fatihah untuk mereka dan ucapkan Takziah kepada keluarga mangsa. Untuk yang hilang MH370, bagaimana pulak? ucapan takziah jugak untuk keluarga mangsa, bagaimana mangsa? terus senyap tanpa ada apa apa khabar. entah hidup , entah mati. Kita yang ada sekarang hanya mamapu berdoa, dan terus berdoa supaya Allah buka jalan untuk kita semua dapat mengetahui kemana dan di mana mereka sekarang. Di Palestin, penduduk Gaza pulak sedang di serang oleh puak Yahudi Israel, ramai yang syahid di medan perang, mangsa kanak kanak, orang tua, perempuan tidak kecuali menjadi mangsa kerakusan rejim yahudi Israel. kita hanya mampu berdoa, semoga mereka akan mendapat bantuan daripada Allah. Selain berdoa, kita jugak terus memboikot barangan Yahudi yang ada di dalam negara kita, cuba sedaya yang mungkin. itu sahaja kuasa yang kita mampu buat. Insyaalah kesan boikot akan terasa juga kepada Ekonomi mereka. Yang penting usaha kita untuk kearah itu sentiasa ada, terus beristikhomah. Di Lahad datu, tawau , sandakan dan beberapa lagi kawasan daerah di sabah di ishtiharkan perintah berkurung dari 6pm-6am. Negara kita di ganggu gugat oleh puak lanun yang datang dari entah mana, (munduk). Beberapa siri culikkan telah berlaku yang melibatkan warga asing yang datang melancung di Negeri Sabah ini. Pihak Tentera dan agensi keselamatan negara telah di kerah untuk mengawal disetiap pantai sabah. Pelbagai perkara yang berlaku di dalam dan di luar negara kita sejak akhir akhir ini yang menjadi topik hangat di perkatakan di mana mana terutama di media sosial, Tv, akhbar akhbar dan sebagainya. Sebagai ummat Islam kita terus berdoa kepada Allah semoga apa yang berlaku sekarang ini menjadi ihktibar dan semoga Allah melindungi kita semua. Dengan keberkatan Romadhon karim. selamat berpuasa, selamat beribadah kepada Allah. tingkatkan amalan kita di hari hari terakhir Romadhon ini.

Selasa, 15 Julai 2014